Thursday 11 January 2018

GINJAL DAN FUNGSI

 Assalamualaikum.

Selamat pagi. Semua sihat ke?
Cikyan tak berapa nak sihat. Badan rasa macam sakit sakit.
Tapi dalam sakit pun, cikyan nak share something.
Mungkin ada sesetengah yang tak tahu.
So cikyan nak share sikit, memandangkan cikyan pernah belajar pasal ni dulu
Sedikit sebanyak boleh la refresh balik apa yang cikyan pernah tahu dulu :)

GINJAL A.K.A BUAH PINGGANG


LOKASI

lebih dikenali sebagai buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang.

KEPENTINGAN

untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh

BAGAIMANA BERFUNGSI

Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis keluar oleh buah pinggang melalui air kencing.


FUNGSI UTAMA

Untuk menyingkir sisa buangan
Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil "urea" dan "kreatinin".

Untuk mengawal jumlah cecair dalam badan
-membantu membuang lebihan cecair dari darah.

Untuk mengawal tekanan darah
Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.
-menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

Agar tulang kekal sihat.
-mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah


Jika buah pinggang anda secara beransur-ansur kehilangan fungsinya, perkara berikut akan berlaku:
·         Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
·         Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik

BAGAIMANA SAYA TAHU GINJAL SAYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK?

*Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza mengikut individu.  Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku.
*Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. (silent disease)



*next cikyan share pasal penyakit yang melibatkan buah pinggang pulak k :)

18 comments:

  1. Good sharing cik yan. Semoga kita beroleh kesihatan yg baik. Amin.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih daun keladi utk ilmu yg bermanfaat ni..semoga cikyan cepat sihat :-)

    ReplyDelete
  3. silent disease. bahaya tu kan kak. Good info kak Nurazian. Buah pinggang ni mmg sangat penting untuk kita semua.

    ReplyDelete
  4. Good sharing. Sama sama jga buah pinggang supaya berfungsi dgn baik

    ReplyDelete
  5. Good sharing. Sama sama jga buah pinggang supaya berfungsi dgn baik

    ReplyDelete
  6. Thanks for good sharing Cik Yan dan semoga awak cepat sembuh seperti sediakala..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang baik :) menyeramkan juga bila ginjal tinggal sebelah je.Harap kita tak jadi macam tu ^^

    ReplyDelete
  8. nice sharing.. ramai yg xtahu cara nk kenalpasti penyakit ni

    ReplyDelete
  9. Datang follow ni..cantik blog ni..no 92

    ReplyDelete
  10. thanks for the info. Takut pulak bila baca.

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi... dpt ilmu baru pg ni..

    ReplyDelete
  12. Terimakasih cikyan sebab sudi berkongsi maklumat penting ni :D

    ReplyDelete
  13. Datang komen kat sini sebab rindu kat CikYan..okbai

    ReplyDelete