Assalamualaikum.
Apa khabar semuanya?
Harini hari ketiga tak ada bekalan air.
So jadinya, serba serbi tak kena.
Allahurabbi.
Agak agak kalau diberi pilihan,
antara bekalan air dengan elektrik,
mana satu yang anda rasa patut ada?
Dan mengapa?
Kalau Cikyan, Cikyan lebih memilih bekalan air.
Sebab, serba serbi nak kena guna air uii..
Masak guna air, mandi guna air.
Nak basuh muka pun guna air.
Sekarang ni pun, bekalan air kat rumah ni pun
dah makin kurang.
Malam tadi dah start makan kat luar dah.
Terpaksa la kan, sebab tiada pilihan.
Kalau elektrik tak ada,
kita still boleh berkipas manual lagi kalau panas.
Kalau tak ada air,
Allahhurabbi, serba serbi tak kena.
Bila " when nature call" pun,
susah jugak kalau tak ada air. HAHA!
Insaf jugak bila fikir keadaan sekarang ni.
Kita macam ni pun dah rasa susah kan.
Kalau orang luar negara yang mana
memang serba serbi tak cukup tu,
agak agak macam mana lah ya?
Semoga semuanya
cepat cepat pulih seperti sediakala.
Sebab dengar dengar kata,
bekalan air tiada sampai ahad ya?
tu la ..bila xde air mmg susah..ni extend lg smp ahad ..bertabah la
ReplyDeleteSep sikit cikYan hahah sebab Hana pun lagi rela tak ada elektrik,tak ada wifi dan tak tengok Tv daripada tengok pinggan mangkuk bertimbun-timbun kat sinki hehehe :3
ReplyDeleteKesiannyer.. duduk kat selangor ker?
ReplyDeletekalu dok kg, xde air ok lg sbb ada perigi. kt bndr xde air mmg boleh resah gelisah dibuatnya berbanding x de elektrik
ReplyDeleteAamiin..CikYan dok area mana? Ramai jugak terjejas pasal bekalan air takde ni
ReplyDeleteair selalu ada masalah kan. kat kelantan ni, kawasan rumah azah dua minggu lepas dah pecah saluran paip besar air, minggu lepas pun pecah jugak, arapnya minggu ni takdela pecah mana2
ReplyDeleteYup.. betul tu cikyan.. Air lagi penting dari elektrik.. huhuhu..
ReplyDeleteSemoga bekalan air kembali seperti biasa
ReplyDelete