Setengah jam
kemudian, aku tiba dihadapan asrama perempuan. Aku berjalan cepat menuju ke
bilikku yang berada di tingkat satu. Ditangga, aku terserempak dengan Laila,
teman sekuliahku. Dia berpakaian kemeja lengkap dengan jeans. Shawl dililit
kemas dikepalanya. Pelik. setahuku, kelas baru sahaja habis. Dan bagaimana pula
dia boleh bersiap secepat ini?
“Ahhh, dia
ponteng kuliah barangkali. Tadi pun, semasa dikelas, bukan aku perasan siapa
yang tak hadir. Aku sendiri pun datang lambat. Nasiblah pensyarah belum masuk
lagi tadi. Kalau tidak, jadi kes naya pula. Tak pasal pasal aku diberikan surat
amaran. Biarlah, bukan dia mengacau aku pun. “ kataku membuat kesimpulan.
Sendiri tanya, sendiri juga yang beri jawapan. Begitulah aku selalunya. Malas
sebenarnya mahu mengambil tahu hal orang lain. Aku meneruskan langkahku.
Setibanya
dihadapan bilik, aku berpapasan dengan Widad, jiran sebelah bilikku. Malas
hendak memulakan bicara, aku hanya menghadiahkan sebuah senyuman manis
kepadanya. Widad, siapalah tidak kenal, sejenis makcik bawang juga. Sejenis ‘Kepohci’
orangnya. Ada saja cerita yang ingin digosipkan. Sebab tu malas aku nak layan.
Senyuman manisku sudah cukup untuk orang seperti itu. Buka sahaja pintu bilik,
beg sandang terus aku campak ke atas kerusi dan berjalan menuju ke katil lalu
baring terlentang. Fuhh lega rasanya dapat baring, satu kenikmatan yang tiada
taranya.
Ketika sudah
hampir terlelap, baru aku perasan yang aku masih belum membuka tudung. Ya,
tudung. Patutlah dari tadi rasa panas semacam. Dengan mata yang separuh
terpejam, aku berdiri dan berusaha membuka tudung. Setelah berjaya membuka
tudung tersebut, aku berjalan terhuyung hayang menuju ke katil semula.
“Aduhhh..
sakitnya..!” Aku terjerit. Tanpa sedar aku telah tersepak kotak kayu berwarna
ungu yang aku susun ditepi katil. Mataku yang tadinya mamai layu, kini menjadi
segar disebabkan menanggung kesakitan yang amat sangat.
“Kotak apa
ni.. Menyibuk betul duduk kat sini !” Omelku sendirian. Lalu aku capai sesuatu
didalam kotak tersebut.Sebuah buku.
“Buku apa
agaknya ni…” fikirku panjang. Lalu buku itu aku bawa ke katil dan baring
semula. Aku membelek buku yang kupegang dengan tangan kananku. Dalam pada sibuk
membelek, sehelai kertas terjatuh dari buku tersebut. Aku ambil dan aku buka
lipatannya. Didalam kertas itu, terdapat senarai nama pelajar senior dan
tandatangan mereka.
“ Senior…
majlis orientasi.. Syamil…Hmmm..” desis hatiku. Menyebut namanya mengundang
senyum di bibirku. Aku cuba mengingati kisah disebalik kertas tersebut. Minggu
orientasi, minggu yang meninggalkan kenangan, kenangan indah mungkin buat
diriku. Fikiranku melayang mengingati hari itu.
……………………………………………………………………………
Minggu orientasi,
minggu yang paling ditakuti oleh semua pelajar baru sepertiku. Minggu yang
dimomokkan dengan kisah buli, kisah airmata dan segala macam kisah yang menjadi
bualan antara aku dan rakanku sebelum aku berdaftar ke kolej ini. Tidak kurang
jugak dengan kisah abang abang senior yang tampan, kakak senior yang peramah,
namun banyaknya yang garang. Hari pertama orientasi, semua pelajar baru
diberikan ceramah pengenalan mengenai kolej Polytech Mara. Sejarah penubuhan
kolej, visi dan misi sehinggalah ke nyanyian lagu kolej. Kami diminta mengulang
ulang nyanyian sehinggalah mereka berpuas hati. Jika tidak selagi itulah kami
dipekik disuruh mengulang nyanyian.
Hari kedua
hingga kelima, minggu orientasi kami tertumpu kepada aktiviti berkumpulan.
Aktiviti berkumpulan ini diketuai oleh seorang senior lelaki dan pembantunya,
seorang senior perempuan. Seniorku bernama Abang Hakimi dan kakak Suhada. Mujur
sahaja mereka peramah. Mereka merupakan pelajar tahun akhir diploma Pengurusan.
Didalam kumpulan ini, kami semua diberikan pelbagai tugasan. Ada pertandingan
lakonan, nyanyian dan terakhir sekali, kami ditugaskan untuk melakukan
perbentangan secara berkumpulan. Ketika giliran aku membuat perbentangan, aku
membuka peluang untuk sesiapa sahaja untuk mengajukan sebarang pertanyaan. Ada
seorang senior mengangkat tangan dan memperkenalkan diri sebagai Syamil dan
seterusnya bersedia untuk memulakan pertanyaan.
“Saya nak
tanya kalau……….” belum habis Syamil mengajukan soalan, Abang hakimi, ketua
kumpulanku memotong.
“Fuhh,
Syamil. Tak pernah pernah kot kau tanya soalan, kenapa hari ini pelik semacam
je. Rajin pulak kau” Katanya menempelak Syamil. Syamil kelihatan terkejut
dengan kata kata itu.
“ Aah kan,
dalam kelas pun kau tak pernah angkat tangan tanya soalan pada pensyarah. Kau
biar betul Syamil…..” tambah senior yang lain diikuti suara ketawa pelajar
lain.Syamil yang
tadinya mahu mengajukan soalan, membatalkan niatnya.
“ Apa
salahnya kalau aku tanya. Untuk pengetahuan kan.” Bidas Syamil geram.
“ Memang tak
salah bertanya, tapi kau punya otak kot yang salah. Kau suka budak perempuan tu
ke…. Haaaaaaa…. Kantoi….” Balas senior lain.
Suasana
dewan menjadi lebih gamat apabila perkataan ‘suka’ dibangkitkan. Mana tak nya,
seperti menyimbah minyak gas ke api. Makin besarlah maraknya. Pasti ramai yang
menanggung rasa marah dan kecewa. Bukan aku tak tahu, ramai pelajar yang
menaruh hati kepadanya. Dan aku, apa kena mengena dengan cerita ini. Aku tahu, ‘budak
perempuan’ yang senior tadi maksudkan adalah merujuk kepada aku.Tetapi kenapa
aku? Tak patut, memang tak patut!
“
Diamlah!”jerit Syamil dengan suara yang agak kuat, cukup didengari oleh semua
pelajar yang berada disitu. Dewan yang tadinya riuh rendah, bertukar menjadi
senyap sunyi. Hah, rasakan !
“Takkanlah, dia perempuan jadian kot” terdengar suara
halus yang sumbang datang dari sekumpulan pelajar perempuan. Perlahan nadanya,
namun cukup ditangkap oleh telingaku.
Sampainya
hati, dasar mulut tak ada insurans. Nasib aku masih berada di dalam sesi perbentangan.
Jika tidak, pasti mulutnya sudah kuganyang habis habisan. Tak guna! Aku tahulah
aku ini, perempuan berpewatakan lelaki. Kasar, tak bertudung pula. Berbeza
dengan pelajar perempuan lain, yang rata ratanya, bertudung manis. Tetapi
janganlah sampai menggelarkan aku begitu. Hmmm.
Dan syamil, seorang
lelaki tampan. Pelajar tahun akhir diploma pengurusan. Sekelas dengan abang
Hakimi dan kakak Suhada, senior yang mewakili kumpulanku. Tak banyak info yang
aku tahu tentang Syamil. Info yang sedikit ini pun aku dapat dari perbualan
rakan rakanku. Aku hanya memasang telinga. Syamil memang terkenal dan menjadi
sebutan di kolej. Dan sebagai buktinya, pelajar perempuan yang sekumpulan
denganku juga turut meminatinya.
“ Mungkin
sebab dia ada rupa kan. Hot stuff la katakan!” Omelku sendirian.
Tak lama
kemudian sesi perbentangan tamat. Aku menarik nafas lega kerana tidak perlu
lagi mendengar usikan dari mereka. Kami semua bersurai.
Dua hari
terakhir, semua pelajar baru ditugaskan untuk meminta tandatangan semua senior
yang terlibat dengan aktiviti orientasi. Tak banyak, lebih kurang dua puluh
lima orang sahaja. Jumlahnya sedikit, namun tugasan itu menjadi susah. Kerana
apa? Setiap kali kami meminta tandatangan senior, mereka akan memberikan
tugasan tertentu. Tugasan pula berbentuk penderaan mental dan fizikal,
layaknya. Ada sesetengah senior yang hanya menurunkan tanda tangan tanpa
memberikan tugasan. Nasib tak baik, kenalah membuat persembahan tak berbayar di
depan pelajar yang lain.
Dan aku,
baru lepas dibuli oleh Senior Farid. Dia
meminta aku mengajuk bunyi haiwan. Walaupun malu, terpaksa juga aku turuti.
Manakala Suhaimi, pelajar baru yang kebetulan mahu meminta tandatangannya,
perlu membuat gaya bagi setiap haiwan yang dia sebutkan. Lagilah kesian. Terkial kial Suhaimi menggayakan
watak haiwan tersebut. Sekali dengan mimik muka. Kesian, tapi lucu. Hahahaha.
Suhana pula
diminta oleh senior Suhaila untuk menyanyikan lagu Negaraku sambil berdiri
tegak. Sudahlah menyanyi, kena kuat pula tu suaranya. Safwan, pelajar baru yang paling nakal pula,
diminta oleh Senior Syakari untuk membuat tarian robot. Alahai, malunya. Mujur
time aku tadi, Senior Syakari hanya
menurunkan tandatangan tanpa ada tugasan yang perlu aku lakukan. Tak berminat
katanya. Entah apa maksudnya, aku pun tak tahu. Ahhh tak kisahlah, as long as
aku tak disuruh menari macam tu. Taubat , malu sungguh !
S.Zahran,
tinggal satu nama sahaja yang belum aku minta tandatangan. Selepas ini,
selesailah tugasku. Aku berteriak kecil. Bersyukur benar.
“Rasanya
semua senior telah aku minta tandatangan. Siapa lagi ya?” fikirku. Aku membuat
perbandingan. Aku menyebut namanya berulang ulang kali sambil cuba mengingat.
“S stand for
apa ya? Nama dah macam nama pelakon dan penyanyi dulu dulu aja. AR Badul, A
Rahman Hassan, S Jibeng. Hahahahaha….” Aku ketawa sendirian sehingga
menampakkan gigiku yang tersusun rapi. Terasa lawak pulak dengan perbandingan
yang aku buat. Kesian kau senior, tak pasal pasal nama kau dikaitkan orang dulu
dulu pula. Tulah pasal siapa suruh letak nama susah susah. Padan la muka.
“ Syamil!”
tiba tiba aku terdengar seorang senior menyebut nama tersebut. Aku toleh kearah
suara itu dan aku lihat senior tadi berjalan menuju kearah Syamil.
“Haaaa… Ya….ya
lahh.. S for Syamil.. Syamil Zahran..! Sedap juga namanya ya. Orangnya dah la
tampan.” kataku perlahan. Puas aku meneka neka nama, akhirnya dapat
juga.Bibirku mengukir senyuman. Selesai meminta tandatangan Syamil, ini bermakna
urusan aku selesai. Jadi aku perlu cepat berjumpa dengannya.
“Errrr……
Abang Syamil.. Eh.. Hmmm senior… saya nak minta tandatangan boleh..?” pintaku
setelah Syamil berada dihadapanku. Punyalah nak cepat habis, sampai aku
tersilap memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.
“Eh
hmmm…boleh boleh….tapi ada syaratnya..” ujar Syamil.
“Apa
syaratnya?” Tanyaku sekadar berbasi basa. Malu ingin melihat wajahnya setelah
teringat kejadian hari itu.
“Hmm, saya
nak….” Syamil menghentikan ayatnya. Aku menungu dengan penuh sabar. Geram pula
rasa hati. Mengapa lambat pula yang satu ini. Nak beri syarat pun susah ke. Aku
dah tak sabar mahu habiskan tugasku yang satu ini.
“ Hmmmm….tak
mengapalah” Syamil menghabiskan ayatnya.
“ Syamil
suka kat kaulah Zulaikha!” bisik satu suara ditelingaku. Rupanya suara itu
datangnya dari abang Hakimi, ketua kumpulanku. Abang hakimi rupanya satu kelas
dengan Syamil. Satu jurusan dengannya.
“Hahhhhhhh!”
Hampir terlompat aku dibuatnya.
Terkejut. Tak pasti terkejut dengan berita itu
atau terkejut dengan suara yang berbisik di telingaku. Terlalu dekat. Nasib aku
tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama aku mati. Betul atau tidak, aku tak
peduli. Yang pasti aku rasa seperti mahu lari dari tempat itu. Aku juga malu
dengan Syamil. Dia seperti terpinga pinga dengan apa yang sedang berlaku. Aku
berjalan cepat menuju ke kumpulanku setelah berjaya mendapatkan tandatangan
daripada Syamil secara paksaan tanpa mengikut syaratnya. Kononnya syarat,
syarat apa pun aku tak tahu. Terfikir juga aku, masakan baru seminggu, Syamil
sudah sukakan aku. Aku sudahlah begini. Hmmm, tapi aku pun apa kurangnya. Dalam
diam aku sudah jatuh hati padanya. Sejak peristiwa Syamil diusik rakannya
semasa aku membuat perbentangan berkumpulan. Dia ada daya penarik yang
tersendiri. Bukan setakat tampan. Yang itu aku pasti. Tetapi, sekarang ni, aku
rasa pelik. Masakan aku boleh sukakan dia. Aku kan perempuan jadian. Aku susah
sukakan lelaki, lagi lagi lelaki yang menjadi perhatian seperti Syamil. Aku keliru dengan perasaanku sendiri.
>>> Nantikan sambungan kisah ( Bab 3) di entry akan datang. Semua pembaca digalakkan untuk meninggalkan komen untuk penambahbaikan cerita. Dan setiap komen ikhlas anda, amatlah saya hargai. Terdapat perubahan nama watak dalam bab 1 sebelum bab ini ditulis. Diharap tiada yang pening bila baca entry kali ini okey :) Maaf jika saya tak sempat nak balas satu satu komen. Inshaallah nanti ada masa saya akan balas. Dan untuk pengetahuan semua, cerita ini bukanlah secara keseluruhannya kisah saya. Mungkin latar belakang dan sedikit sahaja yang bersamaan dengan diri saya. Yang lain hanyalah rekaan dan imaginasi saya sahaja. Terima kasih sudi membaca dan sudi tinggalkan komen J
Pandainya tulis cerita novel. Kagum orang yang banyak idea macam Azian. Looking for next bab, Fighting! ^^
ReplyDeleteboleh baca nih time ada masa lapang.
ReplyDeletesinggah baca kejap
ReplyDeleteMaybe Syamil tu mmg taste Zulaikha kan kak. Sebab tu Zulaikha minat Syamil juga. Hihi. GV teringat pula zaman minta autograph senior masa 1st year belajar dulu. Nasib baik masa tu GV tak kena wat benda merepek semua itu. huhu. Good story kak Nurazian. :D
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletewah cik yan ni novelis ke?
sy minat membaca n menulis jugak..
last menulis masa spm..
sambung diploma terus nan hado..
cerita berkurun yg lalu.hehe
btw gud luck
Perempuan jadian..terfikir pondan ke? Oh..baru teringat prolog kata dia perempuan berperangai macam laki..haha
ReplyDeleteBestnya bila kita suka orang tu lepas tu orang tu pun suka juga kat kita. Hmmm. Baru tamat bab 2, nak cari masa sesuai nak baca bab seterusnya...
ReplyDelete