Assalamualaikum.
Selamat pagi semuanya.
Haaa apa khabar harini?
Semoga semuanya baik baik sahaja.
Nampak tak tu tajuk cikyan tu...
Siapa nak jadi penulis tu? Siapakah lagi. Cikyan laaa..
Sebenarnya cikyan memang dari dulu suka menulis. Tulis la ape pun. Asalkan menulis.
Bukan apa, rasa seronok bila dapat luahkan apa yang terbuku. Ohh ya, dulu semasa kecil, cikyan suka sangat tulis surat.
Seawal umur 9 tahun cikyan dah start menulis surat berformat yang ada alamat kat atas tu.
Lepas tu penerimanya adalah kakak cikyan sendiri. Almaklumlah kakak banyak. Kakak pulak jenis melayan kerenah adik adik. Dan sampai sekarang pun, cikyan masih simpan semua surat surat balasan kakak tu.Sayang nak buang. Ada surat yang dari tahun 1999. Sayangnya kan. Tak sangka rupanya cikyan memang aktif menulis. Bila baca balik semua surat tu, buat cikyan tersenyum sendiri. Macam macam yang ditulisnya.
Oh ya, selain cikyan menulis surat untuk keluarga, dulu cikyan ada jugak menulis untuk diposkan kepada kawan kawan baru. Kawan baru tu mestilah dikenali melalui surat khabar, majalah dan sebagainya. Ada salah seorang kawan cikyan yang memang cikyan ingat sampai sekarang. Namanya Aiman Azlan, iaitu vlogger terkenal. Dia jugak sudah menulis buku sekarang nih. Tapi sekarang dah tak contact sebab memang dah lama sangat tak menulis surat. Rasanya sebelum dia berangkat pergi ke luar negara untuk sambung belajar. Dulu banyak berkongsi tips belajar. Dia la yang banyak share tips sebab dia budak pandai. Cikyan suam suam kuku je. HAHAHA ! Tapi sekarang ni, agaknya, bila kenalkan diri depan dia, dia dah tak kenal agaknya. Adesss.
Cikyan ingat entry yang akan datang ni, tak tahu la bila, mungkin next entry atau next next entry, cikyan nak start menulis novel. Serius tak pernah ada pengalaman menulis, tapi suka sangat nak menulis. Agak agak kalau cikyan menulis, ada tak sesiapa yang sudi baca? Kalau dah baca jangan lupa tinggalkan komen ya. Best ke tak. Sesuai ke tak. Cikyan tak kisah sebenarnya kalau ada yang beri pandangan, sebab sedikit sebanyak boleh ubah gaya penulisan, sekaligus buat cikyan jadi lagi bersemangat nak menulis. Komen, kritikan... Itu perkara biasa kan. Sedar tak sedar, itulah yang menjadi makanan untuk kita berjaya.
Fuhh, panjang sungguh mukaddimah. Sebenarnya semalam cikyan dah draft sikit untuk novel cikyan. Novel la kununnya. Dah buat note kat word, dah conteng dalam buku. Selepas diubah ubah beberapa kali, maka terhasillah prolog cerita. Susah jugak ye nak menjadi penulis. Cuma satu je masalahnya, tajuknya tak ada. Aduii !
Sekian sahaja la celoteh untuk pagi ni. Cikyan nak menaip dulu prolog cerita tu bagi habis.
Nanti kita jumpa lagi di lain entry. Bye!
Wah. ika support cikyan dari belakang tepi kanan kiri. Hee. Tulis la. Ika nak baca :)
ReplyDeleteWahhh ada bakat menulis rupanya cikyan. Tak sabar nak baca. Tajuk tu nnti mesti dtg sendiri.
ReplyDeleteWahhh, bagus tu kak Cikyan nak wat novel online. Pasti best. :D
ReplyDeleteNi kir azam tahun barulah ek
ReplyDeleteBolehlah mengasah bakat
Saya doakan sis menjadi penulis berjaya. Aaminn
ReplyDeleteWah.. Teruskan menulis.. Chayook.. Chayook cikyan.. Nanti Sha cari ruang untuk baca ye cikyan..
ReplyDeleteCikyan, sy pun bila menulis, last sekali baru pikir tajuk, kadang2 tu rasa TAJUK yang lg menyusahkan..
ReplyDeleteWahh, Cik Yan nak jadi penulis novel.. Mesti best novel awak tue nanti.. Psstt.. Nak bagtau nie, tahniah kerana awak tersenarai untuk menjadi top commentator dalam jurnal akak..
ReplyDeletehttp://starlavenderluna.blogspot.my/2018/01/top-commentor-disember-2017-januari-2018.html
wow hebat kak
ReplyDeleteIn shaa Allah next step boleh hantar entry novel ke Cukaria..first step jadi penulis. Semoga tercapai impian CikYan
ReplyDelete