Thursday 28 December 2017

SCHOOL STORY !

Assalamualaikum.
Selamat pagi uolsss.

Diam tak diam,  sekarang dah sibuk sibuk nak daftar sekolah anak la, si minah nak hantar anak sekolah agama lah. Si joyah pulak nak daftar anak masuk university. Pendek kata semua sibuk la. Dan cikyan pulak, tersibuk la jugak dengar kisah kisah anak buah  nak masuk sekolah. Akak sorang ni cakap dapat bantuan kasut sekolah la, beg sekolah la. Sorang lagi dok sibuk uruskan kelengkapan persekolahan pulak. Alahai, susah jugak ye menjadi seorang ibu. Banyak benda nak kena uruskan. Duit pun semestinya keluar seperti air yang mengalir. Bertabahlah ye ibu ibu sekalian. Semoga ganjaran syurga buatmu J

Kononnya hajat hati nak mewajibkan diri sendiri untuk membuat sekurang kurangnya satu entry setiap hari, kecualilah hari sabtu ahad kan. Sebab masa tu, kat rumah. Sorry laptop dah rosak, tak dapat dah nak menulis lama lama macam dulu. HAHA ! So ni amik kesempatan menulis entry kat office jap. Maaf bos, jangan potong gaji saya nahhhh J

Dulu waktu sekolah, cikyan time sekolah je rajin dengar cikgu kata. Sampai kat rumah langsung buku entah kemana. Sampaikan setiap kali cikgu mintak keje sekolah nak check, nama cikyan mesti naik. Tak buat kerja sekolah. AGAK PEMALAS LA ! Dulu nak kata nakal sangat pun tak jugak. Tapi pernah la suatu ketika tu, tangan kanan retak sebab berlagak sangat nak jadi superman. Cikgu suruh hantar buku  latihan semua pelajar kat bilik guru, cikyan pon suka la kan. Balik nak masuk kelas balik, berlari lari sambil melompat lompat. Lari lompat lari lompat. At last tersembam la muka kat simen. Tangan retak + mulut pun luka. Superman la sangat. Balik tu sembunyikan dulu dari emak takut kena marah. At last, kantoi jugak dengan akak. Lepas kena bebel, haaaa kena urut la pulak  tangan tu. SAKIT oiiii !

Tapi Alhamdulillah la, dalam nakal pun. Still duduk kelas depan. AHAHA takbur ! Cumanya nombor tu tercorot sekali la kan. Boleh la kan as long as dapat kelas pertama. Asal jatuh je kelas kedua, pulun balik belajar untuk masuk kelas pertama. HAHA ! Sabar jela uii.

Tapi dalam banyak zaman belajar, rasanya zaman kolej paling best. Seronok sangat. Masa tu gila pulun belajar je. Sampai jadi kurus sebab asyik belajar je. Taktau pasai pa jadi terlebih rajin time tu. Mungkin sebab sebelum masuk kolej, cikyan masuk form six kot. Dan masa tu result teruk. Tulaaa, cikgu dah kata form six susah. Gatai sangat nak jugak masuk form six. Ambik sains pulak tu. HAHA. Pastu abis je form six masuk kolej. Masa tu taktau semangat berkobar kobar taktau datang celah mana, kuat sungguh belajar time tu. Ingat dulu cikyan ada tampal note kat dinding sebelah tempat tidur. Cikyan tulis :

BELAJAR RAJIN RAJIN, BELIKAN KERETA HONDA ACCORD UNTUK ABAH, HANTAR EMAK PERGI HAJI. SETIAP SEM MESTI DAPAT  POINTER 3.5 KE ATAS.

At last, tak dapat jugak la tunaikan hajat yang depan depan tu. Yang belakang tu je, Alhamdulillah la. Dapat la jugak. Tak banyak, sikit. Boleh la cukup cukup makan. HAHA! Seronok sangat bila imbas balik semua kenangan masa belajar dulu. Mana nak cari pengalaman macam tuh kan dulu. Masa tu la kenal kawan kawan yang ada susah dengan senang kita, Kawan yang ingatkan time kita lupa. Pastu ada kawan yang bergaduh pun ada. At last, sem tiga, result jatuh menjunam ke dalam laut. HAHA ! Tobat mak insaf tanak gaduh gaduh lagi. Sebab cikyan nih jenis emosi terlebih kalau masuk bab kawan kawan nih. MUAHAHAHA.

Fuhh kalo nak ingat semua, tak cukup satu hari satu malam. So lain kali la sambung. Korang kalau ada cerita best masa study dulu, meh la share dengan cikyan. Seronok jugak dengar cerita orang nih kan. Mesti tak lari jugak jalan cerita tu macam cerita CIKYAN kan. HAHAHA. Okey cikyan stop sini dulu la tau. Nanti panjang sangat korang bosan pulak.

Nahh lanje sikit gambar cikyan time study dulu. hihi










*Alhamdulillah, giveaway cikyan dah lebih 10 orang peserta. Thanks korang . Muaahh ciked ! Bagi sesiapa yang nak join atau berniat nak join, baik join cepat. Takut nanti terlambat plak. InshaALLAH ada hadiah menarik menanti pemenang. Good luck untuk semua peserta J


Wednesday 27 December 2017

Senarai Peserta Giveaway #1 Cikyan -Tamat

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua. Apa khabar? Pertamanya cikyan nak ucapkan terima kasih bagi sesiapa yang sudi join giveaway yang cikyan anjurkan. Sesiapa yang  berminat nak join lagi boleh klik link ni GIVEAWAY #1 CIKYAN  okey J Penyertaan masih dibuka tau tau tau sampai la cikyan kata stop stop stop.

Kat sini cikyan nak update la sikit senarai peserta yang join giveaway tu. Banyak cadangan penambahbaikan yang cikyan terima. Terima kasih la sangat. Sebenarnya cikyan tak kisah pon korang nak komen ape tentang blog cikyan, jujurnya cikyan tak kisah. As long as komen tu dapat beri cikyan idea untuk buat penambahbaikan kat blog nih. Sebenarnya cikyan dulu dah pernah ada blog, aktif la jugak. Jalan sana jalan sini, komen sana komen sini. Best sebab dapat tambah kawan kan. Dan pernah sekali la menang hadiah pengomen tegar. HAHAHA.  Perasaan dapat hadiah tu semacam apakah. Seronok yakkmatt uii !

Sebenarnya dah lama teringin nak buat giveaway nih. LAMA la jugeks! Best la sebab dapat jalinkan hubungan silaturrahim dengan kawan baru, disamping boleh kumpul pahala la jugak kot sikitsikit. Kans?! Lagipon tak salah rasanya buat giveaway, tu konon la sebagai tanda penghargaan sebab sudi kawan dengan cikyan yang tak seberapa nih. Ecececeh ! Lagipon boleh la tambah ilmu disamping  menambahbaikkan blog cikyan yang agak krikkrikrik nih. HIHI J

Okeyla. Tanpa buang masa, cikyan nak update la senarai peserta. Korang boleh laaa klik nama diorang nih untuk blogwalking. Boleh la wish good luck ka, apa ka. Inshaallah diorang semua okey. Kalau tak okey, masakan diorang boleh join giveaway cikyan ni kan. MUAHAHAHA !




# List ni akan di update dari semasa ke semasa J


Semoga Allah murahkan rezeki semua yang join dan korang semua yang membaca jugak la okey. Salam sayang peluk cium dari cikyan. Semoga korang tak segan silu untuk tinggalkan komen kat blog cikyan SUPAYA cikyan asyik ada semangat je nak update blog, hariharihari J



Tuesday 26 December 2017

Giveaway #1 New Year 2018 By Cikyan - Tamat



-TAMAT-

Assalamualaikum.
Hai hai hai uolsss.
Setelah sekian lama cikyan hanya join giveaway orang,
so kalinih cikyan nak anjurkan giveaway pulak :)

Pertama kali kan, 

confirm serba tak kena kan. HAHA
Cikyan harap korang support ye !

Syarat :

1. Buat entry bertajuk "giveaway #1 new year 2018 by cikyan". dan linkkan ke entry ini. Jangan lupa tepek banner sekali okeh.
2. Wajib review sikit blog cikyan dlm entry nanti
3. Wajib follow blog cikyan nih.
4. Cerita azam tahun baru korang okeh
5. Jangan lupa tinggalkan jejak tau.

Penyertaan kurang 10 orang dikira terbatal tau.

Inshaallah hadiah menarik bakal menanti anda yang berjaya.
Giveaway ni expired sampai cikyan umumkan nanti.
Pemenang dipilih rawak oleh cikyan.

Selamat bergiveaway uolls !







SEGMEN REALSVIORS BLOGLIST !

Assalamualaikum.
Selamat pagi semuanya.
Pagi nih macam biasa nak join segmen dulu lah..
Bagi segar badan dulu. haha

Boleh klik link untuk join okey :)



 Tengok banner tu comel jek. HAHA

AZAM TAHUN BARU 2018 :

1. Nak jadi lebih baik dari sebelumnya.
2. Nak kurus, nak sihat dan nak cantik
3. Nak kahwin, nak kahwin, nak kahwin. HAHA
4. Nak ada simpanan sendiri (tetap)
5. Nak disenangi oleh semua orang

Fuhh kalo kira azam, 
mungkin tak cukup page ni saya tulis.
Terlalu banyak sebenarnya.

So....
Jangan lupa doakan saya tau.
Semoga tercapai la semua azam nih.
Aaamiinn ~

Monday 25 December 2017

SEGMEN BLOGLIST NEW YEAR JANUARI HINGGA MAC

Hai hai hai hai
Nak join nih pulak.
Saje support akak nih.


Klik link kalau nak join okey ?


Selamat bersegmen okey !

GIVEAWAY BULAN CINTA BY DILAH

Hai hai hai.

Kalinih nak support akak nih pulak :)

Klik link kalau nak join :)



Selamat ulangtahun kakak.
Semoga bahagia buat selamanya.

Saya tak kahwin lagi, belum ada jodoh lagi.
Doakan la saya ye :)

Selamat bergiveaway uolsss !

REVIEW FILEM : JUMANJI WELCOME TO THE JUNGLE

Assalamualaikum

Selamat pagi semua.
Harini semangat nak buat review pasal cerita nih
sebab semalam pi tengok kat times square.
Cerita apa? 

Mestilah..
 JUMANJI : WELCOME TO THE JUNGLE :)



Actually saya tak pernah tengok pon 
cerita nih sebelum nih.
Tapi yang nih, saya rasa best 
sebab banyak adegan yang kelakar.
Semua watak memang best,
ada kuasa, ada kelemahan masing masing.
So bila tengok pun asyik gelak jela
sepanjang cerita tuh.
Rasa macam dah lambat pon tengok,
tapi tetap puas hati kan !

Jom layan sinopsis sikit.

Cerita mengisahkan empat orang pelajar 
yang secara tak sengaja telah termasuk dalam satu game lama, 
pengembaraan di dalam hutan, 
dan berubah menjadi avatar yang mereka pilih. 
Apa yang mereka lalui adalah bukan setakat bermain, 
tetapi mereka perlu menghabiskan permainan itu.
Untuk menghabiskan permainan dan kembali ke dunia nyata, 
mereka perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran
 (mengembara peninggalan Alan Parrish 20 tahun dahulu), 
dan seterusnya merubah cara merekaa berfikir. 
Jika tidak, mereka akan terperangkap di dalam permainan itu, 
selamanya !

Cerita ni sangat disarankan, 
sebab best !



YEAR END GIVEAWAY BY HUSNIEYHUSAIN

Assalamualaikum.
Setelah bercuti tiga hari, 
saya kembali.
Kalinih nak join giveaway blog nih pulak :)
Klik link kalau nak join k !



Selamat bergiveaway uolss !

Thursday 21 December 2017

Giveaway Happy New Year 2018

Assalamualaikum.
Kalini nak join giveaway pulak :)




Klik link kalau nak join :)

Okey, lets go to syarat :

AZAM

Saya nak jadi lebih baik dari sebelumnya.
Semoga menjadi lebih solehah, lebih disenangi oleh orang lain.

Doakan saya pleaseeee :)
Kalau Allah izinkan, saya nak tamatkan zaman bujang pada tahun 2018 nih.
Teringin nak makan nasik minyak diri sendiri.
Kalau takboleh, makan nasik bujang lagi la nampaknya. HAHA !
Saya nak lebih membahagiakan orang yang menjadi kesayangan saya,

iaitu abah saya, family saya dan orang sekeliling :)
Saya nak buat simpanan untuk tahun 2018 ni 
dan nak bantu orang yang lebih memerlukan. 
Ni hanya azam, kalau Allah izinkan. 
InshaAllah :)

PENGALAMAN

Saje tulis pengalaman je sebab actually bukan pengalaman manis.
Ni adalah pengalaman yang terpahit dalam hidup 
sebab tahun 2017 nih saya kehilangan emak saya,
antara insan pertama yang saya paling rapat.
Insan yang paling memahami saya,
dalam apa jua keadaan.

Dan tak tahu nak kata,
 ia menjadi kenangan manis atau apa, 
apabila Allah berikan kami adik beradik 
kesempatan untuk uruskan jenazah emak.
Alhamdulillah.

Dan kenangan manisnya adalah,

kenangan bersama emak saya semasa dia masih ada.
Sebenarnya kami rapat.
Saya anak perempuan bongsu.
Saya selalu minta emak suap nasi, 
selalu minta emak peluk saya.
Selalu bergaduh dengan dia,
bila dia ajar masak selalu tak ikut,
lepas tu komen kenapa tak sama macam emak.
Selalu dengar cerita dia pasal dialisis,
Selalu share dengan dia info pasal dialisis
 memandangkan dulu saya bekerja sebagai nurse dialisis.
Actually emak penghidap penyakit buah pinggang kronik,
Dan dah jalani dialisis (cuci darah) selama 6 tahun lebih.
Dan semasa seminggu sebelum dia pergi,
kami adik beradik pulang kerumah.
Kami tak tahu itu adalah yang terakhir buatnya.
Dan masa itu juga, 
Allah beri saya kesempatan untuk bantu dia mandi di bilik air.
Membantu meletakkan sabun di badannya.
Dan sekarang nih,

semua tu menjadi kenangan yang sangat sangat manis bagi saya.
Kenangan yang sangat manis untuk dikenang.
Dan semoga...
Semoga Allah mudahkan urusan emak disana.
Aaaminnn~

Banyak kenangan manis lain,
tapi pengalaman uruskan emak buat kali terakhir,
adalah kenangan terindah.

Sekian.

SEGMEN : BLOGWALKING CUTI SEKOLAH BERSAMA CIKGU AYU

Assalamualaikum.
Selamat pagi.
Harinih nak join segmen ni pulak.

Manatau boleh eratkan silaturrahim sesama ahli blog :)
Boleh klik link nih untuk join.






Okey
Selamat bersegmen uolss !

Wednesday 20 December 2017

LUBUK SENI GIVEAWAY BY EMALISA, HADIAH SEMUA CUNN!

Assalamualaikum.
Jom bergiveaway pulak jom  :)

Boleh klik link kat bawah ni :

LUBUK SENI GIVEAWAY

 giveaway

Semoga berjaya la semuanya !

SEGMENT : INCREASE YOUR FOLLOWERS BY QUE


Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Harini saya nak join segmen pulak.
Macam menarik :)




SEGMENT INCREASE YOUR FOLLOWERS

Semoga dengan join segmen ni,
dapat mengeratkan ukhuwah sesama ahli blogger :)

Tuesday 19 December 2017

GIVEAWAY HADIAH MISTERI DARI ASTRAVELER !

Assalamualaikum.
kalini nak join giveaway dari blog nih pulak :)
Semoga ada rezeki !


Selamat bergiveaway !

PLANNER SIOCA 2018 GIVEAWAY

Assalamualaikum.
Kali nih saya nak join giveaway pulak.
Macam menaraik je giveaway blog ni buat.
Memandangkan saya baru je terjebak dgn planner,
jadi macam minat pulak nak join.
Semoga ada rezeki untuk saya laa  :)




Nih link untuk join giveaway nih :




SEGMEN 24 JAM BLOGLIST #28 MIALIANA.COM

Assalamualaikum.
Jom join segmen akak nih jom. 
macam best !


                                                                  Syarat-syaratnya :


  • Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  • Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #28 Mialiana.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen blog akak nih :)






Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2018 di Mialiana.com

Semoga berjaya buat semuanya :)




LOVE WRITING

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Harini kebetulan sampai awal di office. So kita habiskan masa dengan menulis blog dulu sebelum mulakan rutin harian bekerja seperti biasa.

Actually dulu saya pernah jugak aktif dalam blog ni. Hampir setiap hari saya ceritakan kisah hidup saya dalam blog. Mungkin bagi orang yang tak suka menulis, dia akan rasa, eh ape jela tulis kat blog. Buang masa, bosan. But, saya sukakannya. Rasa puas sebab dapat menulis. Dan rasa puas bila dapat share sesuatu dengan pembaca, walaupun belum tentu ada yang sudi membaca. HAHAHA ^_^

Banyak sebenarnya kebaikan yang kita dapat bila kita menulis. Firstly, kalau kita suka menulis sesuatu yang baik, inshaallah ia akan jadi sumber pahala buat kita. Ingat itu boleh jadi antara saham kita di akhirat. Selagi ada yang membaca, selagi itulah ianya menjadi sumber pahala buat kita. Tapi kalau  negatif yang kita tulis, berdosa la jawabnya. So, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Ececehhh !

Saya, adalah sejenis manusia yang suka membaca, dan secara automatiknya saya suka juga menulis. Tapi setiap kali mahu menulis, idea hilang entah tak ada. Bila duduk saja saja tanpa ada buku atau pen, idea tu macam datang mencurah curah. Dulu pernah jugak bercita cita untuk menjadi penulis. Penulis Novel islamik mungkin. Antara penulis kegemaran saya adalah Ustazah Fatimah Syarha + Suami dia tu (Doktor Farhan Hadi). Buku dia banyak yang best, paling best saya rasa adalah cinta high class. Jalan cerita best. So terasa macam bestnya kalau saya mampu untuk menulis sesuatu yang bagus seperti itu jugak. Ada unsur unsur cinta, tapi banyak kepada ilmu. Banyak ilmu yang kita dapat bila baca buku tu. Doakanlah seorang saya ini ye. Semoga seketul Nur Azian ini mampu menjadi seorang penulis yang bagus seperti itu juga ya. Aaamiin ~

Cita cita tu saya rasa agak besar. Sebesar pahala dan dosa yang akan ditanggung untuk setiap apa yang kita tulis. Sebenarnya benda ni nampak kecil, tapi percayalah, ianya akan ditanya jugak di akhirat nanti. Oleh itu, apabila menulis, tulislah perkara yang baik baik. Yang membawa redha Allah kepada kita. Inshaallah.

Akhir kata, menulislah dengan rasa penuh kecintaan kepada Dia. Menulis yang baik baik, inshaAllah yang datang juga yang baik baik buat kita. Tak penting tiada pembaca, tapi Dia tetap ada untuk menilai setiap apa yang kita lakukan. Menulislah dengan rasa penuh ketaqwaan, semoga semua yang kita tulis mendatangkan pahala buat kita. Aaaminn ya Allah.




Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Sekian~




Thursday 14 December 2017

KASIH IBU

Kasihnya ibu bawa ke syurga~
Kasihnya ayah berkorban nyawa~


Ibu, emak, mama, ummi.
Ya, dialah insan yang secara totalnya, 
insan yang paling rapat dengan kita.
Insan yang paling memahami hati dan jiwa kita.


Suatu ketika dulu, 
Dia pernah membawa kita selama 9 bulan dalam kandungannya.
Kerana kita, dia menanggung alahan yang teruk semasa mengandung.
Dia juga insan yang sakit sakit badannya,
demi membawa kita yang semakin membesar.
Dia juga yang tidak lena tidur kerana tidak selesa.


Setelah kita lahir,
Dia juga insan yang pertama memeluk kita setelah melihat dunia,
Dia insan pertama yang memberi kita minum melalui air susunya,
Dia tentunya insan pertama yang gembira 
sekaligus lega melihat kita lahir dengan sihat sempurna. 


Setelah kita mula mengenal apa itu dunia,
Dari mengenal A-B-C mahupun 1-2-3,
Dia mengajarkan kita erti ketabahan,
Dia menceritakan iktibar hidup yang pernah dilaluinya,
Dia mengajarkan kita apa itu hidup berdikari,
Dia menerangkan kepada kita, apa itu kehidupan.


Ketika kita jatuh,
Dialah insan yang membawa kita naik semula.
Ketika kita sedih,
Dialah insan yang cuba membuat kita gembira semula.
Ketika kita perlukan pertolongan,
Dialah insan yang pertama akan menolong kita,
walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dan ketika kita sakit,
Dialah insan yang turut merasa kesakitan yang kita tanggung,
walaupun kesakitan itu, 
adalah sedikit berbanding kesakitan yang dia tanggung 
selama lebih enam tahun lamanya.


Namun setelah kita besar,
seringkali kita lupakan dia.
Ada masa dia rindukan kita,
Ada masa dia perlukan kita untuk bercerita.
Ada masa dia perlukan teman meluah rasa.
Tetapi kita tidak ada disisinya.
Kerana kita sudah dewasa.
Pergantungan kita kepadanya sudah tiada,
kerana kita sudah mampu berdikari.
Kita sudah mampu hidup sendiri.
Dan kita sudah lupa, 
Dialah manusia yang mengenalkan segalanya tentang dunia.
Dialah manusia yang sudah banyak menabur jasa kepada kita.


Setelah sudah berumahtangga,
kita sudah semakin jauh dengannya.
Ada anak yang menelifon ibunya untuk bertanya khabar,
Ada anak yang sentiasa balik menziarah ibunya di kampung,
Dan ada juga anak yang sudah lupakan terus ibunya.


Setelah dia sakit, 
Kita ada kalanya mengeluh kerana terpaksa menjaganya.
Kita ada kalanya terasa penat ketika melayan kerenahnya.
Kita juga ada kalanya terleka untuk menjaga makan pakainya.
Kita ada masanya terlupa untuk membantu membersihkannya.
Kita ada masanya terlupa yang dia juga,
perlukan urutan dan sentuhan lembut dari seorang anak.


Dan ketika dia sudah tiada,
kita mula teringat akan semua jasa jasanya,
kita mula rindu untuk melihat wajahnya.
pelukannya, suapannya, suaranya bahkan segala galanya.
kita juga baru teringat,
masih banyak benda yang perlu kita buat,
untuk melihat dia bahagia.
tetapi kini, dia sudah tiada.
Terpisah antara dua alam yang berbeza.
Namun ada belum terlambat,
doa dan amal anak yang soleh sahaja,
yang mampu memberi bekal buatnya disana.


*Semoga tenang emak disana, 
semoga ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.
Semoga suatu masa, kita dipertemukan kembali, di syurga abadi.
Aaaamiinn ~




Al fatihah~

Rahimah binti Maail
30 Mac 2017