Saturday 3 March 2018

Izinkan Aku (Bab 7)

Suasana pagi itu agak sunyi. Tak ramai yang berada di perkarangan kolej pada ketika itu. Hanya aku dan beberapa orang pelajar kolej yang lain. Niatnya pada pagi ini aku mahu bersemuka dengan Syamil. Sebabnya, aku mahu bertanya sendiri berkenaan hadiah dan segala nota yang dikirimkan itu. Dan aku juga mahu menyelesaikan masalah aku dengan Ruhaila. Aku mahu dengar penjelasan dari Syamil sendiri. Aku keliru, apa kaitannya kami bertiga ini sehingga aku diberi amaran oleh Ruhaila.

"Eh awak Zulaikha kan? Kalau tak silap saya la kan.. Ada apa ni duduk kat depan kelas kami ni? Ada nak jumpa sesiapa ke?" Tanya abang Hakimi, senior yang suatu ketika dulu pernah menjadi ketua kumpulanku semasa majlis orientasi.

"Errr, Abang Hakimi. Saya sebenarnya.... " kata kataku terputus disini. Aku sebenarnya malu mahu memberitahu tujuanku ke sini. Siti Zulaikha, ya, seorang aku ini, walaupun orangnya kasar, sebenarnya cukup pemalu dengan lelaki, apatah lagi mahu bercakap mengenai perkara yang berkaitan dengan seorang lelaki yang telah berjaya mencuri hatiku ini.

"Err hello, awak mengelamun ke? Nak jumpa siapa sebenarnya ni? Atau ada hal apa awak datang sini?" Tanya Hakimi sekali lagi.

"Ohh... Ya? Maaflah.. Saya nak jumpa dengan Syamil...Hmmmm... Dia mana?" Tanyaku ringkas. Mukaku merona merah. Serius aku terasa begitu malu. Aku melarikan pandanganku ke arah bilik kuliah. Berpura pura mencari kelibat Syamil, padahal aku tahu sah sah memang Syamil tiada disitu. Sengaja tidak mahu bertemu pandang dengan pandangan Abang Hakimi.

"Hakimi? Wow, good news. Dia ada dekat mesin beli air kat belakang tu. Sekejap lagi dia sampai. Dia tengah pilih air sekejap." Kata Hakimi sambil menunjukkan ke arah kantin kolej yang berada di sebelah bilik kuliah mereka.

"Ohhh okey, terima kasih." Kataku ringkas. Aku berkira kira mahu pergi. Rasa malu mula menguasai diri. Apabila mengingatkan yang Syamil sudah berada berdekatan denganku, aku mula merasa agak gelabah. Seram sejuk rasanya.

"Ada hal apa ya nak jumpa Syamil? Nampak macam ada masalah besar je?" Tanya Hakimi cuba mengorek rahsia kedatanganku sambil mengangkat keningnya. 

"Err tak ada apa, rahsia. Saja mahu bercakap dengan dia sekejap." Balasku ringkas. Malas mahu berbual lama dengannya.

"Rahsia? Wow. Rahsia betul tu. Apa benda la tu yang nak dicakapkan. Habislah Syamil. Hahahahaha...." katanya sambil ketawa meleret lalu masuk ke bilik kuliahnya.

Aku yang masih terpinga pinga disitu, melihat Syamil yang mula berjalan ke arahku. Ya pembetulan, bukan ke arahku, tetapi ke arah bilik kuliahnya. Aku yang kaget hanya membuat muka selamba. Dalam fikiranku mula merangka satu satu ayat yang ingin dibicarakan. Syamil yang semakin menghampiriku, kelihatan seperti tidak selesa. Dia cuba mengalihkan pandangannya kearah lain selepas pandangannya bertemu dengan pandanganku. Dia berdehem sedikit sebelum melangkah cepat untuk masuk ke bilik kuliahnya.

"Syamil, sekejap. Sini sekejap !" Panggilku setelah melihat Syamil mula melangkah masuk ke kelasnya.

"Saya ke?" Kata Syamil setelah berhenti melangkah dan menoleh ke arahku.

"Ya, awak la Syamil. Saya nak bercakap sikit dengan awak. Boleh?" Kataku ringkas.

"Ohh bercakap. Boleh boleh. Tak ada masalah." Kata Syamil lalu menapak ke arahku. Penampilannya yang agak kemas dan wajahnya yang tampan mengusik hatiku. Ya, Syamil benar benar hot stuff !

"Ya, ada apa?" Kata Syamil yang sudah berada di hadapanku. 

"Saya nak tanya sesuatu. Err saya Zu. Siti Zulaikha. Errr... " kataku spontan. Dalam hati aku mengutuk diriku sendiri. Lain yang nak cakap, lain pula yang keluar. Mengapa perkenalkan nama pula. Sepatutnya aku perlu marahkan Syamil, bukannya beramah mesra.

"Ya saya tahu awak Zulaikha. Saya kenal awak. Kenapa ya? Nak cakap apa? " kata Syamil seterusnya mematikan lamunanku.

"Kenapa ya....." Kata kataku terhenti disitu. Aku cuba menyusun ayat sebaik mungkin. Sebenarnya, aku juga tidak tahu bagaimana harus aku mulakan. 
"Kenapa apa? " tanya Syamil sambil mengerutkan kening. Syamil yang lengkap berbaju kemeja itu, kelihatan begitu tampan sekali. Penampilannya mampu menggugat setiap mata yang memandang.

"Surat tu... Hadiah tu.... Kenapa ya......?" tanyaku ringkas. Aku melarikan pendangan ke arah bilik kuliahnya. Aku berasa malu setelah menyentuh topik perbualan utama. Sesekali aku menyumpah diriku sendiri. Mengapalah aku terlalu berani untuk bersemuka begini. Mukaku merona merah buat kesekian kalinya.

" Surat? Ohhh... Hmm.. Sebenarnya......." Kata kata Syamil terhenti apabila merlihat kelibat Ruhaila tidak jauh dari situ. Syamil kelihatan seperti terkejut. Mukanya kelihatan berubah.

"Maaf ya, nanti petang saya jumpa awak di depan pintu pagar kolej, boleh? Pukul 5, jangan lupa ya! Sekarang saya kena masuk ke kelas dulu." Kata Syamil ringkas sebelum masuk ke kelasnya dengan tergesa gesa. Hakimi yang sedari tadi hanya memerhatikan perbualan kami dari jauh, mula mendekati Syamil yang sudah mengambil tempat di dalam kelas. Hakimi kelihatan bercakap sesuatu kepada Syamil sebelum Hakimi ketawa terbahak bahak.Muka Syamil yang kelihatan seperti kerang busuk itu menambahkan rasa curigaku. Keadaan ini membuat aku bertambah sangsi.

Tanpa membuang masa, aku berlari bersembunyi di sebalik dinding. Tujuannya adalah untuk melarikan diri daripada dilihat Ruhaila. Jika dia ternampak aku berdiri disitu, aku pasti, mesti akan ada masalah lain pula selepas ini. Aku memeehatikan langkah Ruhaila yang mula menapak ke dalam kelasnya. Setelah pasti aku sudah selamat dari dilihat Ruhaila, aku mula berlari menuju ke kelasku yang akan bermula lebih kurang sepuluh minit lagi. Sesi pemeriksaan kertas ujian peperiksaan akan dimulakan sebentar lagi. Aku tidak mahu terlepas kerana ianya penting bagiku. Aku harus cepat.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tepat pukul lima petang, aku sudah terpacak di hadapan pintu pagar kolej. Kelibat Syamil masih belum kelihatan. Perkarangan kolej juga seperti sudah lengang. Aku mencari kelibat Syamil yang kononnya mahu berjumpa denganku.
"Inilah janji melayu, janji pukul lima, entah pukul berapa pula akan muncul. Sendiri janji, sendiri lupa." Omelku sendirian setelah sepuluh minit berlalu. Aku adalah sejenis manusia yang tidak suka menunggu lama, lagi lagi untuk sesuatu yang aku tidak tahu hujung pangkalnya seperti ini. Daripada menunggu, baik aku mengulangkaji untuk praktikal tidak lama lagi. Minggu depan pula aku ada ujian OSCE. Jadi aku perlu membuat persediaan awal sebelum aku menduduki ujian tersebut.

"Maaf saya lambat, ada group discussion tadi." Kata Syamil yang baru muncul entah dari mana.

"Ohh ya, okey takpe. So macam mana ya dengan hal tadi tu?" Tanyaku ringkas. Aku yang masih menunggu jawapan dari Syamil malas mahu bermukaddimah lama lama. 

"Pasal hal yang awak tanya tu, sebenarnya.... Hmmn kalau saya beritahu, awak jangan marah ya? " pinta Syamil.

"Marah kenapa? Hmm..takde, saya tak marah." Kataku berlagak selamba. Kononnya tidak berminat, tetapi hakikatnya seperti jantungku sudah mahu meledak meletup kerana berdebar yang amat sangat. Tak sabar mahu menunggu penjelasan dari Syamil.

"Sebenarnya saya sukakan awak. Saya mula sukakan awak sejak kali pertama saya lihat awk pada hari pertama pendaftaran awak ke kolej ni. Sejak tu saya mula mencari maklumat berkenaan awak. Saya tanya semua kawan kawan saya pasal awak." Jelas Syamil panjang lebar. Aku yang mendengar pengakuan yang kukira pengakuan berani mati itu, merasa agak terkejut. Tersentuh. Pelbagai rasa muncul secara tiba tiba. Mukaku merona merah.

"Tapi kenapa saya? Kan ada perempuan lain yang lebih layak untuk awak suka." Aku cuba bermain kata, mula melancarkan taktik psikologi yang pernah di ajar oleh kakakku suatu ketika dulu. Iyalah, siapa tidak pelik, dalam banyak banyak perempuan cantik di kolej ni, kenapa aku yang menjadi pilihannya. Dahlah aku ni kasar, perempuan jadian pula tu.

"Kenapa tidak? Awak juga manusia, seorang perempuan seperti orang lain. Serius saya sukakan awak sejak pertama kali saya jumpa awak. Mungkin masa tu awak tak perasan kehadiran saya kat situ sebab masa saya tengok awak tu, awak sedang beratur di kaunter pembayaran yuran. Saya pula sedang berada di meja urus setia bahagian pendaftaran pelajar lelaki. Masa tu awak cantik berbaju kurung. Baju kurung berwarna biru masa tu" Jelasnya panjang lebar. Aku yang terkejut dengan kata katanya itu, terdiam seketika. Kuat betul ingatannya, aku sendiri tak ingat warna baju yang aku pakai pada hari pendaftaran itu.

"Tapi Ruhaila tu....." Kata kataku terhenti disitu. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.

"Ruhaila? Perempuan tu? Hmmm, dia ada ganggu awak ke?" Tanya Syamil.

"Jujurnya ada. Dah dua kali dia bagi amaran jangan kacau awk. Jadi saya keliru kenapa saya kena warning sedangkan saya takde kena mengena pun dengan awak. Bercakap pun tak pernah." Jelasku panjang lebar.

"Allahurabbi, perkara yang paling saya takut selama ni dah terjadi pula. Maaflah awak, saya tak tahu dia akan tahu pasal hal ni. Untuk pengetahuan awak, saya sengaja hantar surat kepada awak melalui orang tengah kerana saya tak mahu Ruhaila ganggu awak. Dia tu bahaya, akan buat apa sahaja untuk dapatkan saya. Sebab tu saya gunakan orang tengah untuk mendekati awak. Dia tu ex girlfriend saya. Dah hampir enam bulan kami berpisah. Saya pun dah taknak ingat lagi apa yang dia pernah buat pada saya. Tapi dia pula terhegeh hegeh meraih cinta saya semula. Sampai saya rasa rimas sangat sangat. Saya serik dengan perempuan mata duitan macam tu."Jelasnya panjang lebar, cuba meyakinkan aku yang seperti curiga dengannya. Aku hanya mampu tersenyum pahit apabila mendengar ceritanya, yang pada kenyataannya, sama seperti gosip yang pernah Izzah ceritakan suatu ketika dulu.

"Masa dekat perpustakaan yang terang terang tak ada orang sangat tu, kenapa awak sembunyi? Kenapa tak terus jumpa saya? Kalau betul suka, kenapa tak jadi gentleman. Daripada awak bersembunyi macam tu, awak ingat saya akan terharu?" Aku saja meninggikan suara seolah olah sedang marah. Sebenarnya aku mahu tergelak melihat wajahnya ketika itu. Mukanya seperti menanggung rasa bersalah yang amat sangat. Aku menyembunyikan senyuman yang sudah mula terukir di bibirku. 

"Ohh dalam perpustakaan tu. Hmm, masa tu saya nampak muka awak macam tengah stress. Saya takut kalau awak marah saya bila saya beri awak surat tu. Lagipun, awak pun macam seorang yang garang dan...." Kata katanya terhenti di situ dan menekapkan mulutnya dengan telapak tangannya. Dia sudah terlepas cakap rupanya. Aku yang mendengar itu, hanya tergelak. Rupa rupanya, Syamil ni adalah seorang yang sangat jujur. Habis semuanya diceritakan kepadaku. 

"Awak marah saya ke? Maaf kalau awak tak suka. Saya cuba je sebab tahun ni tahun terakhir kat sini. Jadi dah alang alang suka awak, saya cuba la dekati awak. Manatahu ada peluang saya." Kata Syamil yang memperlahankan suaranya ketika menyebut perkataan "peluang" itu. Aku yang mendengar seperti mahu tersenyum namun kutahan juga supaya tidak kelihatan di matanya. 

"Kenapa awak senyap? Maaflah kalau awak tak suka. Macam ni, saya beri awak masa. Awak fikir la, nanti awak beritahu saya macam mana." katanya perlahan.

"Beritahu apa?" Tanyaku ringkas.

"Beritahu samada saya boleh suka awak atau tak. Itu sahaja." Kata Syamil yang kelihatan mulai tenang itu.

"Hmm tengok lah macam mana ya. Okey, saya minta diri dulu ya." Kataku ringkas mengakhiri perbualan sebelum meninggalkan Syamil yang seperti mengharap itu.

"Aku sendiri sukakan Syamil. Sejak minggu orientasi lagi aku sukakan dia. Gelagatnya yang kelihatan kelakar pada hari itu menarik minatku. Hari ini, Syamil mengaku bahawa dia juga sukakan aku. Jadi apa harus aku buat? Terima atau tidak rasa 'suka' dia tu? Ikhlaskah dia sukakan seorang aku? Jika aku terima, bermakna banyak benda yang perlu aku hadapi, salah satunya nenek lampir yang seperti perigi mencari timba itu. Kalau tak terima, nanti Syamil sukakan orang lain, macam mana? Hmmmm....aku juga yang rugi. " Fikiranku mula mengira ngira jawapan untuk aku berikan kepada Syamil. Aku melangkah laju menuju ke asrama kolejku. Aku perlu pergi dari situ secepat mungkin. Terasa seperti sudah tidak mampu untuk melihat muka Syamil lagi. Sungguh aku malu. Namun, dalam diam, aku memanjatkan rasa syukur di atas berita yang baru diterima sebentar tadi. Rupa rupanya, aku tidak bertepuk sebelah tangan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Aku tersenyum bahagia.









*Gigih Cikyan karang bab ni sesambil blogwalking korang guna handset ja. Sekarang ni kat kampung, lusa baru boleh update entry. Tapi takut pulak sebab anak boss start kerja lusa dah. Dah tak boleh nak berblog sangat. Terpaksa guna handset jela update. So kalau ayat tak berapa nak cantik ka, spelling error ka, paham paham jela naaa.. Good luck la untuk seketui Cikyan. Hip hip hoooreeyy !


9 comments:

  1. alhamdulillah masih boleh berblog ni, nanti kami tunggu next episod. hehe

    ReplyDelete
  2. Panjangnya entri nie... content yang bagus... teruskan menulis...

    ReplyDelete
  3. Pandai buat ayat CikYan ni..so sekarang dah kapel ke dengan si Syamil tu? Haha..

    ReplyDelete
  4. Nice chapter cikYan hahah ^^ btw Hana belum baca lagi saja nak komen dulu! heheh :3 keep going!!! <3

    ReplyDelete
  5. elelele jual mahallll :P padahal dia suka sejak orientasi lagi! hahaaa. next nexttt

    ReplyDelete
  6. xpe je cikya. blogging waktu rehat. haha. tak pun update dulu dekat notepad, nanti save je

    ReplyDelete
  7. alamak. nak kena godek bab 1 dulu ni...

    ReplyDelete
  8. teringin jugak nak menulis novel ni.. hehe

    ReplyDelete
  9. eh terima lah kenapa tak pulak. Takkan takur dengan ruhaila kot

    ReplyDelete