Wednesday 14 February 2018

Izinkan Aku (Bab 3)

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Apa khabar semuanya?
Harini Cikyan nak sambung novel yang tergendala sebulan lebih.
Buat giveaway, buat segmen,habis tergendala novelku.
Okey jom sambung..............

Kalau nak baca bab previous, boleh klik sini





.......................................................................................................................................

"Bermula pandang pertama
 terlihat kamu didepan mata
 terasa debar didada
 menahan rasa bila kau ada"

Bunyi deringan lagu nyanyian Hael Hussain mengejutkan aku dari tidur.
Aku baru tersedar yang aku tertidur selepas balik dari kuliah tadi. Dengan stokin belum kubuka, aku telah tertidur rupanya tadi. Panjang sungguh lenaku.

Aku mengerling skrin telefon bimbitku. Paparan nama " MySweetHeart" mengundang senyum dibibirku. Aku segera menekan butang berwarna hijau di telefonku, lalu kedengaran suara dihujung sana memberi salam.

"Assalamualaikum sayang ", lembut suara itu menyapa telinga.

"Waalaikumsalam ibuku sayang. Ibu sihat? Ayah sihat tak ibu? " Tanyaku memulakan bicara diiringi senyuman manis. Keadaanku yang tadinya sedikit blur blur kerana baru bangun tidur bertukar menjadi ceria selepas aku dipanggil "sayang" oleh ibuku.

"Baik, alhamdulillah. Ibu Okey je Zu. Alhamdulillah ayah pun sihat. Ayah keluar kepasar tu cari barang nak masak petang nanti. Zu buat apa ni? Baru bangun tidurkah?" ibuku mencuba meneka neka aktivitiku pada petang itu. Selalunya begitulah. Ibu seperti sudah dapat membaca segalanya.

" Hahahaha, macam mana ibu tahu ni. Betul la tu Zu baru lepas bangun tidur. Lepas balik kelas tadi terus tertidur. Ibu buat apa ni? Ibu sudah makan? Macam mana keadaan semasa dialisis tadi, ok kah?" Tanyaku memanjangkan bualan. Soalan seperti itu sebenarnya sudah acap kali aku tanyakan kepada ibu setiap kali ibu pulang dari menjalani rawatan dialisis. Ibuku penghidap penyakit buah pinggang tahap kronik. Tahun ini adalah tahun kelima dia menjalani rawatan dialisis.

" Ibu tengah baring Zu, masih trauma sebenarnya. Tadi masa di tempat dialisis kan, ada seorang makcik tu meninggal kat mesin dialisis. Allahurabbi, takutnya ibu. Seram tengok." Ibu memulakan ceritanya. Ada getar di hujung suaranya. Mungkin ibu masih terkesan dengan cerita yang baru disampaikannya tadi. Aku tahu, jika ibu yang membuat panggilan, pasti ada sahaja cerita yang akan ibu kongsikan. Al maklumlah aku anak kedua bongsu. Rasanya aku yang terlebih manja berbanding adik lelakiku. Banyak benda yang ibu ceritakan kepadaku.

" Innalillahiwainnailaihirajiun, Siapa yang meninggal tu ibu? Zu kenal? Macamana boleh dia meninggal tu ibu? soalku bertalu talu.

" Yang meninggal tu makcik Rohaya, makcik yang duduk dihadapan ibu semasa ibu dialisis. Rasanya makcik Rohaya tu pernah berborak dengan Zu dulu masa Zu teman ibu." Terang ibuku.

" Ohh, makcik yang badannya agak berisi tu ya ibu? Macam mana dia boleh meninggal pula?" aku meneruskan pertanyaan sambil membayangkan wajah Arwah makcik Rohaya. Sudah lama sebenarnya tidak menemani ibu ke pusat dialisis. Rasanya semenjak aku menjejakkan kaki ke kolej ini, aku sudah tidak menemani ibu kesana. Maknanya sudah hampir 6 bulan aku tidak kesana.

" Ya betullah tu. Dia punya tiub kat leher sudah tercabut masa dialisis. Habis darah keluar mencurah curah. Tak pasti salahnya dimana sebab staff kata, semasa mereka melakukan dressing pagi tadi, permcath itu okey. Tiada yang mencurigakan. Mungkin juga tercabut ketika makcik Rohaya tidur tadi. Almaklumlah arwah kan agak berisi orangnya. Mungkin adalah tu mana mana yang kita tidak tahu. Sedar sedar dia sudah tak ada. Ibu pun tak perasan sebab ibu tidur tadi. Staff semua bantu buat CPR, tapi nampaknya tak berjaya. Allahhuakbar. Kita pun tidak boleh la hendak menuduh. Staff sudah lakukan yang terbaik untuk semua pesakit. " Cerita ibu panjang lebar sambil membuat kesimpulan. Tiub yang ibu ceritakan itu adalah merujuk kepada permcath yang dipasang pada leher pesakit yang berfungsi sebagai tapak penyambungan tiub semasa proses dialisis. Sambil bercerita, sambil aku membayangkan betapa ngerinya keadaan itu. Aku tahu ibu takut bila ada khabar berita sahabat seperjuangannya yang sama sama dialisis, dijemput Ilahi. Sedikit sebanyak semangat ibu jadi lemah. Aku simpati, tetapi aku juga tidak dapat menolong lebih. 

" Ibu okey tak ni?" tanyaku ringkas.

"Ibu okey, cuma mahu rehat sekejap. Nanti cuti semester bila Zu balik kita cerita panjang ya. Oh ya, semester ini ada praktikal kan? " tanya ibuku.

"Ada ibu, praktikal sebelum Zu balik bercuti. Cuma masih tunggu nama untuk penempatan. Nanti kalau sudah tahu dimana, Zu beritahu ibu ya?. Oh ya ibu, Zu nak beritahu ni. Minggu depan Zu ada exam. Ibu doakan Zu ya. Moga Zu dapat menjawab peperiksaan dengan tenang, cemerlang. Zu nak kerja yang bagus bagus, boleh bantu ibu, ayah dan keluarga kita semua." kataku bersemangat kepada ibu sambil memohon doa darinya.

" Oh exam. Okey inshaAllah Zu. Zu jangan lupa buat solat hajat, jangan lupa belajar rajin rajin ya. Minta doa dengan pensyarah yang mengajar Zu. Sambil sambil, Zu minta doa juga dari kawan kawan. Mana tahu ada salah satu yang dimakbulkan oleh Allah. Moga nanti mudah Zu menjawab exam. Inshaaallah.Ibu tahu Zu anak yang baik. Anak yang baik dan solehah pasti Allah sayang selalu." Nasihat ibuku seperti biasa. Ibuku, setiap butir bicaranya pasti mengandungi hikmah dan nasihat. Setiap satunya keluar seperti mutiara. Sungguh mempersonakan. Cuma akulah, terkadang mensia siakan mutiara yang bermakna itu.

" Inshaallah ibu, Zu akan ingat pesan ibu. Ibu rehat ya. Zu belum mandi lagi ni. Nanti bila bila, Zu call ibu ya? Minta maaf tau ibu sebab sekarang dah jarang dapat call ibu macam dulu. Jadual padat, kadang balik Zu terus tidur. Sedar sedar dah malam. Hahahaha." jelasku panjang lebar.

" Okey takpe Zu, ibu faham. Menuntut ilmu memang memerlukan pengorbanan. Ada kalanya kita terpaksa korbankan masa kita untuk menuntut ilmu. Yang penting, kesabaran. Satu je Zu kena ingat, kejayaan itu tersangatlah manis. Okey Zu, jaga diri baik baik ya. Ibu sayang Zu. Bye. Assalamualaikum" kata ibu bersulam nasihat.

" Terima kasih ibu, Zu pun sayang ibu tau. Terima kasih untuk semuanya. Bye. Waalaikummussalam" jawabku mengakhiri perbualan sambil menekan butang merah di skrin telefon.

Wahai ibuku, betapa aku sayangkan dirimu. Tempat aku mencurahkan segala cerita, suka dan duka. Pernah aku bayangkan bagaimana la rasanya sekiranya ibu sudah tiada nanti. Bagaimana harus aku lalui semua rasa sakit perit itu. Sakit perit kehilangan. Aku mohon padaMu Tuhan, ambillah nyawaku sebelum ibu. Sungguh aku tak mampu kehilangan ibu. Dialah segalanya bagiku.









14 comments:

  1. Best! Best! Best!! ^^ keep going tau :D Hana tunggu next chapter... btw watak Zu tu related dengan cikYan ke? Heee :D saja tanya! ^^

    ReplyDelete
  2. Ish..seram pulak baca citer CikYan ni ada dialisis pulak, takut nak bayang tebuk kat leher tu

    ReplyDelete
  3. Waah berbakat, teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  4. wahhhhh cik yan boleh buat novel sendiri niee!!

    ReplyDelete
  5. ada bakat bt novel sendiri hehe

    ReplyDelete
  6. Cikyan rupanya berbakat menulis juga. Best lah Cara penceritaan cikyan

    ReplyDelete
  7. first time baca ada yang meniggal dekat mesin dialisis! Seramnya :(

    ReplyDelete
  8. Teruskan menulis ya cikyan :) Hee
    Nice one. Semoga semangat nak menulis sentiasa ada.

    ReplyDelete
  9. Terbaik laa cikyan. Tabik laa dengan orang yang idea menulis macam ni.

    ReplyDelete
  10. Tahniah, anda adalah pemenang Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger
    emailkan maklumat dibawah kepada pokcik :

    1. Nama Penuh
    2. Alamat Tetap
    3. No. Telefon
    4. URL penyertaan GA

    emailkan kepada damalkamis@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Tersentuh rasa hati ni dengan cerita dan nasihat ibu Zu itu...

    ReplyDelete