ECTOPIC PREGNANCY ATAU KEHAMILAN LUAR RAHIM
kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Wanita
yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi
untuknya berulang. Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada
wanita. Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang
dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan
pendarahan di ruang abdomen.
BAGAIMANA TERJADI
Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan
digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah
telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya
bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel
di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kebanyakkan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian
(Tubal Pregnancy), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga
berlaku di tempat lain.
PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION
Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, walau
bagaimanapun kehamilan itu tidak kelihatan melalui pemeriksaan Ultrasound.
SEBAB PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION
Kehamilan masih terlalu awal, berada dalam rahim tapi
terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksan ultrasound
Anda mungkin sudah keguguran, ujian kehamilan akan tetap
menjadi positif 2 hingga 3 minggu selepas keguguran
Anda mungkin mengalami kehamilan luar rahim
Ianya memerlukan sedikit masa untuk doktor membuat
diagnosis
yang betul sebelum doktor memberikan
jenis-jenis rawatan yang ada.
Anda akan
dinasihatkan untuk menjalani ujian darah
untuk memeriksa paras hormon kehamilan
dan
rawatan susulan akan ditentukan berdasarkan keputusan darah ini,
pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan klinikal.
SIMPTOM KEHAMILAN
LUAR RAHIM
Setiap wanita yang mengalami masalah ini
mempunyai gejala
yang berbeza-beza.
Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu
ke 6
kehamilan (selepas 2 minggu tak datang haid).
Simptom yang berbeza antara individu
ke individu menyebabkan
ianya
bukan perkara yang mudah untuk membuat
diagnosis kehamilan luar rahim.
Sakit di bahagian bawah perut –Kadang-kadang sakit ini
datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari,
dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.
Pendarahan pada alat kelamin/vagina – tompokan darah mungkin
kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang
biasa.
Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )–
sakit ini disebabkan
darah yang terkumpul di dalam
ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang
telah pecah.
Anda boleh mengalami sakit perut yang amat
dan boleh pengsan
secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak.
Dalam keadaan kecemasan
ini, seharunya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.
RISIKO HAMIL LUAR RAHIM
Semua wanita dalam umur reproduksi ( child bearing age )
boleh mengalami kehamilan luar rahim.
Risiko ini meningkat sekiranya :
Anda mempunyai sejarah kehamilan luar rahim terdahulu
Anda mempunyai tiub Fallopian yang rosak, sama ada pernah
mengalami pembedahan pada tiub Fallopian, termasuklah pembedahan mengikat tiub
Fallopian ( tubal ligation ) atau mempunyai jangkitan pada tiub Fallopian
(pelvic inflammatory diseases )
Anda mengandung walaupun telah memakai alat dalam rahim (
Intrauterine Device ) atau anda memakan pil perancangan keluarga yang
mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill)
Kehamilan kali ini adalah melalui in vitro fertilisation
(IVF) atau intracytoplasmic sperm injection (ICSI)
Anda merokok
BAGAIMANA DIKENALPASTI
Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka
berlaku pada
tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu.
Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim
boleh dikesan cepat
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal
kehamilan,
doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama
untuk membuat diagnosis
kehamilan luar rahim.
DIAGNOSIS DIBUAT BERDASARKAN
Pemeriksaan doktor–doktor akan menanyakan beberapa soalan
berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen
anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan
kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.
Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan,
sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya
negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.
Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan
secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana
pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas
abdomen (transabdominal scan). Maka anda akan diberikan cadangan untuk
melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar
kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti
kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda
mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.
Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan (
beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika
hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan
selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan
tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama,
berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.
Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak
dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda
akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen
supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim
sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim
akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan,
melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.
KEHAMILAN BERIKUTNYA?
Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat
anda,
walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi
sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat
sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan
nisbah 1
dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui
anda
sebenarnya hamil.
Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal
dalam 6 hingga 8
minggu kehamilan untuk memastikan
kandungan anda kali ini berada dalam rahim.
Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil,
boleh dapatkan
khidmat nasihat perancangan keluarga
dari klinik perancangan keluarga ataupun
doktor sendiri
kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga
yang lebih sesuai
selepas mengalami kehamilan luar rahim.
Alhamdulillah..lahirkan dua anak aritu takde masalah. Minta dijauhkan masalah macamni..aamiin
ReplyDeletePerkongsian yang bagus Cik Yan..
ReplyDeletejunior sekolah ada kes macam ni. Kesian sangat dekat dia dapat ujian macamni
ReplyDeletebla sy bc entry ni sy tingat isteri hazama hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah. kelima2 org anak abam kie selamat dilahirkan tanpa komplikasi.
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2018/03/menang-tiga-giveaway-pada-awal-tahun.html
Hana ngeri sikit bab2 cerita pasal pregnancy ni! heheh :3 takut! seram! ngilu! ngeeeeriii! T^T apa2 pun nice sharing!!! ^^ keep on spread the good things! <3
ReplyDeletetakut pula baca
ReplyDeletetapi ilmu nih
thanks atas perkongsian
Allah.. semoga dilindungi dari perkara2 mcm ni..
ReplyDelete