Tuesday 18 February 2020

LUQMANUL HAKIM

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Just a simple entry.
Setelah melalui fasa mengandung
seperti di entry sebelum ini, 
nak dijadikan cerita
Pada 18 januari 2020, 
anak sis dilahirkan.
Alhamdulillah ya Allah, 
tak sangka 😭


Sekarang anak ditahan di NICU sebab
lahir awal which is 28 weeks. 
Mohon warga blogger sekalian 
mendoakan yang terbaik buat
anak sis ya.

Doktor kata keadaan dia stabil,
Cuma fokus untuk tambah berat badan je.
Mohon doakan anak sis cepat besar
dan sihat sentiasa ya.

Thanks.

Wassalam 💓


Thursday 21 November 2019

WARDED


Assalamualaikum

Lama tak bersiaran sini
Alhamdulillah perkembangan terbaru
I'm a married woman
Dah lebih kurang 5 bulan kahwin
Dan sekarang sudah 5 bulan pregnant

Tapi sekarang, diuji dengan sedikit ujian 
Sekarang kat kat hospital
Warded sebab doktor diagnos
Threathened misscarriage disebabkan oleh
Low lying placenta dan cervical errossion
Dan yang terbaru air ketuban pula kurang

Sebenarnya sis dah mengalami pendarahan selama hampir sebulan lebih
Lebih kurang bermula dari 9 oktober lepas
Hingga kini bleeding masih belum berhenti
Tapi alhamdulillah sekarang dah tinggal spotting sahaja

Low lying placenta tu doktor kata ada kemungkinan uri sis boleh naik balik
InsyaAllah bila baby bergerak, uri pon akan ikut sama
Tapi kalau tak bergerak jugak, bermula 28 minggu hingga sis melahirkan, sis kena menapak di hospital
Cervical errosion pula sis tak pasti kenapa boleh jadi macam tu
Tapi doktor kata, memang ada yang jenis rahim macam sis
Jenis sensitif sikit
Almaklumlah perubahan struktur rahim apabila mengandung
Berkenaan air ketuban tu pula, doktor ada juga tanya pasal leaking dan sebagainya,
Tapi maaflah sis pun tak pasti tentang tu
Memandangkan sis anak pertama
Masih tak pandai nak bezakan samada air ketuban atau air kencing

Mohon doakan semoga sis dan bayi dalam kandungan sihat dan kuat sehingga ke akhirnya ya. Sis sangat perlukan doa dari semua.



Wednesday 22 May 2019

BISKUT OAT

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Selamat berpuasa semuanya.
Ada yang dah mula buat kuih raya?

Kalau tanya Cikyan,
harini baru start buat kuih raya
Pada mulanya memang taknak buat
Tapi masa buka instagram,
sana sini nampak orang buat kuih rasa
Ko rasa...? Mampu Cikyan nak duduk saje..?
At last mula menggoogle resepi dalam internet
Ada la terjumpa resepi biskut oat
Kalau ikutkan resepinya,
memang takde la bahan tu kat dapur.
So Cikyan pun mulalah menderhaka....



ni rupa kuih Cikyan buat 

ni gambar google


Walaupon kuih yang cikyan buat nampak montel 
dan macam gebu sangat
tapi rasa dia boleh la tahan (ok puji diri sendiri!)
Actually akak kata sedap, puji agak melambung jugak laaaa
sebab selalunya kalo buat kuih, mesti ada je yang tak kena !

Okey jom tengok resepi
mana la tau kot kot ada yang nak try buat
biskut yang simple macam nih
Bahan pun mudah didapati.
Resepi ni senang je, rasanya semua pun dah tahu
Tapi sebab kali ni Cikyan puas hati,
so nak share sini lahh..
Lain kali boleh rujuk sini je kan...

BISKUT OAT

BAHAN BAHAN :

75 g butter sejuk (dari peti ais) - cikyan guna yang luar peti ais
100 g tepung serbaguna - cikyan guna tepung gandum biasa je
65 g oatmeal (kisar) - tak ikut sukatan, cikyan masukkan sesedap rasa je
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
35 g gula perang - cikyan ganti gula pasir biasa 5 sudu
2 -3 sb susu segar - cikyan ganti susu pekat biasa, main tuang je
Garam - cikyan tak letak pun



CARA CARA MEMBUATNYA :

1. KISAR OATMEAL
Pertama sekali, kisar oatmeal. Apabila siap, ketepikan. - Cikyan skip

2. GAULKAN BAHAN
Sediakan mangkuk, masukkan butter dan ramaskan dengan tepung beserta oatmeal.Gaulkan hingga strukturnya menjadi seperti breadcrumbs.
Kemudian, tambah baking soda, garam, soda bikarbonat dan gula. Gaul sebati.

3. TAMBAH SUSU
Tambahkan susu sedikit demi sedikit. Jika adunan masih lagi kering, boleh tambah lagi susu.

4. BENTUKKAN ADUNAN
Gaulkan sampai adunan tadi tidak lagi melekat pada tangan.

5. SEJUKKAN
Setelah siap adunan, balutkannya dengan menggunakan plastik atau cycling film dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 30 minit. - cikyan skip

6. CANAI DAN TEKAP
Selepas 30 minit, keluarkan dari peti sejuk dan canaikan dengan ketebalan 0.5 cm atau 1 cm. - cikyan skip
Selepas itu, boleh tekap ngan mana-mana acuan yang anda gemari - cikyan skip

7. SEJUKKAN LAGI SEKALI
Simpankan acuan biskut tadi ke dalam chiller sekali lagi. 
Kali ini hanya biarkan selama 10 minit - cikyan skip

8. BAKAR
Bubuh dalam tray dan bakar dalam ‘oven’ selama 10-15 minit atau keperangan, suhu 170 c. - cikyan guna api atas bawah suhu 150 c dan selama 40 minit

9. SIAP!
Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 






Selamat mencuba uollssss 😉😉😉

Monday 6 May 2019

DENTAL NURSE

Assalamualaikum.

Hai selamat menjalani ibadah puasa semuanya
Apa khabar harini?
Ada yang puasa yang yang yuk tak?
Yang yang yuk
pagi pagi bukak periuk
uhuhuiiiiiii !

Okey disebabkan cikyan dah nak mula aktif balik
secara jujurnya kalau tanya,
memang idea tak banyak nak tulis apa
So kali ni cikyan nak share laa tentang 
pengalaman cikyan bekerja sebagai jururawat pergigian
dah lama dah..
sekitar 5-6 tahun lepas rasanya

Masa ni cikyan bekerja di bangsar
di sebuah pusat pergigian di sana
jom la cuci mata tengok gambar ya

replika gigi gergasi 

geng membawang sis - mira (tudung hitam), kak amy (tudung kelabu) 
then sis and then the last one is lucy (philipines girl)

she actually my bff kat sana

ni gambarajah kalau nak tengok proses implan
implan tu actually proses nak tanam gigi yang melibatkan 
alatan macam skru jugak la yang kita kena tanam sekali

ni alatan untuk buat implan gigi, 
sis ketar setiap kali asist boss buat implan 
sebab semuanya melibatkan skru, tukul 
dan benda benda yang ngeri kalo kita tengok


ni alatan untuk but exraction (cabut gigi) dan untuk buat filling (tampal gigi)


ni masa asist doktor buat implan
bersama mek mira

team

semua kaki selpie jugak
nik, kak ayu, cikyan, lucy, mira, wani, fatin, hanan dan kak ja

bergambar bersama doktor kong dan doktor su a.k.a doktor raymond

masa ni dah jadi ex staff - sis curi gambar ni masa dah berhenti kerja kat sini
baju pon dah bertukar jadi warna biru dah, sebelum tu warna hijau kan
  

ni masa bergambar dengan doktor kong
cikyan teringat la masa ni, pesakit takde
kami bertiga dok selpie
lepas tu doktor kong lalu
then ajak selpi sekali
lepas tu kami pon nak share la gambar
sekali silap send daaaa
siap nak send kat group ada boss besar lagi
masa ni memasing cemas gila
kantoi pulak tak buat kerja kan
kawan tu, cecepat dia off internet dan fon
sebab takut gambar tu terlepas dalam group
serius la masa ni seriau betul ! 

okey sekian saja bebelan cikyan malam ni
jumpa lagi besok uollsss ☺️☺️☺️☺️☺️

Sunday 5 May 2019

MYKORI

Assalmualaikum

Hai apa khabar?
Diharap semuanya sihat sihat belaka.
Sorry lama tak bersiaran
tadi pun muncul tetiba aje share post 
tanpa explain apa apa.

Actually lately Cikyan busy sikit
ada mission yang perlu diuruskan

Post kali nih
Cikyan rasa nak share tempat makan yang agak best
Sesuai sangat la kalau time pepanas macam nih.
Satu sebab kenapa cikyan suka pergi sini
adalah sebab dekat dengan rumah sewa cikyan
dan sebab lainnya adalah tak lain tak bukan..
sebab cikyan suka makanan ala ala ABC ni...
Kalau sesiapa yang pernah follow instagram Cikyan
mesti perasan Cikyan selalu post kan?

Tak lain tak bukan....

MYKORI !!!!!!!

Haa tu banner dia ambik time pi makan situ

ni instagram dia in case
kalau hampa taktau nak cari mana

#montmauvekakigori #abcjepun
-rasa dia masam masam, rasa yogurt
sape suka yogurt masam masam boleh try nih
atas dia tuh sedap cikyan suka
dan kat dalam dia ada buah blueberry ke apa 
sebab ada rasa masam jugak kat buah tu

#caramelpopcornkakigori #abcjepun
-ni salah satu yang cikyan suggest bagi sesiapa yang nak cuba try test
sebab rasa dia just nice, manis manis caramel gittuw

#abcjepun


#kenkokakigori #mangkukaissihat
- yang nih pulak, bawah dia ala ala aiskrim abc la gayanya
atas tu pulak korang boleh pilih nak apa 
makanan sihat la kononnya
sihat ke?

#kakigoriboru - milk ice + strawberry + chocolate chips + oreo + matcha
-yang ni pun menarik hati sebab ada buah buahan dan coklat atas atas tu

#ham&cheese taiyaki - antara semua, cikyan tak berapa suka
 yang ni sebab agak liat time nak makan


then masa ni cikyan belanja akak dan anak buah makan mykori masa 
akak cikyan datang teman anak dia interview
so masa ni sebab nak rasa banyak flavour
cikyan order yang saiz kecik punya

#mountfujikakigori #abcjepun
-ni sedap, rasa dia just nice tak manis sangat 
- rasa macam duduk kat gunung fuji cheeewaahhh !!

#mangocheesecakekakigori #abcjepun
-ni pon sedap, tak manis sangat, rasa just nice

#matchalattekakigori #abcjepun
-ni pahit almaklumlahh matcha kan - teh hijau oii oii



#signaturetoast #chocolate
-kalau nak banding dengan toast mango bawah tu,
rasanya yang ni lagi sedap.
best makan masa panas panas
sebab bila dah sejuk, roti dia akan jadi keras.



#strawberrycheesecakekakigori
-yang ni pon just nice, tak manis sangat 
sebab ada jugak rasa masam masam strawberry

#mangotoast - serius cikyan tak boleh masuk dengan yang ni
 sebab terlalu manis dan ada rasa masam jugak


-selain ambik aiskrim matcha macam gambar kat atas tu, 
cikyan ambik aiskrim vanilla jugak 






dah tengok semua kan?
nampak menyelerakan tak?
so apa lagi... pergi la serbu ツ
oppsss lupa..

waktu berbuka baru pergi serbu okey
sebab esok dah start puasa kan 





selamat berpuasa uollssss ツツツツツツ

Saturday 4 May 2019

SCAMMER





Alkisah cerita pasal scammer.
Dah lama berlaku,
lebih kurang sebulan yang lepas.
Memula share kat facebook,
sekarang baru berkesempatan share kat sini.
Memula ada dapat call masa cikyan tengah buat kerja kat office.
Memulanya suara mesin yang bercakap, 
Lepas tu bercakap dengan sorang lelaki nih.
Kononnya buat panggilan tu dari
Mahkamah majistret Labuan.

cikyan : Oh ya, saya ada terima panggilan yang kata 
kami ada notis yang tertunggak, 
tak sampai kat kami. 
Jadi saya nak tahu jugak berkaitan apa tu ya 
(Tanya takut ada benda penting berkaitan office)

Dia : Oh ya, boleh bagi no ic, saya nak check dulu.

cikyan : Eh tadi yang call tu, dia call no office. 
bukan no saya. Kenapa nak beri no ic saya pulak.

Dia : Oh ya, kami perlukan no ic cik untuk pengesahan. 
Biar saya check dulu.
-Masa ni dah rasa macam pelik sikit, 
tapi saya cuba berbaik sangka 
sebab kalau tak bagi no ic, 
takut berkaitan office pulak – sebab sekarang ada isu yang 
melibatkan mahkamah kat office ni, 
tu dengan yakinnya saya bagi details) 
– then dia pun mencari maklumat setelah saya sebut nombor ic. 
Sambil menyanyi pulak tuh ! 
– yang nih buat saya rasa lagi pelik 
– kata kerja mahkamah, apehal pulak menyanyi bagai nih. 
Gembira semacam.

Dia : Ouh ye cik, mengikut rekod saya nih, 
saya tengok cik ada rekod saman berkaitan 
hutang kad kredit berjumlah RM8,450.00. 
Kad kredit Hong Leong bank. 

cikyan : Eh saya mana ada akaun bank Hong leong 
(saya dah mula pelik – ya pelik lagi- 
tak pernah ada akaun tetiba nak claim saya ada hutang kad kredit)

Dia : Ouh iya ke. Kejap, betul ke takde akaun Hong Leong Cik. 
Atau mungkin Cik Pernah beri salinan kad pengenalan 
kat sesiapa sebelum ni. 
Cuba ingat balik. Pernah tak beri salinan ic kepada mana mana tempat?

cikyan : Pernah memang la pernah, itu pun untuk kegunaan ASB je. 
( Sebenarnya banyak lagi – tapi malas nak cerita sebab rasa tak sedap hati 
– mesti ada something wrong somewhere)

Dia : Cross tak IC tu? Ada buat palang tak dekat salinan tu?

cikyan : Eh mestilah buat. Bahaya tak buat.

Dia : So macam mana ni. Tapi kalau betul cik 
tak ada akaun hong leong bank, saya rasa mungkin ada mana mana 
pihak yang telah salahgunakan salinan ic cik. 
Kalau kat sini, saya tengok notis mahkamah bernombor L197196, 
ada penggunaan kad kredit berjumlah RM 8,450.00.

cikyan : Eh macam pelik je ni. Saya tak pernah ada akaun Hong leong, 
macam mana saya boleh ada hutang kad kredit. 
Awak scammer ke ni? ( Nada suara saya dah berubah, makin tinggi
 – sakit hati, geram dan takut pun ada – semua perasaan bercampur baur.
 Dah la nak kahwin, tetiba ada hutang pulak 
– hutang yang berupa saman pulak tu)

Dia : Eh, kenapa cakap macam tu. Saya bukan scammer. 
Sabar cik sabar. Saya disini mahu membantu. 
Kalau betul lah Cik tidak bersalah, saya akan bantu cik selesaikan sampai ke akhirnya.

cikyan : Eh kenapa saya ada hutang pulak! Awak ni scammer ni…
scammer ni… (Fikiran dah kusut masa ni, tak boleh nak fikir, 
saya duk ulang ulang cakap dia scammer – tapi still tak letak ganggang telefon)

Dia : Cik sabar cik, kalau ada air, minum air dulu.
Jangan kelam kabut. 
Saya nak bantu Cik selesaikan masalah ni.
Mengikut rekod yang saya tengok ni, 
Cik kena hadir kat mahkamah Labuan pukul 2 petang
ni untuk settlekan masalah ni. 
Macam ni la cik, saya nak tanya ni, 
cik boleh datang ke kat Mahkamah Majistret Labuan petang ni?

cikyan : Memang tak dapat laa saya pergi sebab
sekarang saya kat ampang 
(Suara makin lama makin tinggi - Dah malas nak layan 
– tapi terasa macam nak ambil details in case apa apa terjadi
- dah ada bukti kan 
- so layankan aje dulu)

Dia : So macam ni la cik, memandangkan cik pun tak boleh datang 
– sekejap lagi saya akan sambungkan cik dengan IPD Labuan untuk 
Cik buat report pasal hal ni.
 Nanti suruh mereka hantar laporan kepada mahkamah majistret ya cik. 
Sementara tu, ambil kertas dan pen dan salin apa yang saya 
bagitahu ni sebab nanti mereka akan tanya detals. 
(Lalu dia bacakan la segala macam info yang dia reka tu 
– tarikh permohonan kad kredit : 04 Mei 2018
 - tempat permohonan kad kredit : Hong leong bank Labuan 
– no kad kredit : 5221470780556638 – no akaun simpanan hong leong : 106180081108 
– notis mahkamah : L197296. Then saya pun salin laa kesemuanya)

Dia : Sekejap lagi saya sambungkan cik dengan bahagian IPD Labuan ya. 
Jangan letak call ya. 
Nanti Cik buat laporan kat mereka ya. 
Bacakan semua details yang saya bagitahu tadi.

cikyan : Boleh saya tahu sekarang saya bercakap dengan siapa?

Dia : Oohh, saya Mohd Yusof bin Aris, dari bahagian Civil.

cikyan : Boleh saya dapatkan no telefon encik?

Dia : Ohhhh, boleh – 087-411786. Saya sambungkan ke IPD Labuan ya.

Then dia sambungkan ke IPD Labuan kononnya '– saya pun letak telefon.
Then telefon pejabat berbunyi lagi. 
Saya pun angkat sebab kalau tak angkat takut boss yang call. 
Dah la saya sorang je kat pejabat masa tu. So terpaksa la angkat.

Dia : Cik, kenapa letak telefon?

cikyan : Tak tahulah, mungkin terputus sendiri kot.

Dia : Saya sambungkan semula ya. Jangan letak telefon ya.

Then talian telefon disambungkan kepada IPD Labuan kononnya. 

Dia : Ya, bahagian penyiasatan jenayah. Boleh saya bantu?

cikyan : Tadi saya ada terima pangggilan dari Mahkamah Majistret Labuan 
– hasil conversation katanya mungkin ada pihak ketiga 
gunakan ic saya untuk kad kredit. 
Sedangkan saya tak ada akaun bank hong leong pon. 

Dia : Oh iya ke. Boleh saya dapatkan details berkenaan kes ni? 
Masa ni saya mula mencari idea macam mana nak
 interrupt perbualan ni dan mengakhiri perbualan telefon.

cikyan : Encik, boleh saya call encik kemudian. 
Sebab saya ada hal nak buat ni. Nak ke tandas sekejap. 
Beri saya nombor telefon encik la, sekejap lagi saya call encik balik. 
(Tak tahu macam mana idea ke tandas ni 
boleh muncul dengan tiba tiba. KAHKAHKAH!)

Dia : Oh takpe la, bagi nombor Cik, 
nanti saya yang akan call Cik semula.

cikyan : Scammer ni kan? Scammer kan? 
(Buat kali keduanya saya tuduh scammer ni scammer)

Dia : Eh kenapa cakap macam tu cik? 
Kenapa tuduh saya scammer? 
(Suara dia dah macam bengang 
– masa ni saya pun confuse- dia ni scammer ke atau betul betul polis
- suara macam bengang semacam je)

cikyan : Okey kalau macam tu, bagi nama dan nombor telefon Encik. 
Nanti saya call balik. Saya nak ke tandas ni.

Dia : Saya sarjan Mohd Alif bahagian penyiasatan jenayah.

cikyan : Nombor telefon ?

Dia : Awak pergi tandas dulu, pergi je tandas dulu. 
Nanti awak dah siap, awak cari nombor telefon IPD Labuan kat google. 
(Pelik dah kat situ tuh 
- kalau betul polis kenapa taknak bagi nombor telefon 
- something wrong somewhere kan)

Then saya letak ganggang. saya tunggu lima minit, 
saya google nombor telefon IPD Labuan dan saya call.
 then mintak sambungkan kepada bahagian Penyiasatan jenayah.

cikyan : Boleh saya bercakap dengan sarjan Alif? 
Bahagian penyiasatan jenayah.

Dia : Tak ada sarjan nama tu kat sini.

cikyan : Ouh iya ke (Then cikyan ceritakan semuanya pada sarjan tu 
– then dia sahkan tu memang scammer)

Then cikyan pun berHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

Setengah jam lepas tu, cikyan terus heret
Ummi - kawan sekerja pegi maybank
sebab nak transfer duit ke akaun lain sebab takut scammer tu
buat jahat almaklumlah dia kan dah ada no ic saya.





Share post ni sebab nak bagitahu,
berhati hati lah korang sebab scammer ni akan
create apa sahaja penipuan untuk tipu kita.



Share kalau rasa post ni bermanfaat untuk semua





#prayforme #scammerbengang

 — feeling funny.