Wednesday 22 May 2019

BISKUT OAT

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Selamat berpuasa semuanya.
Ada yang dah mula buat kuih raya?

Kalau tanya Cikyan,
harini baru start buat kuih raya
Pada mulanya memang taknak buat
Tapi masa buka instagram,
sana sini nampak orang buat kuih rasa
Ko rasa...? Mampu Cikyan nak duduk saje..?
At last mula menggoogle resepi dalam internet
Ada la terjumpa resepi biskut oat
Kalau ikutkan resepinya,
memang takde la bahan tu kat dapur.
So Cikyan pun mulalah menderhaka....



ni rupa kuih Cikyan buat 

ni gambar google


Walaupon kuih yang cikyan buat nampak montel 
dan macam gebu sangat
tapi rasa dia boleh la tahan (ok puji diri sendiri!)
Actually akak kata sedap, puji agak melambung jugak laaaa
sebab selalunya kalo buat kuih, mesti ada je yang tak kena !

Okey jom tengok resepi
mana la tau kot kot ada yang nak try buat
biskut yang simple macam nih
Bahan pun mudah didapati.
Resepi ni senang je, rasanya semua pun dah tahu
Tapi sebab kali ni Cikyan puas hati,
so nak share sini lahh..
Lain kali boleh rujuk sini je kan...

BISKUT OAT

BAHAN BAHAN :

75 g butter sejuk (dari peti ais) - cikyan guna yang luar peti ais
100 g tepung serbaguna - cikyan guna tepung gandum biasa je
65 g oatmeal (kisar) - tak ikut sukatan, cikyan masukkan sesedap rasa je
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder
35 g gula perang - cikyan ganti gula pasir biasa 5 sudu
2 -3 sb susu segar - cikyan ganti susu pekat biasa, main tuang je
Garam - cikyan tak letak pun



CARA CARA MEMBUATNYA :

1. KISAR OATMEAL
Pertama sekali, kisar oatmeal. Apabila siap, ketepikan. - Cikyan skip

2. GAULKAN BAHAN
Sediakan mangkuk, masukkan butter dan ramaskan dengan tepung beserta oatmeal.Gaulkan hingga strukturnya menjadi seperti breadcrumbs.
Kemudian, tambah baking soda, garam, soda bikarbonat dan gula. Gaul sebati.

3. TAMBAH SUSU
Tambahkan susu sedikit demi sedikit. Jika adunan masih lagi kering, boleh tambah lagi susu.

4. BENTUKKAN ADUNAN
Gaulkan sampai adunan tadi tidak lagi melekat pada tangan.

5. SEJUKKAN
Setelah siap adunan, balutkannya dengan menggunakan plastik atau cycling film dan simpan dalam peti sejuk bahagian chiller selama 30 minit. - cikyan skip

6. CANAI DAN TEKAP
Selepas 30 minit, keluarkan dari peti sejuk dan canaikan dengan ketebalan 0.5 cm atau 1 cm. - cikyan skip
Selepas itu, boleh tekap ngan mana-mana acuan yang anda gemari - cikyan skip

7. SEJUKKAN LAGI SEKALI
Simpankan acuan biskut tadi ke dalam chiller sekali lagi. 
Kali ini hanya biarkan selama 10 minit - cikyan skip

8. BAKAR
Bubuh dalam tray dan bakar dalam ‘oven’ selama 10-15 minit atau keperangan, suhu 170 c. - cikyan guna api atas bawah suhu 150 c dan selama 40 minit

9. SIAP!
Sejukkan sebentar sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 






Selamat mencuba uollssss 😉😉😉

6 comments:

  1. Nampaknya Cikyan x perlu hidang biskut beli Raya nanti. Akak dah kumpul bbrp resepi biskut, tapi satu pun x buat lagi! hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah.. rajin cikyan buat biskut..

    ReplyDelete
  3. Nampak lazat juga versi cikyan.. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete
  4. Hellooooo cikyan. Even dh hbis raya pun takpela. Hehe. Happy belated eid Fitri cikyan�� Lisa ni hehehe

    ReplyDelete
  5. Aduhai, malam-malam tengok gambar kuih raya nampak sedap pula...

    ReplyDelete