Suasana pagi itu agak sunyi. Tak
ramai yang berada di perkarangan kolej pada ketika itu. Hanya aku dan beberapa
orang pelajar kolej yang lain. Niatnya pada pagi ini aku mahu bersemuka dengan
Syamil. Sebabnya, aku mahu bertanya sendiri berkenaan hadiah dan segala nota
yang dikirimkan itu. Dan aku juga mahu menyelesaikan masalah aku dengan
Ruhaila. Aku mahu dengar penjelasan dari Syamil sendiri. Aku keliru, apa
kaitannya kami bertiga ini sehingga aku diberi amaran oleh Ruhaila.
"Eh awak Zulaikha kan? Kalau
tak silap saya la kan.. Ada apa ni duduk kat depan kelas kami ni? Ada nak jumpa
sesiapa ke?" Tanya abang Hakimi, senior yang suatu ketika dulu pernah
menjadi ketua kumpulanku semasa majlis orientasi.
"Errr, Abang Hakimi. Saya
sebenarnya.... " kata kataku terputus disini. Aku sebenarnya malu mahu
memberitahu tujuanku ke sini. Siti Zulaikha, ya, seorang aku ini, walaupun
orangnya kasar, sebenarnya cukup pemalu dengan lelaki, apatah lagi mahu
bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan seorang lelaki yang telah
berjaya mencuri hatiku ini.
"Err hello, awak mengelamun
ke? Nak jumpa siapa sebenarnya ni? Atau ada hal apa awak datang sini?"
Tanya Hakimi sekali lagi.
"Ohh... Ya? Maaflah.. Saya
nak jumpa dengan Syamil...Hmmmm... Dia mana?" Tanyaku ringkas. Mukaku
merona merah. Serius aku terasa begitu malu. Aku melarikan pandanganku ke arah
bilik kuliah. Berpura pura mencari kelibat Syamil, padahal aku tahu sah sah
memang Syamil tiada disitu. Sengaja tidak mahu bertemu pandang dengan pandangan
Abang Hakimi.
"Hakimi? Wow, good news. Dia
ada dekat mesin beli air kat belakang tu. Sekejap lagi dia sampai. Dia tengah
pilih air sekejap." Kata Hakimi sambil menunjukkan ke arah kantin kolej
yang berada di sebelah bilik kuliah mereka.
"Ohhh okey, terima
kasih." Kataku ringkas. Aku berkira kira mahu pergi. Rasa malu mula menguasai
diri. Apabila mengingatkan yang Syamil sudah berada berdekatan denganku, aku
mula merasa agak gelabah. Seram sejuk rasanya.
"Ada hal apa ya nak jumpa
Syamil? Nampak macam ada masalah besar je?" Tanya Hakimi cuba mengorek
rahsia kedatanganku sambil mengangkat keningnya.
"Err tak ada apa, rahsia.
Saja mahu bercakap dengan dia sekejap." Balasku ringkas. Malas mahu
berbual lama dengannya.
"Rahsia? Wow. Rahsia betul
tu. Apa benda la tu yang nak dicakapkan. Habislah Syamil. Hahahahaha...."
katanya sambil ketawa meleret lalu masuk ke bilik kuliahnya.
Aku yang masih terpinga pinga
disitu, melihat Syamil yang mula berjalan ke arahku. Ya pembetulan, bukan ke
arahku, tetapi ke arah bilik kuliahnya. Aku yang kaget hanya membuat muka
selamba. Dalam fikiranku mula merangka satu satu ayat yang ingin dibicarakan.
Syamil yang semakin menghampiriku, kelihatan seperti tidak selesa. Dia cuba
mengalihkan pandangannya kearah lain selepas pandangannya bertemu dengan
pandanganku. Dia berdehem sedikit sebelum melangkah cepat untuk masuk ke bilik
kuliahnya.
"Syamil, sekejap. Sini
sekejap !" Panggilku setelah melihat Syamil mula melangkah masuk ke
kelasnya.
"Saya ke?" Kata Syamil
setelah berhenti melangkah dan menoleh ke arahku.
"Ya, awak la Syamil. Saya
nak bercakap sikit dengan awak. Boleh?" Kataku ringkas.
"Ohh bercakap. Boleh boleh.
Tak ada masalah." Kata Syamil lalu menapak ke arahku. Penampilannya yang
agak kemas dan wajahnya yang tampan mengusik hatiku. Ya, Syamil benar benar hot
stuff !
"Ya, ada apa?" Kata
Syamil yang sudah berada di hadapanku.
"Saya nak tanya sesuatu. Err
saya Zu. Siti Zulaikha. Errr... " kataku spontan. Dalam hati aku mengutuk
diriku sendiri. Lain yang nak cakap, lain pula yang keluar. Mengapa perkenalkan
nama pula. Sepatutnya aku perlu marahkan Syamil, bukannya beramah mesra.
"Ya saya tahu awak Zulaikha.
Saya kenal awak. Kenapa ya? Nak cakap apa? " kata Syamil seterusnya
mematikan lamunanku.
"Kenapa ya....." Kata
kataku terhenti disitu. Aku cuba menyusun ayat sebaik mungkin. Sebenarnya, aku
juga tidak tahu bagaimana harus aku mulakan.
"Kenapa apa? " tanya
Syamil sambil mengerutkan kening. Syamil yang lengkap berbaju kemeja itu,
kelihatan begitu tampan sekali. Penampilannya mampu menggugat setiap mata yang
memandang.
"Surat tu... Hadiah tu....
Kenapa ya......?" tanyaku ringkas. Aku melarikan pendangan ke arah bilik
kuliahnya. Aku berasa malu setelah menyentuh topik perbualan utama. Sesekali
aku menyumpah diriku sendiri. Mengapalah aku terlalu berani untuk bersemuka
begini. Mukaku merona merah buat kesekian kalinya.
" Surat? Ohhh... Hmm..
Sebenarnya......." Kata kata Syamil terhenti apabila merlihat kelibat
Ruhaila tidak jauh dari situ. Syamil kelihatan seperti terkejut. Mukanya
kelihatan berubah.
"Maaf ya, nanti petang saya
jumpa awak di depan pintu pagar kolej, boleh? Pukul 5, jangan lupa ya! Sekarang
saya kena masuk ke kelas dulu." Kata Syamil ringkas sebelum masuk ke
kelasnya dengan tergesa gesa. Hakimi yang sedari tadi hanya memerhatikan
perbualan kami dari jauh, mula mendekati Syamil yang sudah mengambil tempat di
dalam kelas. Hakimi kelihatan bercakap sesuatu kepada Syamil sebelum Hakimi
ketawa terbahak bahak.Muka Syamil yang kelihatan seperti kerang busuk itu
menambahkan rasa curigaku. Keadaan ini membuat aku bertambah sangsi.
Tanpa membuang masa, aku berlari
bersembunyi di sebalik dinding. Tujuannya adalah untuk melarikan diri daripada
dilihat Ruhaila. Jika dia ternampak aku berdiri disitu, aku pasti, mesti akan
ada masalah lain pula selepas ini. Aku memeehatikan langkah Ruhaila yang mula
menapak ke dalam kelasnya. Setelah pasti aku sudah selamat dari dilihat
Ruhaila, aku mula berlari menuju ke kelasku yang akan bermula lebih kurang
sepuluh minit lagi. Sesi pemeriksaan kertas ujian peperiksaan akan dimulakan
sebentar lagi. Aku tidak mahu terlepas kerana ianya penting bagiku. Aku harus
cepat.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tepat pukul lima petang, aku
sudah terpacak di hadapan pintu pagar kolej. Kelibat Syamil masih belum
kelihatan. Perkarangan kolej juga seperti sudah lengang. Aku mencari kelibat
Syamil yang kononnya mahu berjumpa denganku.
"Inilah janji melayu, janji
pukul lima, entah pukul berapa pula akan muncul. Sendiri janji, sendiri
lupa." Omelku sendirian setelah sepuluh minit berlalu. Aku adalah sejenis
manusia yang tidak suka menunggu lama, lagi lagi untuk sesuatu yang aku tidak
tahu hujung pangkalnya seperti ini. Daripada menunggu, baik aku mengulangkaji
untuk praktikal tidak lama lagi. Minggu depan pula aku ada ujian OSCE. Jadi aku
perlu membuat persediaan awal sebelum aku menduduki ujian tersebut.
"Maaf saya lambat, ada group
discussion tadi." Kata Syamil yang baru muncul entah dari mana.
"Ohh ya, okey takpe. So
macam mana ya dengan hal tadi tu?" Tanyaku ringkas. Aku yang masih
menunggu jawapan dari Syamil malas mahu bermukaddimah lama lama.
"Pasal hal yang awak tanya
tu, sebenarnya.... Hmmn kalau saya beritahu, awak jangan marah ya? " pinta
Syamil.
"Marah kenapa? Hmm..takde,
saya tak marah." Kataku berlagak selamba. Kononnya tidak berminat, tetapi
hakikatnya seperti jantungku sudah mahu meledak meletup kerana berdebar yang
amat sangat. Tak sabar mahu menunggu penjelasan dari Syamil.
"Sebenarnya saya sukakan
awak. Saya mula sukakan awak sejak kali pertama saya lihat awk pada hari
pertama pendaftaran awak ke kolej ni. Sejak tu saya mula mencari maklumat
berkenaan awak. Saya tanya semua kawan kawan saya pasal awak." Jelas
Syamil panjang lebar. Aku yang mendengar pengakuan yang kukira pengakuan berani
mati itu, merasa agak terkejut. Tersentuh. Pelbagai rasa muncul secara tiba
tiba. Mukaku merona merah.
"Tapi kenapa saya? Kan ada
perempuan lain yang lebih layak untuk awak suka." Aku cuba bermain kata,
mula melancarkan taktik psikologi yang pernah di ajar oleh kakakku suatu ketika
dulu. Iyalah, siapa tidak pelik, dalam banyak banyak perempuan cantik di kolej
ni, kenapa aku yang menjadi pilihannya. Dahlah aku ni kasar, perempuan jadian
pula tu.
"Kenapa tidak? Awak juga
manusia, seorang perempuan seperti orang lain. Serius saya sukakan awak sejak
pertama kali saya jumpa awak. Mungkin masa tu awak tak perasan kehadiran saya
kat situ sebab masa saya tengok awak tu, awak sedang beratur di kaunter
pembayaran yuran. Saya pula sedang berada di meja urus setia bahagian
pendaftaran pelajar lelaki. Masa tu awak cantik berbaju kurung. Baju kurung
berwarna biru masa tu" Jelasnya panjang lebar. Aku yang terkejut dengan
kata katanya itu, terdiam seketika. Kuat betul ingatannya, aku sendiri tak
ingat warna baju yang aku pakai pada hari pendaftaran itu.
"Tapi Ruhaila tu....."
Kata kataku terhenti disitu. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.
"Ruhaila? Perempuan tu?
Hmmm, dia ada ganggu awak ke?" Tanya Syamil.
"Jujurnya ada. Dah dua kali
dia bagi amaran jangan kacau awk. Jadi saya keliru kenapa saya kena warning
sedangkan saya takde kena mengena pun dengan awak. Bercakap pun tak
pernah." Jelasku panjang lebar.
"Allahurabbi, perkara yang
paling saya takut selama ni dah terjadi pula. Maaflah awak, saya tak tahu dia
akan tahu pasal hal ni. Untuk pengetahuan awak, saya sengaja hantar surat
kepada awak melalui orang tengah kerana saya tak mahu Ruhaila ganggu awak. Dia
tu bahaya, akan buat apa sahaja untuk dapatkan saya. Sebab tu saya gunakan
orang tengah untuk mendekati awak. Dia tu ex girlfriend saya. Dah hampir enam
bulan kami berpisah. Saya pun dah taknak ingat lagi apa yang dia pernah buat
pada saya. Tapi dia pula terhegeh hegeh meraih cinta saya semula. Sampai saya
rasa rimas sangat sangat. Saya serik dengan perempuan mata duitan macam
tu."Jelasnya panjang lebar, cuba meyakinkan aku yang seperti curiga
dengannya. Aku hanya mampu tersenyum pahit apabila mendengar ceritanya, yang
pada kenyataannya, sama seperti gosip yang pernah Izzah ceritakan suatu ketika
dulu.
"Masa dekat perpustakaan
yang terang terang tak ada orang sangat tu, kenapa awak sembunyi? Kenapa tak
terus jumpa saya? Kalau betul suka, kenapa tak jadi gentleman. Daripada awak
bersembunyi macam tu, awak ingat saya akan terharu?" Aku saja meninggikan
suara seolah olah sedang marah. Sebenarnya aku mahu tergelak melihat wajahnya
ketika itu. Mukanya seperti menanggung rasa bersalah yang amat sangat. Aku
menyembunyikan senyuman yang sudah mula terukir di bibirku.
"Ohh dalam perpustakaan tu.
Hmm, masa tu saya nampak muka awak macam tengah stress. Saya takut kalau awak
marah saya bila saya beri awak surat tu. Lagipun, awak pun macam seorang yang
garang dan...." Kata katanya terhenti di situ dan menekapkan mulutnya
dengan telapak tangannya. Dia sudah terlepas cakap rupanya. Aku yang mendengar
itu, hanya tergelak. Rupa rupanya, Syamil ni adalah seorang yang sangat jujur.
Habis semuanya diceritakan kepadaku.
"Awak marah saya ke? Maaf
kalau awak tak suka. Saya cuba je sebab tahun ni tahun terakhir kat sini. Jadi
dah alang alang suka awak, saya cuba la dekati awak. Manatahu ada peluang
saya." Kata Syamil yang memperlahankan suaranya ketika menyebut perkataan
"peluang" itu. Aku yang mendengar seperti mahu tersenyum namun
kutahan juga supaya tidak kelihatan di matanya.
"Kenapa awak senyap? Maaflah
kalau awak tak suka. Macam ni, saya beri awak masa. Awak fikir la, nanti awak
beritahu saya macam mana." katanya perlahan.
"Beritahu apa?" Tanyaku
ringkas.
"Beritahu samada saya boleh
suka awak atau tak. Itu sahaja." Kata Syamil yang kelihatan mulai tenang
itu.
"Hmm tengok lah macam mana
ya. Okey, saya minta diri dulu ya." Kataku ringkas mengakhiri perbualan
sebelum meninggalkan Syamil yang seperti mengharap itu.
"Aku sendiri sukakan Syamil.
Sejak minggu orientasi lagi aku sukakan dia. Gelagatnya yang kelihatan kelakar
pada hari itu menarik minatku. Hari ini, Syamil mengaku bahawa dia juga sukakan
aku. Jadi apa harus aku buat? Terima atau tidak rasa 'suka' dia tu? Ikhlaskah
dia sukakan seorang aku? Jika aku terima, bermakna banyak benda yang perlu aku
hadapi, salah satunya nenek lampir yang seperti perigi mencari timba itu. Kalau
tak terima, nanti Syamil sukakan orang lain, macam mana? Hmmmm....aku juga yang
rugi. " Fikiranku mula mengira ngira jawapan untuk aku berikan kepada
Syamil. Aku melangkah laju menuju ke asrama kolejku. Aku perlu pergi dari situ
secepat mungkin. Terasa seperti sudah tidak mampu untuk melihat muka Syamil
lagi. Sungguh aku malu. Namun, dalam diam, aku memanjatkan rasa syukur di atas
berita yang baru diterima sebentar tadi. Rupa rupanya, aku tidak bertepuk
sebelah tangan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Aku tersenyum bahagia.
*Gigih Cikyan karang bab ni sesambil blogwalking korang guna handset ja. Sekarang ni kat kampung, lusa baru boleh update entry. Tapi takut pulak sebab anak boss start kerja lusa dah. Dah tak boleh nak berblog sangat. Terpaksa guna handset jela update. So kalau ayat tak berapa nak cantik ka, spelling error ka, paham paham jela naaa.. Good luck la untuk seketui Cikyan. Hip hip hoooreeyy !
alhamdulillah masih boleh berblog ni, nanti kami tunggu next episod. hehe
ReplyDeletePanjangnya entri nie... content yang bagus... teruskan menulis...
ReplyDeletePandai buat ayat CikYan ni..so sekarang dah kapel ke dengan si Syamil tu? Haha..
ReplyDeleteNice chapter cikYan hahah ^^ btw Hana belum baca lagi saja nak komen dulu! heheh :3 keep going!!! <3
ReplyDeleteelelele jual mahallll :P padahal dia suka sejak orientasi lagi! hahaaa. next nexttt
ReplyDeletexpe je cikya. blogging waktu rehat. haha. tak pun update dulu dekat notepad, nanti save je
ReplyDeletealamak. nak kena godek bab 1 dulu ni...
ReplyDeleteteringin jugak nak menulis novel ni.. hehe
ReplyDeleteeh terima lah kenapa tak pulak. Takkan takur dengan ruhaila kot
ReplyDelete