Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi.
Cikyan nervous.. HAHA !
Percubaan pertama menulis cerita ala ala novel.
Bismillahirahmannirrahim....
.............................................................................................................
Langit gelap.
Ditemani angin yang membelai pipi, lembut. Pepohon nyiur melambai rakus ke kiri dan ke kanan, condong seakan mahu
tumbang.Tidak seperti biasanya, malam ini sang rembulan seakan malu malu untuk
menampakkan dirinya, cahayanya kelihatan suram. Kelam. Sesekali kutatap langit
malam yang mendesak mendung, menandakan akan turunnya hujan.
Merenung
butiran pepasir seakan mengutip kenangan lama yang semakin hari, semakin
dilupakan. Samudera luas dipandang sepi. Kosong. Bagaikan tiada ombak yang
memukul pantai. Bagai tiada burung burung yang berterbangan. Hakikatnya ombak
tetap menari mengikut alunan, memukul pantai saban waktu. Dan burung burung
tetap berkicau riang berterbangan pulang ke sarang. Mengutip memori lama seakan
menambahkan sesak di dada. Seakan menambah garam keatas luka. Pedih dan perit.
Ingin sekali dibuang segala kepahitan dan kesedihan ini di tengah samudera. Biar karam tanpa berita, biar hilang diterbang bayu malam yang semakin lama,
semakin mesra menyentuh muka.
Sepi. Sesepi
hatiku saat ini. Tanpa sedar air mataku sudah mengalir membasahi pipi. Ahhh,
terlalu banyak kesakitan yang telah aku lalui. Rasa terlalu cepat semuanya
berlalu. Sakit, pedih serta peritnya menghadapi sebuah kehilangan telah aku
rasakan sebelum ini. Kehilangan insan insan yang paling aku cintai. Insan yang
paling aku sayangi. Insan yang banyak berkongsi cerita jua masalah denganku.
Mendengar kisah jatuh bangunku. Rasa
masih terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama mereka. Mereka insan yang
paling banyak berjasa dalam hidupku., sepanjang usiaku dua puluh lapan tahun.
“Tap..tap..tap”.
Bunyi derapan kasut mematikan lamunanku seketika. Sesusuk tubuh lelaki berkaca
mata berdiri disebelahku. Dia suamiku kini.Insan yang banyak
memberikan aku kata semangat ketika aku melalui episod duka suatu ketika dulu.
Mukanya ku tatap seketika.
“Oh suamiku, betapa mulia hatimu ” desis hatiku.
“Sayangku Siti Zulaikha, okey tak ni? Dari tadi abang tengok asyik berangan aje ye.
Sampai abang dah ada depan mata pun masih berangan lagi.’’ Usik suamiku
seterusnya mematikan lamunanku.
Oh aku masih mengelamun rupanya. Lama aku
mengelamun. Baru sebentar tadi sahaja rasanya suamiku meminta diri untuk ke tandas.
Kini dia sudah berada di depan mata.
“ Sayang
okey aje abang. Saje jela nak pandang muka suami sayang yang handsome ni lama
lama.Mana tahu boleh mimpi abang malam nanti.”. Selorohku.
“ Pandailah
sayang kan. Mesti ada sesuatu yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan abang
kan?” Balas suamiku sambil mencuit hidungku
“Mana
ada.”Jawabku ringkas. Saja malas menjawab pertanyaan suamiku.
“Sekilas
ikan di air, abang tahu jantan betinanya. Sampaikan yang pondan pun abang tahu
tau.” Suamiku berseloroh. Aku ketawa mendengar jenakanya. Sempat lagi nak buat
lawak waktu senja senja begini.
“Okey kalau
begitu, cuba tunjukkan sayang yang mana satu jantan yang mana satu betina?”
Kataku sambil menunding jari kearah lautan. Tiada ikan yang kelihatan pun
sebenarnya. Saja aku ingin mengusiknya.
“ Pandai
sayang kan, saje je kenakan abang balik. Hari dah gelap sayang, rupa ikan pun
abang dah tak nampak, macam mana abang nak tunjukkan pada sayang. Hmmm hari dah malam, jom kita balik. Kita
solat.” Suamiku memberikan alasan dan seterusnya mengajak aku pulang.
“Jom abang.”
Balasku sambil berjalan beriringan disebelahnya menuju ke hotel tempat
penginapan kami selama seminggu berbulan madu disini. Bulan madu yang kedua,
ditempat yang sama, namun suasana yang berbeza. Penuh perasaan kasih dan
sayang. Dia suami yang kubenci suatu dulu.
Oh suamiku.
Betapa kau terlalu sempurna dimataku kini.Betapa kau hadir tepat pada masanya.
Menyapu airmata yang sentiasa hadir dimataku, lalu melenyapkan semua kenangan
yang menyesakkan dadaku kini. Betapa aku tidak kuat jika terpaksa menanggung
derita ini, berseorangan. Betapa semua kenangan yang cuba kugali sebentar tadi
begitu menyesakkan dadaku. Tak tertanggung rasanya. Dan cukuplah hanya aku yang
menahan rasa ini, sendiri. Sudah terlalu banyak yang kau lakukan untuk membuat
aku bahagia. Ya, betapa aku bahagia kini. Semoga Tuhan izinkan aku untuk terus
menikmati rasa bahagia ini, selamanya. Izinkan aku bersama dia, selamanya.
Mujur jodoh
itu milik kita. Terima kasih Tuhan.
>>>>> Nantikan sambungan kisah (Bab 1) di entry akan datang. Sebarang komen yang membina adalah sangat dialu alukan. Terima kasih J
ni cubaan pertama menulis ke? susunan kata2 menarik!
ReplyDeleteInsyaAllah..Semoga Sisi & Husband kekal bahagia hingga akhir hayat. Aaminn
ReplyDeleteWowww.... hebat gaya penulisan kak Nur Azian. Terbaik la. Ini kisah benar ke kak. huhu. :)
ReplyDeleteBila baca penulisan org lain termasuklah GV punya pun, rasa rendah diri. rasa nk tau resepi rahsia utk sampai ke peringkat tu..
Deleteok 28tahun.. Sy bagi A+ utk novel ni..cikyan menulis dgn sgt baik n berbakat!
Deletebagusnya akak menulis, tak sabar nak baca bab 1 :D
ReplyDeletecik yan, nnt dah siap boleh hntr pd sy...mn tau sy boleh tlg utk terbitkan..
ReplyDeleteAmboi sastera sgt ayat dia..dah boleh publish novel ni. Keep up CikYan
ReplyDeleteBaru nak mengikuti, suka baca. Suami Zulaika tu Syamil ke???
ReplyDeleteSiti Zulaikha.. perwatakkan nampak lembut
ReplyDelete