Thursday 22 February 2018

Izinkan Aku (Bab 5)


Dewan peperiksaan kelihatan lengang. Peperiksaan kertas terakhir iaitu subjek anatomi baru sahaja habis diduduki oleh semua pelajar. Setelah loceng dibunyikan, kelihatan para pelajar bergegas keluar dari dewan. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Kemungkinan mereka mahu melepaskan segala beban yang ditanggung sepanjang minggu peperiksaan. Mungkin mereka mahu tidur atau keluar berjalan jalan. Aku juga kadangkala begitu, setiap kali habis peperiksaan sewaktu di sekolah menengah dulu, aku akan merasa lega yang amat sangat. Biasanya aku akan keluar awal  dan cepat cepat pulang ke rumah untuk tidur.Melepaskan segala beban yang berkumpul dikepala. Namun tidak pada kali ini. Aku yang sengaja memilih untuk keluar lewat masih lagi mengemas alat tulis yang masih berterabur di meja.

“Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab kesemua kertas peperiksaan. Aku sudah melakukan sehabis daya, semoga aku mencapai target seperti yang aku idamkan. Usaha sudah,  tinggal tawakal sahajalah. “ desis hatiku. Sedang aku berkira kira untuk pulang, Izzah yang kedudukan mejanya berada  berada di hujung dewan menghampiriku.

“ Zu, terima kasih tau. First time aku rasa macam aku menjawab peperiksaan tu sambil tersenyum. Topik yang kita target tu masuk exam. Sukanya aku! ” Izzah terjerit kecil lalu memelukku secara tiba tiba. Aku yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala sambil membalas pelukannya.

“ Alhamdulillah. Kita usaha sama sama kan. Takyah la kau berterima kasih kat aku. Mungkin kebetulan sahaja kan topik tu keluar.” Kataku pendek.

“Jom aku belanja kau makan kat kantin, sebagai membalas budi baik kau tolong aku.” ajak Izzah sambil menarik tanganku menuju ke kantin.

Aku yang kebetulan memang belum makan sejak pagi tadi menerima pelawaan itu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengikut langkah Izzah ke kantin kolej. Kantin yang kedudukannya agak jauh terletak di bahagian tepi kolej, membuatkan kami terpaksa melalui sebuah dewan kuliah. Dewan kuliah pelajar sem enam. Didalamnya masih terdapat beberapa orang pelajar senior yang membuat perbincangan secara berkumpulan. Melihatkan kelibat abang Hakimi, ketua kumpulan majlis orientasiku, aku menjadi tidak keruan. Bukan kerana abang Hakimi aku jadi begitu. Semuanya kerana aku tahu, dimana ada abang Hakimi, pasti akan ada juga Syamil, rakan baiknya merangkap kawan sebiliknya. Dan seperti kebiasaan,  apabila berhadapan dengan mahkluk yang satu ini, pasti aku akan rasa sesuatu. Dalam hatiku berdoa, semoga dia tiada disitu. Sungguh sejak peristiwa di majlis orientasi itu, aku jadi malu untuk bertentang mata dengannya.  Tambahan pula, baru baru ini, aku sudah terlanggar dia sewaktu keluar dari kelas. Lagi aku rasa seperti darah merah naik ke seluruh muka.

Seperti kebiasaannya, sesuatu yang kita mahu elak itulah yang akan terjadi. Semasa melintasi pintu hadapan dewan kuliah itu, aku terpandang wajah Syamil yang kebetulannya, sedang melihatku. Dia memandangku agak lama sebelum melarikan pandangannya kearah lain setelah tersedar bahawa aku juga sedang melihatnya.

“Mungkin dia juga malu sepertiku. Hmmm, tetapi dia lelaki, kenapa dia harus malu. Tak mungkin malu. Atau mungkin dia sibuk. Hmmmm…” desis hatiku.

Dihadapan Syamil, seorang perempuan yang bertudung sopan sedang melihatku dengan pandangan yang agak lama. Dia cantik, namun mukanya agak masam. Tak tahu apa puncanya. Renungannya membuatkan pandanganku beralih kearah lain. Tiba tiba aku rasa seperti tidak sedap hati. Aku memanjangkan langkahku menuju ke kantin kolej.

Selesai mengambil makanan dan membuat pembayaran, kami pergi ke meja makan yang disusun kemas di situ. Kelihatan beberapa orang pelajar lain yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Bau kari ayam yang datangnya dari makanan yang kuambil itu, menusuk hidungku. Lalu aku suapkan nasi berserta kari ayam itu, satu persatu ke mulutku. Agak gelojoh kerana sememang sejak dari pagi aku tidak menjamah walau sebutir nasi pun.  Izzah yang melihatkan tingkahku hanya melopong. Deringan telefon Izzah memaksa dia untuk menjawab telefon yang sedari tadi berbunyi. Mahu makan pun susah. Ada saja yang mengganggu.

Tiba tiba, seorang  pelajar pelajar perempuan yang tidak pernah ku kenali datang menghampiriku. Dia menghulurkan sehelai kertas kepadaku.

“ Awak, ada orang suruh saya beri ini kepada awak.” Katanya ringkas sambil memusingkan badan untuk pergi.

“Awak siapa? Dan ini, apa? “ tanyaku pantas seterusnya menghalang pelajar itu pergi begitu sahaja.

“ Saya Alia, pelajar sem tiga diploma  pengurusan. Ini abang senior yang suruh saya beri surat ni pada  awak. Dia tak beri saya beritahu awak siapa dia.” Katanya pendek lalu berlalu pergi, membantutkan perancanganku untuk  bertanya lebih lagi. Aku mengeluh. Lipatan kertas itu kubuka  lalu kubaca isinya.

Cantik. Secantik namanya. Semoga akhlaknya juga secantik itu. InshaAllah.

“ Allah, malunya aku……” ringkas ayat yang keluar dari mulutku. Aku terkedu membaca barisan ayat itu. Aku Yang sedari tadi laju menyuap makanan ke dalam mulut, berhenti seketika. Mukaku merona merah. Tulisan tangan ini sama seperti tulisan tangan yang aku terima tempoh hari. Ini adalah orang yang sama. Aku tahu aku sedang diperhatikan. Aku tahu, sidia yang misteri itu sedang menegurku setelah melihatku makan dengan gelojoh tadi. Aku melihat sekeliling mencari sesuatu yang ganjil sebelum menjatuhkan pandanganku pada kertas tadi. Aku menyorokkan kertas itu di dalam beg sandang yang kubawa tadi. Aku perlu sembunyikannya dari pandangan Izzah. Aku termenung sendirian.

“ Apa tu?” Tanya Izzah ringkas setelah menamatkan perbualannya di telefon.

“ Errr tak ada apa apa.. Hmmm, lepas makan kita keluar nak? Kita window shopping lepas tu kita jalan jalan. Nak tak? Harini kan kita dah bebas .” Jawabku ringkas sambil mengalihkan topic perbualan. Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang dibuat buat kepada Izzah dengan harapan dia akan termakan dengan ideaku seterusnya melupakan hasratnya untuk bertanya dengan lebih lanjut.

“ Hmmm boleh jugak. Bijak sungguh idea kau tu. Aku dah lama tak shopping.” Jawabnya sambil tersenyum penuh makna.  Izzah dan shopping, berpisah tiada. Dia memang amat gemarkan window shopping. Kalau dulu, hampir setiap hujung minggu dia akan keluar untuk window shopping. Ada kalanya dia akan membawa pulang barang barang yang dibelinya. Ada kalanya dia balik dengan tangan yang kosong.

“ Jomlah kita pergi sekarang.” Ajaknya sambil menarik tanganku untuk bangun. Aku memandang nasi dan kari ayam yang masih berbaki di dalam pinggan. Alahai ruginya. Belum habis lagi, aku sudah diminta untuk bangun dan balik ke asrama sebelum kami keluar.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Setelah turun dari bas, kami berjalan menuju kearah Pasar Siti Khadijah. Pasar Siti Khadijah merupakan salah sebuah pasar yang agak terkenal di Kelantan kerana ianya kerap dikunjungi pelajar dan pelawat dari negeri lain. Disini terdapat banyak deretan kedai  yang menjual pelbagai jenis makanan, baju, buah buahan dan sebaganya. Aku juga, semasa bulan bulan pertama aku menjejakkan kaki  di Kelantan, aku selalu mengunjungi pasar ini. Hal ini kerana, disini terdapat pelbagai barangan yang pastinya mampu menarik minat setiap mata yang memandang.

Izzah menarik tanganku sambil berjalan menghala ke sebuah kedai yang terletak di tingkat dua. Di kedai itu, terdapat banyak tudung dan selendang yang mengikut fesyen terkini. Mataku tertancap kepada sehelai  tudung yang berwarna hijau muda yang tergantung di dalam kedai tersebut. Rekabentuknya yang ringkas menarik perhatianku. Ringkas tetapi menepati citarasaku. Aku mencapai tudung itu dan membelek belek.  Semenjak aku dipaksa untuk bertudung oleh Puan Fatimah, sedikit sebanyak telah mengubah perwatakan dan kegemaranku. Jika di kolej aku diperhatikan oleh Pensyarahku, di asrama pula, aku dinasihati oleh Izzah. Jujur, aku begitu kagum dengan dirinya. Walaupun dilimpahi dengan kemewahan, dia tetap menjaga agamanya sebaik mungkin. Izzah banyak memberiku tunjuk ajar mengenai ilmu agama, mengajarku cara memakai tudung dengan sempurna dan sebagainya.  Mungkin kerana aku satu bilik dengannya, segala apa yang menjadi tindak tanduknya, sudah mempengaruhi diriku juga. Aku bersyukur. Kini aku sudah mampu bertudung dengan sempurna. Cuma sikap kasarku masih perlu diubah lagi.

“ Kau suka yang itukah?” Tanya Izzah kepadaku. Pertanyaannya membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Rupa rupanya sedari tadi aku masih memegang tudung itu.

“ Ehh taklah. AkU tengok tengok je. Macam cantik pula yang ni kan. Tengok tengok aje, tak salah kan? ” Balasku ringkas. Aku sebenarnya hanya mahu menemani  Izzah mencuci mata disini. Sesekali keluar merehatkan minda, mampu memberikan kepuasan buat diriku.

“Ohh ingatkan kau suka. Kalau tak aku nak belikan. Boleh aku hadiahkan kepada kau. Kau kan baru belajar bertudung.” kata Izzah ringkas sambil menyambung membelek tudung yang sedari tadi dipegangnya.

Setelah puas mencuci mata, kami berjalan menuju ke sebuah kedai makan berhampiran pasar tersebut.Izzah yang menjinjit beberapa beg plastik, meletakkannya di atas kerusi. Aku yang masih kekenyangan kerana baru sahaja makan tengahari, hanya memesan minuman. Izzah pula memesan rojak buah yang menurutnya, sangat sedap dan menyelerakan. Kami berborak agak lama disitu sebelum menyedari akan kehadiran  sekumpulan pelajar perempuan, iaitu senior di kolejku ke kedai itu. Aku cuba menghadiahkan sebuah senyuman apabila pandanganku bertemu dengan pandangan salah seorang daripada mereka. Namun, dia hanya menunjukkan wajah yang masam kearahku sambil berbisik sesama mereka. Aku  merasa agak keliru lalu hanya membiarkannya sahaja. Sekumpulan senior tadi duduk berhampiran dengan meja yang kami duduki.

Setengah jam kemudian, salah seorang daripada mereka datang menghampiriku lalu mengambil tempat duduk disebelahku. Izzah yang hanya memandang situasi ini hanya membiarkan sahaja. Izzah terus menyuap rojak buah ke dalam mulutnya.

“ Awak Zulaikha kan?” tanyanya ringkas, namun perlahan. Cukup didengari aku dan dia.

“ Errr ya saya Zulaikha. Akak ni siapa ya?” tanyaku kehairanan. Kulihat Izzah sudah mula menjeling jelling kearah kami.

“ Kau tak perlu tahu siapa aku. Cuma aku minta supaya kau jangan ganggu Syamil lagi. Dia aku punya.”  Katanya seolah memberi arahan kepadaku. Suaranya yang sedikit meninggi itu, mambuatkan aku menjadi sedikit terkejut.

“ Errrr sorry, maafkan saya. Kenapa tiba tiba saya dikaitkan dengan Syamil ni? Saya tak faham la…” tanyaku  kehairanan. Angin tak ada, ribut tak ada, entah kenapa pula namaku yang dikaitkan. Berborak dengan Syamil pun tak pernah, lagikan mahu ganggu Syamil. Ada yang tak kena agaknya ni.

“ Tak ada apa, Cuma aku minta, kau jangan ganggu dia lagi. Faham?” Arahnya perempuan itu sambil menggenggam tanganku dengan kuat seolah olah memberi arahan kepadaku. Aku yang tidak tahu hujung pangkal hanya menganggukkan kepala, malas mahu layan sebenarnya.

“ Maaf ya, apa masalahnya ni?” Izzah yang sedari tadi hanya mendengar perbualan kami, menyampuk secara tiba tiba.

“Tak ada apalah, bukan hal kau pun. Jangan masuk campur. Boleh?” katanya sambil memandang Izzah. Lalu perempuan tersebut bangun lalu berjalan menuju ke arah rakannya berkumpul.Aku yang masih keliru memandang Izzah dengan perasaan yang kosong.

“ Apa perempuan tu nak kat kau?” Tanya Izzah kepadaku.  Izzah yang sedari tadinya hanya khusyuk menikmati rojak buah itu, mengalihkan pandangannya kepadaku.

“Kau kenal Syamil?” Tanyaku ringkas.

“Syamil? Hmmmm, kenal. Pelajar tahun akhir diploma pengurusan. Yang glamour tu kan? Hampir semua pelajar  kenal dia. Budak perempuan dalam kelas kita pun ramai yang sukakan dia. Mustahil la kalau aku tak kenal.” Kata Izzah.

“ Ya, betul la tu. Kakak tadi tu bagi aku amaran supaya jangan kacau Syamil. Aku tak faham, kenapa aku pulak kena warning macam tu. Aku bercakap dengan Syamil tu pun tak pernah, lagi nak kacau dia. Betul betul pelik!” Kataku panjang lebar.

“ Oh perempuan tadi tu. Kau kenal dia tu siapa?” Tanya Izzah kepadaku.

“ Sejujurnya tak. Cuma aku macam pernah nampak muka dia. Tapi tak pasti kat mana. Oh ya, dialah perempuan yang duduk di depan Syamil sewaktu di dalam kelas tadi masa kita melintas tadi.” Jawabku pantas.

“ Namanya Ruhaila, sekelas dengan Syamil. Dia tu bekas kekasih Syamil. Aku pernah dengar gossip, perempuan tu, sampai sekarang masih tergila gilakan Syamil. Tetapi, dengar khabar, Syamil dah tak suka kat dia dah. Sebab mereka berpisah pun berpunca dari perempuan tu juga la. Dasar nenek lampir. Kau tahu, mereka cakap, perempuan tu dulu, pernah tinggalkan Syamil kerana dia jumpa lelaki lain. Kebetulan, kekasih dia tu orang kaya. Gelap lah mata dia. Penyudahnya, bila lelaki tu tinggalkan dia, dia terhegeh hegeh pula kat Syamil. Kau rasa Syamil nak ke terima balik perempuan mata duitan macam tu?” jelas Izzah panjang lebar. Aku yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala. Kuat juga penangan aura Syamil, sehinggakan perigi sanggup mencari timba. Mengenangkan gelaran nenek lampir itu, membuatkan aku tergelak seketika sebelum berfikir sesuatu.

“ Tetapi kenapa aku pula yang kena warning ni? Apa salah aku? ” kataku pelik. Aku melihat kumpulan senior tadi mula meninggalkan kedai makan itu. Ruhaila yang baru bangun dari kerusi itu menghadiahkan jelingan tajam kepadaku. Lalu aku yang masih lagi kebingungan ini, melarikan pandangan kearah lain.

“Dasar nenek lampir, ada hati nak menjeling aku.” Omelku sendirian. Setelah kumpulan senior itu hilang dari pandangan, kami memulakan perbualan semula.

“ Kau tak payah fikir sangat la Zu, dia tu bukan boleh buat apa apa. Aku rasa ni mesti kes cemburu ni kan? Biarlah dia, abaikan sahaja. Tak guna kau layan perempuan macam tu. Muka sahaja cantik, tetapi perangai, nauzubillahminzalik ! “ nasihat Izzah kepadaku.

Aku yang mendengarkan nasihat itu hanya mampu mengeluh dan termenung lama sebelum Izzah menarik tanganku untuk pulang ke asrama. Aku mengikut langkahnya dengan longlai. Fikiranku mula memikirkan masalah itu. Mengapa aku yang dipersalahkan? Mengapa perlu nenek lampir itu memberikan amaran kepadaku? Oh Syamil, musibah apa yang cuba kau bawa ini. Sungguh, aku keliru.




9 comments:

  1. Jangan2 Syamil kot yg bagi ayat power tu kat Zu hahaha! ^^ cepat2lah post next chapter ya cikYan hehehe good luck!!! :3

    ReplyDelete
  2. done baca, next chapter pls...makin best plak bila baca.."Dasar nenek lampir ada hati nak jeling aku" hahaha

    ReplyDelete
  3. biasanya kalau dulu2 tak suka, mesti lama2 jatuh cinta. hahaa

    ReplyDelete
  4. Hahaha..dasar nenek lampir. Okay yang ni kelakar

    ReplyDelete
  5. cepat sambungggggg. nak baca lagi kesudahannyaaa

    ReplyDelete
  6. aihhh syamil ni nsem betul nie sampai orang berebut.. hahaha

    ReplyDelete
  7. "aku yg mendengarkan nasihat..." = "aku yg mendengar nasihat.."

    ReplyDelete
  8. Ika baca lama dh tapi lupa nak letak komen. Hehe. Cikyan ni saje je buat mcm tertunggu tngu nak baca lagi. Up lagi tau ccpt kit hehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah selasai baca bab 5, banyak betul peminat Syamil tu...

    ReplyDelete