Assalamualaikum.
Apa khabar?
Harinih Cikyan berniat nak sambung balik novel.
Harap ada yang sudi baca,
dan beri komen ya.
Beri komen yang murni murni ya !
Nak baca bab previous.
Boleh klik kat bawah ni.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Seawal pukul
lapan pagi, aku sudah terpacak di hadapan perpustakaan kolej. Suasana di luar perpustakaan
pagi ini agak sunyi. Seperti kebiasaan, hanya aku dan beberapa orang pelajar sahaja
yang berada di sini pada hari cuti hujung minggu begini. Biasanya ramai pelajar
memilih untuk keluar ke shopping mall untuk membeli belah. Ada juga yang
memilih untuk balik kampung sekiranya hari ahad tiada jadual kelas. Bagiku,
cukuplah sekadar berehat di bilik memandangkan kampungku jauh di Pahang.
Perjalanan di atas bas sahaja sudah mengambil masa kira kira lapan hingga
sepuluh jam. Cuti sehari dua sebegini hanya memadai untukku berehat diasrama
ataupun mengulangkaji pelajaran. Memandangkan peperiksaan akhirku sudah hampir
tiba, aku memilih untuk mengulangkaji diperpustakaan. Lebih berfaedah
berbanding hanya tidur di bilik. Sekurang kurangnya, aku telah berusaha. Jika
tidak berjaya mencapai targetku sekalipun, sekurang kurangnya aku sudah lakukan
yang terbaik.
Setelah
pintu perpustakaan dibuka oleh petugas perpustakaan, aku menapak ke dalam dan
berjalan pantas menuju ke meja disebelah dinding. Disitu terdapat meja panjang
dan beberapa buah kerusi yang tersusun rapi. Sengaja aku memilih kedudukan meja
yang disusun sedikit tersorok dari pandangan, bertujuan untuk mengurangkan
gangguan bunyi dan sedikit privasi buatku. Kedudukan meja ini adalah yang
terbaik buatku kerana aku lebih suka mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang
agak tenang dan senyap. Kukira, ilmu yang bakal aku ulangkaji sebentar nanti
lebih senang masuk ke ingatanku sekiranya tiada gangguan. Setelah meletakkan
buku nota ringkas yang tadinya kubawa ke atas meja, aku menuju ke barisan rak
buku untuk mencari buku Anatomi, subjek yang bakal aku ulangkaji sebentar lagi.
Aku membaca setiap label yang tertampal pada deretan rak buku tersebut. Setiap
buku disusun mengikut kategori. Ada fiksyen, non fiksyen, ilmiah dan beberapa
kategori lain. Setelah berjumpa dengan kategori yang aku inginkan, aku terus
bergegas ke rak buku tersebut. Aku membuka buku berwarna hijau berkulit tebal
yang di muka hadapannya tertulis perkataan anatomi manusia. Aku menyemak tajuk
tajuk besar yang berada di bahagian depan buku tersebut. Sebaris senyuman terukir
dibibir setelah aku menjumpai tajuk yang aku rasakan bersesuaian dengan topic
yang akan aku ulangkaji sebentar lagi. Aku membawa buku anatomi berkulit tebal itu
dan beberapa buku lain yang dirasakan perlu lalu kembali ke mejaku semula. Aku
tidak mahu membuang masa hanya sekadar untuk mencari buku sahaja. Masih banyak
benda yang perlu aku lakukan. Aku perlu belajar bersungguh sungguh. Aku perlu membuktikan kepada kedua ibu bapaku, aku adalah anak yang berguna.
Sedang aku
membelek buku nota ringkas yang aku tinggalkan di meja sebentar tadi, aku
melihat ada dua keping kertas yang terlipat terselit di dalamnya. Kertas
berwarna ungu lembut. Pelik, kerana setahuku, aku tidak pernah meletakkan
sebarang kertas atau apa apa sebagai penanda buku. Nak kata ada orang letak,
aku rasa aku adalah orang pertama yang masuk di dalam perpustakaan ini. Tanpa
membuang masa, aku membuka lipatan kertas pertama yang agak kecil berbanding
kertas kedua. Rasa ingin tahu mula menguasai diri. Dari satu ayat ke satu ayat
ku baca dengan penuh tanda tanya. Paduan ayat yang cukup membuatku rasa
sesuatu.
“Dunia ini
penuh dengan perhiasan, dan perhiasan yang terbaik adalah wanita solehah. Maka
jadilah mawar berduri yang cantiknya apabila dipandang, namun berduri apabila
didekati. ”
Lalu aku
buka lipatan kedua, ada lirik lagu Puteriku
sayang nyanyian Mestica.
Bait bait lirik tersebut aku baca dengan penuh tanda tanya.
Bait bait lirik tersebut aku baca dengan penuh tanda tanya.
“Pelik.
Siapakah yang meletakkan kepingan kertas ini di dalam buku notaku. Siap dengan
barisan ayat ayat yang sebegini. Ada mesejkah yang cuba dia sampaikan? Atau apa
ya? Dan yang lagi pelik, masa bila pulak dia letakkan? Oh ya..mungkin semasa
aku mengambil buku tadi, ada seseorang yang selitkan kat sini. Siapa ya? ” Aku mengomel sendirian sambil membuat perkiraan.
Sedang aku
membuat kesimpulan, aku terlihat ada kelibat yang cuba bersembunyi di balik rak
rak buku berdekatan denganku. Aku perasan “sidia” yang cuba bersembunyi itu, cuba
melarikan pandangannya apabila aku cuba merenungnya dari jauh. Seorang lelaki
berkaca mata. Siapakah dia? Aku cuba bangun untuk melihat siapakah yang agak
misteri itu, namun bunyi deringan telefon membantutkan perancanganku. Skrin
telefon memaparkan nama rakan sebilikku, Izzah.
“
Assalamualaikum.Ya Izzah,kenapa? Bila nak sampai? “ aku memulakan bicara.
“
Waalaikumsalam. Aku dah kat dalam perpustakaan dah ni. Kau kat mana Zu? Aku
tengok dari kaunter ni, macam taka da je kau. Kau kat belah mana? ” Tanya Izzah
bertalu talu.
“ Aku kat
sini la. Tengok ni aku lambai kat kau” Kataku sambil berjalan ke tengah
perpustaakan lalu melambaikan tangan kearah Izzah yang masih berada di kaunter.
“ Ohhh
okey.” Katanya ringkas setelah melihat susuk tubuhku lalu menamatkan panggilan.
Izzah
Zahirah, rakan sebilikku yang sama bidang denganku dan selalu ada denganku
dikala susah dan senang. Gadis yang berasal dari Selangor ini cukup menarik di
pandangan mataku. Wajahnya yang ayu ditambah pula pakej berasal dari keluarga
yang kaya membuatkan dirinya cukup dikenali di kolej ini. Dahlah cantik
bertudung, kaya pula tu. Memang satu gandingan yang mantap. Berbeza dengan
diriku yang agak bersifat kelelakian ini. Jauh sangat beza dengannya, seperti
langi dengan bumi. Namunpun begitu, Izzah tetap menerima aku sebagai
sahabatnya.
“ Eh apa kau
angankan ni?” sergah Izzah apabila dia melihatku berkhayal. Suaranya yang agak
tinggi itu menyebabkan bebrapa orang pelajar melihat kearah kami.
“ Kau ni
kan, lambat sangat. Geram aku. Dah setengah jam aku tunggu tau kat sini. Janji
pukul lapan, sekarang pukul berapa?” bebelku panjang lebar.
“ Uppss
sorry, aku terlewat bangun tadi. Kau pun satu, kenapa tak kejutkan aku kalau
dah tahu aku lambat?” balas Izzah, geram.
“ Uppss
sorry. Aku ingat bantal busuk tadi. Tu aku tak kejut tu. Hahahahaha…” gelakku
membuatkan muka Izzah bertambah mencuka.
“ Dah okey
okey, aku minta maaf. Aku pun terlambat tadi. Aku nak cepat tadi sebab aku nak
cop tempat yang hot ni, tempat puaka tau. Kalau lambat, nampaknya aku tak
dapatlah duduk kat sini.” Ujarku panjang lebar. Ya, memang tempat ini menjadi
tempat kegemaranku setiapkali aku mengunjungi perpustakaan. Kedudukannya yang
strategik membuatkan aku memilih untuk duduk disitu. Agak tersembunyi dan jauh
dari orang lain.
“ Jom kita
mulakan, kita dah lewat ni. Jangan buang masa. Cepat lah kau ajar aku subjek
semalam tu. Aku tak faham.” Pinta Izzah
kepadaku.
Aku mula
menerangkan kepada Izzah tentang anatomi jantung sambil melukiskan gambar
jantung di atas kertas. Lalu aku menerangkan pula fungsi setiap satunya. Sambil
melukis, sambil jari jemariku membuatkan gaya seperti jantung yang sedang
berdegup kencang. Izzah mula mengangguk angguk tanda memahami apa yang cuba aku
sampaikan. Bagiku adalah satu kepuasan apabila apa yang aku ajarkan, sampai
kepada Izzah.
“ Izzah, kau
tahu, aku ada tips untuk kau lebih faham tentang topik ni. Tips ni boleh
diterimapakai kalau kau rasa ianya mudah. Kalau tak kau boleh abaikan je. Kalau
kau mahu cepat faham kan tentang sesuatu organ ni, kau mesti set dalam kepala
kau, seolah olah kau melihat jantung tu depan mata kau. Kau nampak dia
berdegup. Dan kau nampak aliran darah masuk ikut mana, keluar ikut mana. Cuba
paksa diri kau untuk seolah olah nampak semua tu depan mata kau, walaupun
hakikatnya, kau tak nampak. Dan nak lagi faham, kau buat nota seringkas
mungkin, kau lukiskan gambar jantung semudah mungkin, kau warnakan dengan warna
yang mampu menarik perhatian kau. Nanti inshaAllah kau akan tertarik untuk baca
setiap kali kau buka nota kau. Tapi make sure kau buka nota, kalau tak. Sama
juga..Kau takkan faham sampai bila bila.. Hahahahaha.. “ jelasku panjang lebar
sambil mengusiknya.
“ Jahat ye
Zu, kenakan aku ya. Hahahahahaha” Kata Izzah sambil mencubit pehaku. Hampir
terjerit aku apabila cubitan Izzah hinggap dipehaku. Izzah memandangku, lalu
mencetuskan tawa diantara kami sehingga membuatkan mukaku berubah menjadi merah.
Selepas itu,
aku terpandang dan seterusnya baru teringat akan kertas yang terselit di buku notaku tadi. Aku memandang
kearah kawasan rak tempat aku ternampak lelaki misteri tadi. Ternyata dia masih
melihatku sebelum berlalu pergi dari situ. Pelbagai persoalan mula bermain
dimindaku. Siapapun dia, aku berharap agar dia adalah orang yang baik baik.Tetapi apabila melihat surat
yang dia titipkan sebentar tadi, aku yakin dan aku pasti, ada sesuatu yang cuba
dia sampaikan. Aku termenung sendiri.
Watak perempuan dalam ni cikyan ke? Hehe. Ada kaitan atau tak. Kena buat sambungan lagi tau. Eksited nak baca ehehehe :)
ReplyDeletehttps://ikashoid.blogspot.my/2018/02/jualan-gudang-awal-tahun-2018.html
tak sabar nak tahu siapa lelaki misteri tu
ReplyDeleteMacam CikYan je watak utama tu..betul dak?
ReplyDeleteTapi cerita macam pendek sgt, kena tambah sikit kot
Siapakah gerangan lelaki tu, tertanya2' hihihi.
ReplyDeleteMakin meningkat curiosity Hana lepas baca bab ni! tak sabar nak tunggu next chapter! heee ^^ good job kak Yan ^^ teruskan berkarya :D
ReplyDeletewah... ada secret admirer :D
ReplyDeletewah best la, next chapter plss..part paling saya suka "Maka jadilah mawar berduri yang cantiknya apabila dipandang, namun berduri apabila didekati"..ni merujuk kepada tuan tanah ekk
ReplyDeletebest! next chapter please dear! hehe
ReplyDeleteWah, suspen gak kisah ni yer. Syamil ke yang bagi surat tu?
ReplyDeletewahh panjang jugak sinopsis ni ya
ReplyDelete