Monday 5 March 2018

G6PD


Apakah G6PD?

GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’ 
atau lebih dikenali sebagai G6PD 
merupakan sejenis enzim genetik yang
 terdapat di dalam sel darah merah manusia. 

Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD 
dan lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia 
mempunyai kekurangan ini. 
Penghidapnya biasanya anak lelaki, 
kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.

Sebenarnya kekurangan enzim ini 
bukanlah satu kecacatan atau penyakit. 
Ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalaminya,
 kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya.

Anda hanya perlu berpengetahuan tentang apa yang 
harus dielakkan agar hemolisis tidak berlaku.

Apakah itu Hemolisis?





Hemolisis berlaku apabila enzim G6PD berkurangan 
dan tidak dapat mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah. Apabila bayi G6PD terdedah kepada bahan yang 
mempunyai ciri-ciri pengoksida, 
ini akan meningkatkan paras molekul oksigen reaktif 
yang menyebabkan sel darah merah musnah 
lebih cepat berbanding dari penghasilannya.
Sel darah merah yang berkurang kemudian 
akan menimbulkan simptom hemolisis dan
 tanda hemolitik anemia.

Kekurangan enzim ini dapat dikesan melalui ujian darah
 sebaik saja bayi itu dilahirkan. 
Selalunya bayi yang mempunyai kekurangan G6PD 
akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran.


Kebanyakan institusi perubatan akan memantau 
kesihatan bayi berkenaan di wad untuk sekurang-kurangnya 
lima hari sebelum dibenarkan pulang.
Apa yang dirisaukan ketika peringkat bayi baru dilahirkan 
ialah bayi yang menghidap G6PD 
mudah mendapat jaundis (kekuningan) dan tahap jaundis 
mereka mudah naik secara mendadak sehingga 
boleh menyebabkan kerosakan otak.

Ini berlaku kerana sel darah merah penghidap G6PD 
mudah pecah dan membolehkan bilirubin 
meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu 
bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.
Sebab itu, bayi yang ada demam kuning kita 
akan letak mereka di bawah lampu (fototerapi)
 untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah,” 
kata Dr. Azam Mohd. Nor,
 Konsultan dan Kardiologis Pediatrik Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Jika tahap bilirumin terlalu tinggi sehingga 
tidak dapat diterima oleh bayi, 
permindahan darah mesti dilakukan 
dan biasanya darah bapa bayi tersebut akan diambil.
  
Simptom-simptom Hemolisis

kelihatan pucat
tidak bermaya
pening
degupan jantung yang laju
sukar bernafas
sakit dada
jaundis (penyakit kuning)
air kencing berdarah atau warna teh pekat

Langkah-langkah Pencegahan


Ibu bapa perlu memberitahu doktor jika anak mereka menghidap G6PD supaya dia boleh memberi ubat yang sesuai. Jangan belikan ubatan sebarangan dari faRmasi tanpa nasihat doktor agar tidak terbeli ubat yang salah.

Pakaikan "rantai perubatan" pada anak supaya boleh membantu dalam kecemasan.

Contoh makanan dan herba yang perlu dielakkan:

Kacang parang (fava beans)
Semua produk soya
Makanan berperisa mentol
Makanan dengan warna tiruan
Ubat China dan ubat tradisi lain 

Bahan lain yang mesti dielakkan:

Ubat gegat (moth balls)
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

Ubat ubatan yang perlu dielakkan :

primaquine
aspirin
chloroquine
ciprofloxacin
moxifloxacin
nalidixic acid
norfloxacin
ofloxacin
dan banyak lagi ubat lain..










Okey next time Cikyan share part lain pulak k.
Selamat membaca !


10 comments:

  1. Terimakasih cikyan sebab share. Walaupun ada term and part yang ika kurang faham tapi keep on baca. But still, ika dapat serba sedikit ilmunya hee.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html

    ReplyDelete
  2. Ilmiah sangat ni cikYan ^^ heheh nice sharing!! Rasa macam baru habis kelas Sains pulak hahah! Thank you untuk ilmu ni :3

    ReplyDelete
  3. good sharing cikyan..
    plg sedih if tgk baby yg sakit sbb depa xpandai mengadu

    ReplyDelete
  4. tetiba rasa takut laa pulak bla bc entry ni

    ReplyDelete
  5. "rantai perubatan" tu mcmana bentuknya..

    ReplyDelete
  6. Thank you Cik Yan for sharing this. Sedih kalau baby jadi camni, tambah lagi bila kita tak sedar.

    ReplyDelete
  7. anak sedara azah ada sakit g6pd ni. sampai sekarang kena pantang kacang. dengan mak mak dia sekali pantang kacang :(

    ReplyDelete
  8. pernah dengar penyakit ni, tapi tak pernah tahu pun apa penyakitnya.

    ada satu lagi penyakit yang tak boleh makan kacang juga. tak ingat apa namanya, huhuh

    ReplyDelete
  9. Sebelum ni pernah baca pasal G6PD ni tapi dah lupa macammana penyakitnya. Thanks sharing CikYan

    ReplyDelete