Ada seorang pemuda
yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ia hanya
berpunca dari satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari,
bapanya telah menghadiahkan seguni paku.
“Untuk apakah
paku-paku ini ayah?” tanya pemuda.
“Setiap kali kamu
marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan
kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.
Selepas beberapa
minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan
juga berkurangan. Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada
suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun
memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya
mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu,
pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari,
dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut
lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya telah memimpin
tangannya ke tembok tersebut dan berkata; “Kau telah melakukannya dengan baik,
anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu
tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan
sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ia akan meninggalkan kesan parut
dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan
membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan
menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah
lebih pedih dari luka fizikal.
forgive n forget...tp kita manusia biasa, nak forget tu, payah sikit..
ReplyDeleteKena beli paku lepas ni, tapi takde tembok kayu nak paku..masalah jugak..
ReplyDeleteDiam adalah lebih baik jika bercakap akan menyakitkan hati orang lain...🤗 good sharing...
ReplyDeletebetul tu... sebab tu sebenarnya marah ni dari syaitan.. kena banyak bersabar.. in shaa Allah.. ^^
ReplyDeleteHana selalu jugak kena tusuk paku ni... T^T banyak dah bekas2 luka kat hati ni hahaha ^^ *siyes tak ting tong :(
ReplyDeletebagus lah kisah nih
ReplyDeleteajar erti memaafkan dan meminta maaf
Sangat mendalam pengajaran Dari cerita ni
ReplyDeleterasanya kita ada minat sama..
ReplyDeletesy pun suka motivation stories macam ni ni..
ni salah satu dr yg saya ada jugak..
saya ada koleksi buku tebal yg sy dah printed n binding siap siap.. :)
memang mudah meminta maaf namun kesan yang tertinggal payah nak dihilangkan..
ReplyDeletemendalam ni...
ReplyDeletesbb tu org ckp..
diam lebih baik dari berkata2 kan