Sunday, 25 February 2018

Review Buku : Dari Alam Lain By Helmi Effendy

Assalamualaikum.

Selamat kembali bekerja uollss!
Apa khabar?

Okey tanpa panjang lebar,
Cikyan nak meneruskan agenda seperti tajuk di atas.
Tajuk buku : DARI ALAM LAIN
Penulis : HELMI EFFENDY
Rate : 5/5


Buku ni Cikyan dapat dari giveaway MekZumbie.
Last but not least, thanks MekZumbie bagi buku yang best nih !
Seriously ni buku pertama -bergenre seram yang Cikyan baca.
Sebelum ni pernah la baca, tapi mesti tak habis.
Pernah la baca buku macam tamar Jalis semua tu,
tapi tak pernah habis.
Bukan sebab ta best, tapi sebab takut, HAHA !
Kalau pernah baca pun dan habis pun, buku Hadi Fayyadh tu jela.
Serius sebab Seketui Cikyan ni amat amat la penakut.
Kalinih serius boleh habis.
Buku ni tebal. Serius walau tebal tapi tak bosan.
Sebab baca awal awal tajuk pun, dah best dah.

SINOPSIS

Mereka ialah pemburu hantu. 
Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. 
Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, 
kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri.
 Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul 
dan mengenali ibu ayah mereka.
 Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk 
ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka 
yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil
 sebagai relung dengan tempat-tempat seram. 
Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, 
tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. 
Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. 
Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali.
 Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan 
kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.

Okey kat atas tu confirm la kan
 sinopsis dari cover belakang kan.
Ahaks..

Satu yang Cikyan boleh cakap, buku ni best gila.
Buku pertama Cikyan baca,
walaupun pada asalnya Cikyan ni penakut,
Tapi terasa nak jugak habiskan.

Serously cerita dia memang sangat menarik.
Walau mungkin la kot ada unsur tokok tambah, 
ternyata penulis mampu buat cerita tu menarik sangat.
Dari satu bab ke satu bab,
penulis seolah olah bawa kita sekali ke dunia tu.

Kisah Badruz Zaman dan Citra Adra yang mencari relung.
Dalam pada nak cari relung mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi,
yang setiap satunya amatlah mendebarkan.
Bermula dengan kisah kat Universiti Tun Dr mahathir, dimana mereka menyingkap kisah asal lagu ulit mayang.
Seram bulu roma huii. Kat sini boleh tau la pasal ulit mayang tuh.
Lepas tu kisah kat genting,
and then ada pulak kat zaman kesultanan melayu melaka.
Kisah kat hotel, di ikuti kisah orang hilang kat muzium patung lilin,
yang mana akhirnya patung tu bernyawa.
Lepas tu mereka sebagai pemburu ditugaskan mencari 
anak perdana menteri.
Lepas tu tersesat dekat perkampungan yang hilang
dalam peta dunia dan terpaksa berhadapan dengan perempuan berkebaya merah dan lelaki berkapak.

Lepas tu mereka diduga pula dengan kematian,
lepas satu satu kematian rakan pemburu-
orang yang mereka sayang sangat.

At last paling mendebarkan bila mikhael nak hidupkan balik 
sang penguasa yang jahat bila dah berjaya kumpul ketiga tiga benda
yang mengurung penguasa tu.

Berjaya ke tidak?
Suspens kan..
Nak tahu berjaya ke tidak,
korang kena baca sendiri k.
Seriously best.
Bila dah habis baca buku ni,
buat Cikyan rasa macam nak kumpul
koleksi buku seram pulak.
Macam best je oii tengok hitam hitam je latar belakang tu.

oh ya, KakSha pun pernah review buku ni
suatu ketika dulu
boleh baca kat SINI
Boleh jugak baca review sorang sis ni kat SINI 

Bila fikir kelakar pulak.
Orang dah lama review,
Cikyan baru nak mereview harini.
Okey la daripada takde. Yedokkk?
Ahaksss..

Sekian berita review untuk hari ini.
 Semoga berdesup korang pi cari buku ni okeh ~






18 comments:

  1. omaiii mmg tgh mencari buku genre seram..wahhh tanks sbb suggest buku ni

    ReplyDelete
  2. singgah sini.. rajin sis review..

    ReplyDelete
  3. Huii..macam best je bila ada part asal usul mayang kulit, dengar mayang kulit tu pun dah seram..

    ReplyDelete
  4. tajuk dah serammm tapi isinya macam nampak menarik!

    ReplyDelete
  5. Huii macam best je jalan ceritanya. Zumal nak cari la buku ni nanti

    ReplyDelete
  6. baca sinopsis pun dah takut cik yan! hahaha aida pun takut nak baca genre seram niee.. hahaha

    ReplyDelete
  7. wah
    nampak best nih
    seram2 memang seronok dibaca

    ReplyDelete
  8. banyak betul hantunya, sepesen yang takut jugak ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama! takleh sangat kalau ada bab seram seram ni :D

      Delete
  9. Kalau Hana baca ni confirm insomnia hahaha! ^^ btw nice review cikYan :3

    ReplyDelete
  10. hahaha. sama la kita hana! terbawak dalam mimpi.

    ReplyDelete
  11. ni kalu diangkat sbg filem boleh pevah panggung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni aida pun setuju.
      filem seram feveret aida.
      tapi baca novel seram, tak brape minat ha ha ha :)

      Delete
  12. untung dapat novel penulis Helmy Effendy yg ini, saya pun nak juga..jeles haha..saya pernah baca novelnya The Lost World, bagi 5/5 juga, best sangat..cz terasa mcm dalam cerita tu juga..

    ReplyDelete
  13. Tak sabar nak tunggu review lain dari cikyan. Sila review banyak lagi tau :) Hehe

    ReplyDelete
  14. genre seram???
    wow! mesti tension time baca ekk :)
    bila tension, berjaya le writer nyer sampai kan citer.

    ReplyDelete