Saturday 4 May 2019

SCAMMER





Alkisah cerita pasal scammer.
Dah lama berlaku,
lebih kurang sebulan yang lepas.
Memula share kat facebook,
sekarang baru berkesempatan share kat sini.
Memula ada dapat call masa cikyan tengah buat kerja kat office.
Memulanya suara mesin yang bercakap, 
Lepas tu bercakap dengan sorang lelaki nih.
Kononnya buat panggilan tu dari
Mahkamah majistret Labuan.

cikyan : Oh ya, saya ada terima panggilan yang kata 
kami ada notis yang tertunggak, 
tak sampai kat kami. 
Jadi saya nak tahu jugak berkaitan apa tu ya 
(Tanya takut ada benda penting berkaitan office)

Dia : Oh ya, boleh bagi no ic, saya nak check dulu.

cikyan : Eh tadi yang call tu, dia call no office. 
bukan no saya. Kenapa nak beri no ic saya pulak.

Dia : Oh ya, kami perlukan no ic cik untuk pengesahan. 
Biar saya check dulu.
-Masa ni dah rasa macam pelik sikit, 
tapi saya cuba berbaik sangka 
sebab kalau tak bagi no ic, 
takut berkaitan office pulak – sebab sekarang ada isu yang 
melibatkan mahkamah kat office ni, 
tu dengan yakinnya saya bagi details) 
– then dia pun mencari maklumat setelah saya sebut nombor ic. 
Sambil menyanyi pulak tuh ! 
– yang nih buat saya rasa lagi pelik 
– kata kerja mahkamah, apehal pulak menyanyi bagai nih. 
Gembira semacam.

Dia : Ouh ye cik, mengikut rekod saya nih, 
saya tengok cik ada rekod saman berkaitan 
hutang kad kredit berjumlah RM8,450.00. 
Kad kredit Hong Leong bank. 

cikyan : Eh saya mana ada akaun bank Hong leong 
(saya dah mula pelik – ya pelik lagi- 
tak pernah ada akaun tetiba nak claim saya ada hutang kad kredit)

Dia : Ouh iya ke. Kejap, betul ke takde akaun Hong Leong Cik. 
Atau mungkin Cik Pernah beri salinan kad pengenalan 
kat sesiapa sebelum ni. 
Cuba ingat balik. Pernah tak beri salinan ic kepada mana mana tempat?

cikyan : Pernah memang la pernah, itu pun untuk kegunaan ASB je. 
( Sebenarnya banyak lagi – tapi malas nak cerita sebab rasa tak sedap hati 
– mesti ada something wrong somewhere)

Dia : Cross tak IC tu? Ada buat palang tak dekat salinan tu?

cikyan : Eh mestilah buat. Bahaya tak buat.

Dia : So macam mana ni. Tapi kalau betul cik 
tak ada akaun hong leong bank, saya rasa mungkin ada mana mana 
pihak yang telah salahgunakan salinan ic cik. 
Kalau kat sini, saya tengok notis mahkamah bernombor L197196, 
ada penggunaan kad kredit berjumlah RM 8,450.00.

cikyan : Eh macam pelik je ni. Saya tak pernah ada akaun Hong leong, 
macam mana saya boleh ada hutang kad kredit. 
Awak scammer ke ni? ( Nada suara saya dah berubah, makin tinggi
 – sakit hati, geram dan takut pun ada – semua perasaan bercampur baur.
 Dah la nak kahwin, tetiba ada hutang pulak 
– hutang yang berupa saman pulak tu)

Dia : Eh, kenapa cakap macam tu. Saya bukan scammer. 
Sabar cik sabar. Saya disini mahu membantu. 
Kalau betul lah Cik tidak bersalah, saya akan bantu cik selesaikan sampai ke akhirnya.

cikyan : Eh kenapa saya ada hutang pulak! Awak ni scammer ni…
scammer ni… (Fikiran dah kusut masa ni, tak boleh nak fikir, 
saya duk ulang ulang cakap dia scammer – tapi still tak letak ganggang telefon)

Dia : Cik sabar cik, kalau ada air, minum air dulu.
Jangan kelam kabut. 
Saya nak bantu Cik selesaikan masalah ni.
Mengikut rekod yang saya tengok ni, 
Cik kena hadir kat mahkamah Labuan pukul 2 petang
ni untuk settlekan masalah ni. 
Macam ni la cik, saya nak tanya ni, 
cik boleh datang ke kat Mahkamah Majistret Labuan petang ni?

cikyan : Memang tak dapat laa saya pergi sebab
sekarang saya kat ampang 
(Suara makin lama makin tinggi - Dah malas nak layan 
– tapi terasa macam nak ambil details in case apa apa terjadi
- dah ada bukti kan 
- so layankan aje dulu)

Dia : So macam ni la cik, memandangkan cik pun tak boleh datang 
– sekejap lagi saya akan sambungkan cik dengan IPD Labuan untuk 
Cik buat report pasal hal ni.
 Nanti suruh mereka hantar laporan kepada mahkamah majistret ya cik. 
Sementara tu, ambil kertas dan pen dan salin apa yang saya 
bagitahu ni sebab nanti mereka akan tanya detals. 
(Lalu dia bacakan la segala macam info yang dia reka tu 
– tarikh permohonan kad kredit : 04 Mei 2018
 - tempat permohonan kad kredit : Hong leong bank Labuan 
– no kad kredit : 5221470780556638 – no akaun simpanan hong leong : 106180081108 
– notis mahkamah : L197296. Then saya pun salin laa kesemuanya)

Dia : Sekejap lagi saya sambungkan cik dengan bahagian IPD Labuan ya. 
Jangan letak call ya. 
Nanti Cik buat laporan kat mereka ya. 
Bacakan semua details yang saya bagitahu tadi.

cikyan : Boleh saya tahu sekarang saya bercakap dengan siapa?

Dia : Oohh, saya Mohd Yusof bin Aris, dari bahagian Civil.

cikyan : Boleh saya dapatkan no telefon encik?

Dia : Ohhhh, boleh – 087-411786. Saya sambungkan ke IPD Labuan ya.

Then dia sambungkan ke IPD Labuan kononnya '– saya pun letak telefon.
Then telefon pejabat berbunyi lagi. 
Saya pun angkat sebab kalau tak angkat takut boss yang call. 
Dah la saya sorang je kat pejabat masa tu. So terpaksa la angkat.

Dia : Cik, kenapa letak telefon?

cikyan : Tak tahulah, mungkin terputus sendiri kot.

Dia : Saya sambungkan semula ya. Jangan letak telefon ya.

Then talian telefon disambungkan kepada IPD Labuan kononnya. 

Dia : Ya, bahagian penyiasatan jenayah. Boleh saya bantu?

cikyan : Tadi saya ada terima pangggilan dari Mahkamah Majistret Labuan 
– hasil conversation katanya mungkin ada pihak ketiga 
gunakan ic saya untuk kad kredit. 
Sedangkan saya tak ada akaun bank hong leong pon. 

Dia : Oh iya ke. Boleh saya dapatkan details berkenaan kes ni? 
Masa ni saya mula mencari idea macam mana nak
 interrupt perbualan ni dan mengakhiri perbualan telefon.

cikyan : Encik, boleh saya call encik kemudian. 
Sebab saya ada hal nak buat ni. Nak ke tandas sekejap. 
Beri saya nombor telefon encik la, sekejap lagi saya call encik balik. 
(Tak tahu macam mana idea ke tandas ni 
boleh muncul dengan tiba tiba. KAHKAHKAH!)

Dia : Oh takpe la, bagi nombor Cik, 
nanti saya yang akan call Cik semula.

cikyan : Scammer ni kan? Scammer kan? 
(Buat kali keduanya saya tuduh scammer ni scammer)

Dia : Eh kenapa cakap macam tu cik? 
Kenapa tuduh saya scammer? 
(Suara dia dah macam bengang 
– masa ni saya pun confuse- dia ni scammer ke atau betul betul polis
- suara macam bengang semacam je)

cikyan : Okey kalau macam tu, bagi nama dan nombor telefon Encik. 
Nanti saya call balik. Saya nak ke tandas ni.

Dia : Saya sarjan Mohd Alif bahagian penyiasatan jenayah.

cikyan : Nombor telefon ?

Dia : Awak pergi tandas dulu, pergi je tandas dulu. 
Nanti awak dah siap, awak cari nombor telefon IPD Labuan kat google. 
(Pelik dah kat situ tuh 
- kalau betul polis kenapa taknak bagi nombor telefon 
- something wrong somewhere kan)

Then saya letak ganggang. saya tunggu lima minit, 
saya google nombor telefon IPD Labuan dan saya call.
 then mintak sambungkan kepada bahagian Penyiasatan jenayah.

cikyan : Boleh saya bercakap dengan sarjan Alif? 
Bahagian penyiasatan jenayah.

Dia : Tak ada sarjan nama tu kat sini.

cikyan : Ouh iya ke (Then cikyan ceritakan semuanya pada sarjan tu 
– then dia sahkan tu memang scammer)

Then cikyan pun berHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !

Setengah jam lepas tu, cikyan terus heret
Ummi - kawan sekerja pegi maybank
sebab nak transfer duit ke akaun lain sebab takut scammer tu
buat jahat almaklumlah dia kan dah ada no ic saya.





Share post ni sebab nak bagitahu,
berhati hati lah korang sebab scammer ni akan
create apa sahaja penipuan untuk tipu kita.



Share kalau rasa post ni bermanfaat untuk semua





#prayforme #scammerbengang

 — feeling funny.



3 comments:

  1. macam-macam cara scammer ini sekarang.. Sabar jelah..

    ReplyDelete
  2. lagi canggih teknologi lagi ligat otak scammers ni... sy penah kena jg dulu alhamdulillah, Allah masih melindungi...

    ReplyDelete