Sunday 21 January 2018

KAKAK TERDESAK !



"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri,
 sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula"  

(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; 
Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Harini cikyan nak share satu kisah
kisah anak buah
tapi dicerita kan semula versi cikyan.

Alkisah semalam dalam pukul 6:30 pagi 
anak buah cikyan tunggu bas kat stesen bas
sebab masuk kerja pukul 7:00 pagi.
Dia bekerja di sebuah pasaraya berdekatan rumah cikyan

Tengah tunggu bas, 
tiba tiba dia didatangi oleh seorang perempuan bertopi keledar.
Disebabkan cuaca gelap, muka tak kelihatan
Anak buah dah tak sedap hati
Dia cuba lari, tapi tak sempat sebab orang tu lebih dulu tarik dia untuk duduk semula

Tetiba perempuan tu acu pisau kat perut dia sambil ugut
" Jangan bergerak kalau nak selamat"
Allahurabbi, terkejut la anak buah cikyan.
Anak buah cikyan perhatikan, ada seorang lagi lelaki bertopi keledar
tunggu dekat motorsikal yang diparking agak jauh

Perempuan tu pulak, selongkar beg anak buah dan ambil semua duit yang ada
Dia kata " akak terdesak sangat ni!"
Anak buah tanpa berkata apa apa, menurut saja.
Nasib baik la anak buah Cikyan tak melawan masa tu
dan nasib jugak la anak buah tak bawa duit banyak masa tu.
Jumlah yang diambil bawah RM10.
Selamat la kan. Aduhai.

Kesian ke anak buah cikyan, dahlaa baru nak belajar bekerja
kena pulak macam tu.
Memang nasib dia la, dapat pengalaman macam tu.
Lepas je dapat duit, mereka pun cepat cepat pergi.
Anak buah tak sempat nak tengok no plat sebab jauh sangat mereka parking.

Syukur semuanya baik baik sahaja.

Terdesak? Sampai buat macam tu sekali?!



Moral of the story : Semoga lebih waspada. 
Manusia sanggup buat apa sahaja bila dah terdesak. 
Tak fikir dah boleh menyusahkan orang lain ka, apa ka. 
Jadilah manusia yang berguna.
Jangan hidup nak menyusahkan orang lain.
Dahla tak mampu tolong orang, jangan pulak nak susahkan orang.




12 comments:

  1. Mudah2an kita dijauhi daripada perkara2 buruk seperti itu,

    ReplyDelete
  2. Orang sekarang ni semua scary gila gila kot. Dulu nak keluar sorang diri. Macam okay. Tapi sekarang, dah tak selamat. Org sekarang mcm mental breakdown. Huu. semoga kita semua dalam lindungan ALLAH.

    ReplyDelete
  3. Takutnya!! harap2 tak berlaku lagi T_T tapi alhamdulillah tak berlaku apa2 kecederaan ^^ Thanks for sharing cikYan :)

    ReplyDelete
  4. nasib baik anak buah cik yan tak ada apa apa..
    alhamdulillah.
    memang sekarang ni bahaya kat mana mana je.

    ReplyDelete
  5. anak buah cikyan laki ke perempuan? alahai takutnya. bila dah terdesak, manusia sanggup buat apa je kan. tambah tambah ekonomi sekarang ni yang makin menggila. huhu. nice sharing cikyan

    ReplyDelete
  6. errr. scary nyaa. lisa baru aje terfikir nak kerje sekejap lpas spm nanti. ni kena fikir dua kali ni. alhamdulillah anak buah cikyan ok aje. tu lah. zaman sekarang mmg semua nk pakai duit. kesian smpai terdesak macam tu. huhu

    ReplyDelete
  7. mudahnya kan orang skg terdesak lepas tue membuatkan orang lain dalam kesulitan

    ReplyDelete
  8. kerana duit... hilang segala pertimbangan dan kewarasan akal

    ReplyDelete
  9. Allahu.. Mujurlah anak buah cikyan tak apa-apa.. Zaman sekarang memang sangat bahaya..

    ReplyDelete
  10. senangnya mencuri macamtu. Walaupun bawah RM10 tapi kita usaha untuk dapat duit bukannya senang2 dapat. Nasib anak buah cikyan tak ada apa.

    ReplyDelete