Thursday 14 December 2017

KASIH IBU

Kasihnya ibu bawa ke syurga~
Kasihnya ayah berkorban nyawa~


Ibu, emak, mama, ummi.
Ya, dialah insan yang secara totalnya, 
insan yang paling rapat dengan kita.
Insan yang paling memahami hati dan jiwa kita.


Suatu ketika dulu, 
Dia pernah membawa kita selama 9 bulan dalam kandungannya.
Kerana kita, dia menanggung alahan yang teruk semasa mengandung.
Dia juga insan yang sakit sakit badannya,
demi membawa kita yang semakin membesar.
Dia juga yang tidak lena tidur kerana tidak selesa.


Setelah kita lahir,
Dia juga insan yang pertama memeluk kita setelah melihat dunia,
Dia insan pertama yang memberi kita minum melalui air susunya,
Dia tentunya insan pertama yang gembira 
sekaligus lega melihat kita lahir dengan sihat sempurna. 


Setelah kita mula mengenal apa itu dunia,
Dari mengenal A-B-C mahupun 1-2-3,
Dia mengajarkan kita erti ketabahan,
Dia menceritakan iktibar hidup yang pernah dilaluinya,
Dia mengajarkan kita apa itu hidup berdikari,
Dia menerangkan kepada kita, apa itu kehidupan.


Ketika kita jatuh,
Dialah insan yang membawa kita naik semula.
Ketika kita sedih,
Dialah insan yang cuba membuat kita gembira semula.
Ketika kita perlukan pertolongan,
Dialah insan yang pertama akan menolong kita,
walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dan ketika kita sakit,
Dialah insan yang turut merasa kesakitan yang kita tanggung,
walaupun kesakitan itu, 
adalah sedikit berbanding kesakitan yang dia tanggung 
selama lebih enam tahun lamanya.


Namun setelah kita besar,
seringkali kita lupakan dia.
Ada masa dia rindukan kita,
Ada masa dia perlukan kita untuk bercerita.
Ada masa dia perlukan teman meluah rasa.
Tetapi kita tidak ada disisinya.
Kerana kita sudah dewasa.
Pergantungan kita kepadanya sudah tiada,
kerana kita sudah mampu berdikari.
Kita sudah mampu hidup sendiri.
Dan kita sudah lupa, 
Dialah manusia yang mengenalkan segalanya tentang dunia.
Dialah manusia yang sudah banyak menabur jasa kepada kita.


Setelah sudah berumahtangga,
kita sudah semakin jauh dengannya.
Ada anak yang menelifon ibunya untuk bertanya khabar,
Ada anak yang sentiasa balik menziarah ibunya di kampung,
Dan ada juga anak yang sudah lupakan terus ibunya.


Setelah dia sakit, 
Kita ada kalanya mengeluh kerana terpaksa menjaganya.
Kita ada kalanya terasa penat ketika melayan kerenahnya.
Kita juga ada kalanya terleka untuk menjaga makan pakainya.
Kita ada masanya terlupa untuk membantu membersihkannya.
Kita ada masanya terlupa yang dia juga,
perlukan urutan dan sentuhan lembut dari seorang anak.


Dan ketika dia sudah tiada,
kita mula teringat akan semua jasa jasanya,
kita mula rindu untuk melihat wajahnya.
pelukannya, suapannya, suaranya bahkan segala galanya.
kita juga baru teringat,
masih banyak benda yang perlu kita buat,
untuk melihat dia bahagia.
tetapi kini, dia sudah tiada.
Terpisah antara dua alam yang berbeza.
Namun ada belum terlambat,
doa dan amal anak yang soleh sahaja,
yang mampu memberi bekal buatnya disana.


*Semoga tenang emak disana, 
semoga ditempatkan bersama hambaNya yang soleh.
Semoga suatu masa, kita dipertemukan kembali, di syurga abadi.
Aaaamiinn ~




Al fatihah~

Rahimah binti Maail
30 Mac 2017







12 comments:

  1. إنّا لله و إنّا إليه راجعون... Semoga dipermudahkan urusannya di sana.. Allahu, sedihnya, takutnya..sbb sy belum melaluinya..

    ReplyDelete
  2. Belum pernah melaluinya. Tapi pernah kehilangan seorang yang dianggap ibu jugak, hmm.. arwah Opah auni. Sebab auni membesar dalam jagaan arwah opah. Memang sakit bila rasa kehilangan.

    Semoga arwah mak ditempatkan dikalangan para syuhada.. ameen..

    ReplyDelete
  3. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun.. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan hamba2Nya yang beriman..

    ReplyDelete
  4. Aamiin.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Semoga arwah mak cikyan ditempatkan bersama org2 yg beriman.amin.

    ReplyDelete
  6. inalilahiwainailahirajiun. be strong cikyan. :( moga roh arwah ibu cikyan ditempatkan di kalangan para solihin. allahumma aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamiin :(

    ReplyDelete
  7. Alfatihah semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan kesayangan Allah. Mmg kehilangan seorg ibu paling dirasai. Mama pun dah 3 tahun mama pergi uwaaa

    ReplyDelete
  8. Al-fatihah~ CikYan jangan sedih tau! sebab Ibu cikYan tengah happy kat syurga! ^^ stay strong ya...

    ReplyDelete
  9. sedekah kan fatihah setiap kali rindu cik yan kat mak menerpa.
    kebetulan mak aida ada rumah ni hah.
    mlm karang nak bwk mak abah makan-makan.
    selagi mak ada. selagi tu kita berbakti kan.

    ReplyDelete
  10. inalilahiwainailahirajiun. be strong cikyan! azah pun pernah merasa kehilangan seorang ayah. perit sangat kan nak teruskan kehidupan. tapi kita kena kuat! kuat untuk hadapi dugaan yang datang tanpa mereka di sisi

    ReplyDelete