Thursday 21 December 2017

Giveaway Happy New Year 2018

Assalamualaikum.
Kalini nak join giveaway pulak :)




Klik link kalau nak join :)

Okey, lets go to syarat :

AZAM

Saya nak jadi lebih baik dari sebelumnya.
Semoga menjadi lebih solehah, lebih disenangi oleh orang lain.

Doakan saya pleaseeee :)
Kalau Allah izinkan, saya nak tamatkan zaman bujang pada tahun 2018 nih.
Teringin nak makan nasik minyak diri sendiri.
Kalau takboleh, makan nasik bujang lagi la nampaknya. HAHA !
Saya nak lebih membahagiakan orang yang menjadi kesayangan saya,

iaitu abah saya, family saya dan orang sekeliling :)
Saya nak buat simpanan untuk tahun 2018 ni 
dan nak bantu orang yang lebih memerlukan. 
Ni hanya azam, kalau Allah izinkan. 
InshaAllah :)

PENGALAMAN

Saje tulis pengalaman je sebab actually bukan pengalaman manis.
Ni adalah pengalaman yang terpahit dalam hidup 
sebab tahun 2017 nih saya kehilangan emak saya,
antara insan pertama yang saya paling rapat.
Insan yang paling memahami saya,
dalam apa jua keadaan.

Dan tak tahu nak kata,
 ia menjadi kenangan manis atau apa, 
apabila Allah berikan kami adik beradik 
kesempatan untuk uruskan jenazah emak.
Alhamdulillah.

Dan kenangan manisnya adalah,

kenangan bersama emak saya semasa dia masih ada.
Sebenarnya kami rapat.
Saya anak perempuan bongsu.
Saya selalu minta emak suap nasi, 
selalu minta emak peluk saya.
Selalu bergaduh dengan dia,
bila dia ajar masak selalu tak ikut,
lepas tu komen kenapa tak sama macam emak.
Selalu dengar cerita dia pasal dialisis,
Selalu share dengan dia info pasal dialisis
 memandangkan dulu saya bekerja sebagai nurse dialisis.
Actually emak penghidap penyakit buah pinggang kronik,
Dan dah jalani dialisis (cuci darah) selama 6 tahun lebih.
Dan semasa seminggu sebelum dia pergi,
kami adik beradik pulang kerumah.
Kami tak tahu itu adalah yang terakhir buatnya.
Dan masa itu juga, 
Allah beri saya kesempatan untuk bantu dia mandi di bilik air.
Membantu meletakkan sabun di badannya.
Dan sekarang nih,

semua tu menjadi kenangan yang sangat sangat manis bagi saya.
Kenangan yang sangat manis untuk dikenang.
Dan semoga...
Semoga Allah mudahkan urusan emak disana.
Aaaminnn~

Banyak kenangan manis lain,
tapi pengalaman uruskan emak buat kali terakhir,
adalah kenangan terindah.

Sekian.

8 comments:

  1. Good Luck! Hana singgah dari segment yg sama ^^ kalau tercapai azam tahun 2018 jangan lupa jemput Hana... hahaha nak makan nasi minyak jugak... ^^

    ReplyDelete
  2. Takziah sis, semoga terus kuat hadapi ujian kehilangan ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  3. Takziah awak.. Hmm semoga tabah ya.
    Semoga ibu awak ditempatkan bersama org2 yg beriman. Terima kasih sgat sebab sudi join GA Nurul.

    senarai peserta dah update :)
    boleh tgok kat sini http://ciknurul23.blogspot.my/2017/12/giveaway-happy-new-year-2018.html

    Goodluck ya! All the best!

    ReplyDelete
  4. good luck..datang dari GA yang sama...
    http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/12/giveaway-happy-new-year-2018.html

    ReplyDelete
  5. jemput akak ekk bila nak sampai time cik yan nak hidang nasi minyak :) hi hi hi

    ReplyDelete
  6. Tak nampak tulisan la CikYan..kena tukar biru gelap sikit kot. Btw, goodluck CikYan!

    ReplyDelete