Sunday, 11 February 2018

A SFRNFZL Giveaway

Assalamualaikum.

Selamat petang !
Kalinih nak join giveaway dari blogger lain pula.
Nak support la katakan.
Hadiah pun agak menarik.
Yang penting kita pakat pakat support kan ?
Manatau kali nih dia buat giveaway,
esok lusa kita nak buat,
dia support kita pulak kan?


Boleh klik kat bawah ni kalau nak join ya?

Cikyan suka berblogging kerana..

1. Cikyan suka membaca.
So dari join dunia blogging tu,
buat Cikyan rasa macam, bagusnya kan.
Boleh membaca..boleh tengok review orang...
Boleh baca macam macam perkara..
Klik saja, semua benda jumpa.

2. Dari blogging, kita boleh dapatkan ilmu.
Dan kita pun boleh sebarkan ilmu.
Sebab Cikyan pernah dengar,
orang kata....
kalau kita tulis yang baik baik,
itu boleh jadi saham kita kat akhirat nanti.
Semoga apa yang Cikyan share setakat hari ini 
menjadi saham untuk Cikyan disana.
Inshaallah.

3. Cikyan nak dapat ramai kawan.
Nak jumpa kawan yang sama minat dengan Cikyan.
Jujur Cikyan cakap, dari mula Cikyan join blog ni,
sampai ke hari ini.
Cikyan dah jumpa ramai kawan kawan
 yang sama minat dengan Cikyan.

4. Sebagai mengisi masa lapang.
Kat rumah takdak tv, so dengan join blog ni jela, 
buat Cikyan rasa seperti,
ohh begitu, oh begini.. 
Sebabnya melalui blog, banyak benda terkini 
yang blogger selalu update.
So Cikyan boleh la tau kan kan kan..
Nampak sangat la macam katak bawah tempurung..
Hiiii...

5. Sebab paling besar,
Cikyan suka menulis.
Kalau kat rumah tu,
penuh diari. Tulis macam macam.
Cuma sekarang la dah insaf sikit.
Lagipun Cikyan bercita cita nak ada buku sendiri nanti.
Buku ka, novel ka, apa ka.
Kan best tu kans.
Ada hasil tulisan kita sendiri.
So melalui blog,
Cikyan rasa boleh kot asah bakat menulis tu sikit sikit.

Fuhhh panjang !
Sebenarnya banyak lagi sebab,
tapi setakat ni dulu laa...
Kalau tak, tak habis satu hari satu malam..
Bercerita ajela..Wakakaka...


Sekian ~

Giveaway : Travel Totebag By Ana Suhana



Assalamualaikum.

Kalinih Cikyan nak support sis ni pulak.
Nak join giveaway yang beliau anjurkan.
Macam best ya..
Hadiah menarik tu..
Boleh klik ANA SUHANA kalau nak join ya? 
Semoga ada rezeki lagi buat kali nih.
Kalau tak ada pon, takpa la...
Kita support blogger kita kans?

Selamat bergiveaway uollsss !

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Apa khabar semuanya?
Agak agak apa agaknya tajuk 
yang Cikyan nak share harini?
Tengok gambar atas tu ya.
pernah ke terserempak dengan orang yang macam ni?
Ini adalah sejenis penyakit yang dipanggil SLE.
Kenapa ya Cikyan nak share pasal ni.
Sebab actually macam banyak pula kes pasal SLE ni.
Oh ya, ada juga salah seorang blogger kita yang didiagnos SLE NI.
boleh check sini ya DAYANG DENO
Boleh baca kisah dia sebagai SLE fighter.
Boleh dijadikan sumber kekuatan juga tengok semangat dia tu.

APA ITU SLE



Systemic Lupus Erythematosus (SLE) 
adalah penyakit kronik auto-imun 
iaitu satu keadaan dimana
badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak. 
Protin darah yang dipanggil antibodi ini 
dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. 
Punca penyakit SLE tidak diketahui.

SEJARAH SLE

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. 
Erythematosus bererti ruam merah. 
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. 
Beliau telah menamakan ruam berkenaan 
Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti 
bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit
 yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut 
melibatkan organ dan sistem lain. 
Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

JENIS JENIS SLE
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
-melibatkan kulit
-Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
-Boleh merebak ke organ lain
-Boleh mengakibatkan kematian
STATISTIK
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada 
di dalam lingkungan umur 
boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang


Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang
telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada 
ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

SIMPTOM SLE

Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


ORGAN YANG AKAN TERJEJAS OLEH SLE




Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan 
keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. 
Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang 
biasanya tidak merasa sakit. 
Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing 
dan ujian darah boleh menunjukkan 
samada buah pinggang terjejas atau tidak. 
Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada 
buah pinggang
 rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera 
untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan 
lapisan paru-paru 
yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang 
terasa semasa menarik nafas. 
Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. 
Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, 
kabur penglihatan, 
sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh 
melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. 
Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan,
 tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, 
kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. 
Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. 
Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami
 masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu 
keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, 
keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah;
 dan “endokarditis”,
 keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada 
atau juga gejala lain. 
Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” 
(pembuluh darah yang keras).

*Nanti bebila Cikyan continue dengan rawatan dan lain lain ya.

Setakat ni cukup la pengenalan dulu kot ya?
Semoga sis Dayang Deno kuat seperti selalu
dan semoga cepat sembuh ya !

*Jom semua, kita doakan semoga Dayang Deno

dan semua yang menghidap penyakit ni,
semoga cepat sembuh.

*Oh ya, dengar kata, anak buah Cikyan pun,

suspek penyakit ni jugak.
Semoga mudah la urusan dia ya.
Risau jugak.

*Cikyan bukan nak publisiti murahan,

dengan share pasal penyakit, pastu kaitkan dengan blogger pula.
NO NO NO.
takda istilah tu dalam kamus hidup Cikyan.
Just nak share sesuatu yang mungkin ramai yang tak tahu.
Tak salah kan?


Thursday, 8 February 2018

Menang Giveaway Mamapipie !

Assalamualaikum.

Cikyan dah lama sebenarnya tengok post pasal
menang giveaway mamapipie ni.
Tapi terlalu busy,
sampai terlupa terus.
Harini baru nak share. 
Saje jela nak buat entry tanda penghargaan 
untuk mamapipie.
Cikyan dapat hadiah saguhati dari mamapipie.

Cikyan dapat salah satu dari buku tu.
Taktau la mana satu..
Yeeaayy sukanya !
Boleh Check kat sini tau tau.

Syukur Alhamdulillah.
Thanks mamapipie.
Semoga Allah murahkan rezeki mamapipie.
Semoga boleh terus berblogging, 
hasilkan entry yang baik baik
dan semoga boleh anjurkan giveaway lagi.
Manatau ada rezeki lagi kan..Hihi...

Terima kasih sangat Cikyan ucapkan.
Tak sabar nak dapat hadiah..
Hiiiiii~

* Korang mana yang tak follow lagi mamapipie boleh la follow tau.
Manatau ada rezeki nanti.. Hiiiii~

Menang Giveaway MekZumbie !



Assalamualaikum.

Entry kedua hari ini
Alhamdulillah tadi ada blogwalking.
Ternampak blog mekZumbie.
Alhamdulillah Cikyan menang buku.
Cikyan kan ulat buku..
OMG OMG memamng suka sangat la kans.
Alhamdulillah sgt la..

Boleh Klik kat bawah untuk tengok entry mek Zumbie

Terima kasih laa..
Cikyan memang nak sangat hadiah tu..
Memang rezeki Cikyan la nampaknya..
Alhamdulillah !

Thanks mek zumbie...
Semoga dimurahkan rezeki selalu ya.
Semoga dapat bagi hadiah best best lagi la..
Hadiah dia bagi semua best best oii..
Terbaik laa..
Thanks sangat sangat !

Sekian entry pendek dari Cikyan.
Mohon undur diri dulu tau.

Tahniah kat semua pemenang tau !


Review Blog #2 Kak Sha

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?
Harap semuanya sihat sihat sahaja.
Tau ka Cikyan rindu kat ampa semua.
Semalam Cikyan cuti, tak kerja.
Sebab nak settle hal anak buah.
Lagipon minggu ni dah sibuk sikit uruskan hal kerja.
So jarang jarang ja dapat menulis.

Seperti Cikyan pernah bagitahu,
Cikyan akan review blog dan blogger sekali.
Kali nih, blogger pilihan Cikyan adalah KAK SHA
Jom kita usha header dia dulu jom !


 Hmm serba pink !
Gojes kau. Nampak sangat sis ni dah lama dalam bidang ni.
Tengok blog pon dah tahu kans. 
Blog dia tersusun ja, nampak la pro disitu

Personally Cikyan takde la kata kenal sangat dengan blogger ni.
Cumanya dulu Cikyan pernah dapat something dari blogger Sha
Masa tu sempat la berbalas emel semua.
So Cikyan dapat rasa yang blogger sorang ni seorang yang sangat peramah.
Takdak pon nak sombong sombong kans.
Thanks kakak yang baik hati !
First kenal pun dah baik kan, 
kalau dah lama kenal tak tahu la macam mana kans.


Haaa nampak tak atas tu, 
seperti dalam blog dia jugak la,
sis ni rajin sangat sangat la mereview novel dan filem.
Sampai sis ni pernah dapat hadiah dari penulis tau..
Syoknya oiiii !
Serius apa yang Cikyan boleh katakan,
sis ni memang sangat rajin membaca.
Kalah Cikyan wuii..
Tabik la sis...
Kalau Cikyan satu novel boleh habis sehari (dulu)
tapi kalau sekarang ni,
seminggu pun belum tentu.
Takda masa dan kadang kadang rasa sangat penat.
Kalau sis ni, dalam seminggu tu ada la 3-4 buah buku kot.
Hebakkkk !

Tu memang Cikyan paling suka laa,
selalu ja melawat blog dia.
Sebabnya boleh baca review,
tahu jalan cerita pastu boleh beli... Yeayyy !
Kadang Cikyan terasa nak jadi macam Kak Sha,
Review banyak banyak buku.
Tapi apakan daya,
nak membaca pun ambil masa dah sekarang nih.
Cikyan ni hantu buku macam Kak Sha jugak.
Tapi sekarang ni terpaksa la terkubur dulu sekejap 
hobi yang suci murni tu.

Lagi satu sis ni suka bercerita pasal family,
si anak yang comel comel tu.
Seronok ya kalau ada anak anak macam tu.
Sebenarnya Cikyan suka baca kalau blogger share pasal family.
Sebab sedikit sebanyak Cikyan boleh tahu pasal mereka.
Dengan cara tu Cikyan boleh mengenali mereka.
Kalau korang nak Cikyan datang blog korang,
banyak banyak share pasal family ya.
Sama macam akak ni..
Nanti Cikyan datang melawat.
 Hiiiiiiiiiii.....

POST CIKYAN SUKA

Pstt semua post Cikyan suka..
Tapi yang best sekali adalah 
semua review pasal buku.
Ohh ya, korang...
Lupa nak beritahu..
Sis ni ada buat khidmat review tau.
Kalau nak review ka, atau nak contact dia ka,
boleh la check dekat gambar atas tuh.
Kat situ dia ada bagi emel pasal review tu semua.
Atau boleh jugak wassap dia personally.

* Buat Kak Sha, thanks tau sebab layan Cikyan dengan baik.
Sekarang ni Cikyan nak bagitahu satu dunia,
Kak Sha layan Cikyan dengan baik sangat.
Thanks tau sudi jenguk blog Cikyan
 dan join segala macam yang pernah cikyan anjurkan.
I really appreciate it.
Teringin nak beri Kak Sha hadiah sebagai tanda penghargaan,
tunggu ya,
Nanti ada masa dan ada kesempatan,
Cikyan poskan hadiah untuk Kak Sha yang baik hati ni.
Tunggu tau, inshaallah.


#Orangberbudikitaberbahasa
#CikyansayangkakSha






Monday, 5 February 2018

Review Blog #1 Hana

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan,
Harini Cikyan nak review blog dan bloggernya sekali.
Orang pertama yang akan di review adalah HANA
Dengan blognya yang comel bertajuk  HANA’S DREAM WORLD

Haaa bila baca ja tajuk, confirm la tau kan dalam blog pasti ada
Cerita cerita pasal apa yang dia suka, 
apa dia tak suka, pasal kehidupan.
Hana ni paling Cikyan suka adalah, 
dia ni seorang yang teramat la peramah.
Hello, baru d.u.a t.i.g.a kali jenguk je pon ke blog kita, 
dia dah buat kita ni macam kakak dia.
Sweet kan hana nih? That’s why la Cikyan nih 
merasa teramat rapat ja dengan Hana.

Lagi satu penulisan hana ni sangat la sempoi.
Kadang sampai Cikyan rasa macam dia ni 
macam “ eh ko menulis ke, ko bercakap dik?”
Ko nampak tak betapa dia ni tersangat la sempoi nya.
Hana ni comel, kadang Cikyan rasa macam 
dia ni sebaya lebih kurang anak buah Cikyan ja la..
Cikyan pon ada jugak sorang dua anak buah 
yang lebih kurang sebaya Hana.
Sebab tu mungkin jadi seronok kot 
nak ngam dengan Hana.

Jom tengok gambar Hana.


Ni gambar tuan blog. Comey kan?

Okey itu tuan blog, jom kita check pulak pasal blog Hana.

Sorry hana, cikyan curi gambar header.

Warna blog Hana comels, warna pastel ka camtuh eh?
Macam Cikyan pernah cerita la sebelum nih, 
Cikyan jeles la tengok blog Hana.
Sebab blog dia ada makhluk kotak kotak yang comels kat tepi tu…
Semua yang dia buat tu Cikyan suka 
*kenapa la tangan Cikyan tak kreatif macam Hana !


AND THE BEST THINGS IS :

Pengisian dalam blog hana ni best, 
tu Cikyan suka lawat tu.
Ada tips untuk pelajar, ada ilmu yang kita boleh cedok kan. 
Bukan pelajar ja, orang tua macam Cikyan ni pon boleh baca jugak. 
Ilmu kans.

Pastu Si kecik Hana ni suka jugak
 support blogger punya contest, giveaway, bloglist apa semua.
Pi usyar dalam blog dia, ada berapa banyak yang dia dah join. 
Bagus kan? Giveaway ka, apa ka semua dia join. 
Dan kalau kena tag pon, dia join. Kesian la kau Hana. Sorry tau dik !
Cikyan sangat sarankan kalau korang nak pi jenguk blog dia, 
komen kat mana mana.Follow blog dia yang comel tuh. 
Sebab dia ni rajin singgah blog kita balik. 

Pastu komen pulak panjang panjang. I loikeee sangat ! 
Dia ni mudah mesra dengan kita, 
so jangan risau sangat la kalau baru masuk je tak dilayan. 
Confirm dia layan. Jangan ajak dia kahwin sudah la, atau pi ngorat dia, 
sebab Hana ni kecik lagi. Kena belajar lagi, tolong mak ayah.
Kalau buat jugak,  memang la kena 
tendangan maut tak berhenti dari Cikyan 
*Ehhh, tetiba je..

Okey, kalau post Hana yang 
Cikyan paling suka pulak,
Ialah yang INI
Tetiba terasa diriku begitu berharga pulak. 
Serius best kata kata dia. 
Cikyan suka ! Good sharing Hana.
Kadang bendanya simple ja, 
tapi mampu buat kita berfikir.

*Semua komen ni ikhlas dari hati Cikyan.
Cikyan komen berdasarkan apa yang Cikyan rasa dan nampak.
So kalau tak percaya, ambik la pisau,
belah la dada *hiperbola


*To Hana, Thanks tau sebab baik sangat dengan Cikyan.
Jangan lupa mimpi Cikyan selalu selalu okey..Hiiii...
Dan jangan lupa sayang Cikyan selalu selalu okey adik manis !