Tuesday 6 March 2018

Ectopic Pregnancy


ECTOPIC PREGNANCY ATAU KEHAMILAN LUAR RAHIM




kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang. Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita. Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan pendarahan di ruang abdomen.

BAGAIMANA TERJADI

Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kebanyakkan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian (Tubal Pregnancy), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku di tempat lain.


PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION

Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, walau bagaimanapun kehamilan itu tidak kelihatan melalui pemeriksaan Ultrasound.

SEBAB PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION

Kehamilan masih terlalu awal, berada dalam rahim tapi terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksan ultrasound
Anda mungkin sudah keguguran, ujian kehamilan akan tetap menjadi positif 2 hingga 3 minggu selepas keguguran
Anda mungkin mengalami kehamilan luar rahim
Ianya memerlukan sedikit masa untuk doktor membuat 
diagnosis yang betul sebelum doktor memberikan 
jenis-jenis rawatan yang ada. 
Anda akan dinasihatkan untuk menjalani ujian darah
 untuk memeriksa paras hormon kehamilan dan 
rawatan susulan akan ditentukan berdasarkan keputusan darah ini, pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan klinikal. 

SIMPTOM  KEHAMILAN LUAR RAHIM

Setiap wanita yang mengalami masalah ini
 mempunyai gejala yang berbeza-beza. 
Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu 
ke 6 kehamilan (selepas 2 minggu tak datang haid).
Simptom yang berbeza antara individu 
ke individu menyebabkan ianya 
bukan perkara yang mudah untuk membuat 
diagnosis kehamilan luar rahim.

Sakit di bahagian bawah perut –Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

Pendarahan pada alat kelamin/vagina – tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang biasa.

Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )– 
sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam 
ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. 
Anda boleh mengalami sakit perut yang amat 
dan boleh pengsan secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak. 
Dalam keadaan kecemasan ini, seharunya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.

RISIKO HAMIL LUAR RAHIM

Semua wanita dalam umur reproduksi ( child bearing age ) 
boleh mengalami kehamilan luar rahim. 
Risiko ini meningkat sekiranya :

Anda mempunyai sejarah kehamilan luar rahim terdahulu

Anda mempunyai tiub Fallopian yang rosak, sama ada pernah mengalami pembedahan pada tiub Fallopian, termasuklah pembedahan mengikat tiub Fallopian ( tubal ligation ) atau mempunyai jangkitan pada tiub Fallopian (pelvic inflammatory diseases )

Anda mengandung walaupun telah memakai alat dalam rahim ( Intrauterine Device ) atau anda memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill)

Kehamilan kali ini adalah melalui in vitro fertilisation (IVF) atau intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Anda merokok

BAGAIMANA DIKENALPASTI

Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka 
berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu. 
Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan,
 doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama 
untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.

DIAGNOSIS DIBUAT BERDASARKAN

Pemeriksaan doktor–doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.

Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan, sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.

Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen (transabdominal scan). Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.

Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan ( beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama, berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.

Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan, melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.


KEHAMILAN BERIKUTNYA?

Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat anda, 
walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan 
nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui 
anda sebenarnya hamil. 
Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal 
dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan 
kandungan anda kali ini berada dalam rahim.

Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil,
 boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga 
dari klinik perancangan keluarga ataupun doktor sendiri 
kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga 
yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.

8 comments:

  1. Alhamdulillah..lahirkan dua anak aritu takde masalah. Minta dijauhkan masalah macamni..aamiin

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus Cik Yan..

    ReplyDelete
  3. junior sekolah ada kes macam ni. Kesian sangat dekat dia dapat ujian macamni

    ReplyDelete
  4. bla sy bc entry ni sy tingat isteri hazama hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. kelima2 org anak abam kie selamat dilahirkan tanpa komplikasi.

    http://www.zukidin.com/2018/03/menang-tiga-giveaway-pada-awal-tahun.html

    ReplyDelete
  6. Hana ngeri sikit bab2 cerita pasal pregnancy ni! heheh :3 takut! seram! ngilu! ngeeeeriii! T^T apa2 pun nice sharing!!! ^^ keep on spread the good things! <3

    ReplyDelete
  7. takut pula baca
    tapi ilmu nih
    thanks atas perkongsian

    ReplyDelete
  8. Allah.. semoga dilindungi dari perkara2 mcm ni..

    ReplyDelete