Apakah G6PD?
GLUCOSE 6 Phosphate Dehydrogenase deficiency’
atau lebih
dikenali sebagai G6PD
merupakan sejenis enzim genetik yang
terdapat di
dalam sel darah merah manusia.
Dianggarkan 400 juta penduduk di dunia penghidap G6PD
dan lebih kurang 3-5%
penduduk Malaysia
mempunyai kekurangan ini.
Penghidapnya biasanya anak lelaki,
kerana ia dikaitkan dengan kromosom X.
Sebenarnya kekurangan enzim ini
bukanlah satu kecacatan atau penyakit.
Ibubapa tidak perlu
risau jika anak mereka mengalaminya,
kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya.
Anda hanya perlu berpengetahuan tentang apa yang
harus
dielakkan agar hemolisis tidak berlaku.
Apakah itu Hemolisis?
Hemolisis berlaku apabila enzim G6PD berkurangan
dan tidak
dapat mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah. Apabila bayi
G6PD terdedah kepada bahan yang
mempunyai ciri-ciri pengoksida,
ini akan
meningkatkan paras molekul oksigen reaktif
yang menyebabkan sel darah merah
musnah
lebih cepat berbanding dari penghasilannya.
Sel darah merah yang berkurang kemudian
akan menimbulkan
simptom hemolisis dan
tanda hemolitik anemia.
Kekurangan enzim ini dapat dikesan melalui ujian darah
sebaik saja bayi itu dilahirkan.
Selalunya bayi yang mempunyai kekurangan
G6PD
akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran.
Kebanyakan institusi perubatan akan memantau
kesihatan bayi
berkenaan di wad untuk sekurang-kurangnya
lima hari sebelum dibenarkan pulang.
“Apa yang dirisaukan ketika peringkat bayi baru
dilahirkan
ialah bayi yang menghidap G6PD
mudah mendapat jaundis (kekuningan)
dan tahap jaundis
mereka mudah naik secara mendadak sehingga
boleh menyebabkan
kerosakan otak.
Ini berlaku kerana sel darah merah penghidap G6PD
mudah
pecah dan membolehkan bilirubin
meningkat dengan cepat dan pada tahap tertentu
bilirubin memindahkan toksin ke otak dan menyebabkan risiko terencat akal.
Sebab itu, bayi yang ada demam kuning kita
akan letak
mereka di bawah lampu (fototerapi)
untuk menurunkan tahap bilirubin dalam
darah,”
kata Dr. Azam Mohd. Nor,
Konsultan dan Kardiologis Pediatrik
Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Jika tahap bilirumin terlalu tinggi sehingga
tidak dapat
diterima oleh bayi,
permindahan darah mesti dilakukan
dan biasanya darah bapa
bayi tersebut akan diambil.
Simptom-simptom Hemolisis
kelihatan
pucat
tidak
bermaya
pening
degupan
jantung yang laju
sukar
bernafas
sakit
dada
jaundis
(penyakit kuning)
air
kencing berdarah atau warna teh pekat
Langkah-langkah Pencegahan
Ibu bapa perlu memberitahu doktor jika anak
mereka menghidap G6PD supaya dia boleh memberi ubat yang sesuai. Jangan
belikan ubatan sebarangan dari faRmasi tanpa nasihat doktor agar tidak terbeli
ubat yang salah.
Pakaikan "rantai
perubatan" pada anak supaya boleh membantu
dalam kecemasan.
Contoh makanan dan herba yang perlu dielakkan:
Kacang
parang (fava beans)
Semua
produk soya
Makanan
berperisa mentol
Makanan
dengan warna tiruan
Ubat
China dan ubat tradisi lain
Bahan lain yang mesti dielakkan:
Ubat
gegat (moth balls)
Ubat
nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat ubatan yang perlu dielakkan :
primaquine
aspirin
chloroquine
ciprofloxacin
moxifloxacin
nalidixic
acid
norfloxacin
ofloxacin
dan banyak lagi ubat lain..
Okey next time Cikyan share part lain pulak k.
Selamat membaca !
Terimakasih cikyan sebab share. Walaupun ada term and part yang ika kurang faham tapi keep on baca. But still, ika dapat serba sedikit ilmunya hee.
ReplyDeletehttps://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html
Ilmiah sangat ni cikYan ^^ heheh nice sharing!! Rasa macam baru habis kelas Sains pulak hahah! Thank you untuk ilmu ni :3
ReplyDeletegood sharing cikyan..
ReplyDeleteplg sedih if tgk baby yg sakit sbb depa xpandai mengadu
tetiba rasa takut laa pulak bla bc entry ni
ReplyDelete"rantai perubatan" tu mcmana bentuknya..
ReplyDeleteThank you Cik Yan for sharing this. Sedih kalau baby jadi camni, tambah lagi bila kita tak sedar.
ReplyDeleteanak sedara azah ada sakit g6pd ni. sampai sekarang kena pantang kacang. dengan mak mak dia sekali pantang kacang :(
ReplyDeletepernah dengar penyakit ni, tapi tak pernah tahu pun apa penyakitnya.
ReplyDeleteada satu lagi penyakit yang tak boleh makan kacang juga. tak ingat apa namanya, huhuh
Nice sharing cikyan...
ReplyDeleteSebelum ni pernah baca pasal G6PD ni tapi dah lupa macammana penyakitnya. Thanks sharing CikYan
ReplyDelete