Thursday, 11 January 2018

GINJAL DAN FUNGSI

 Assalamualaikum.

Selamat pagi. Semua sihat ke?
Cikyan tak berapa nak sihat. Badan rasa macam sakit sakit.
Tapi dalam sakit pun, cikyan nak share something.
Mungkin ada sesetengah yang tak tahu.
So cikyan nak share sikit, memandangkan cikyan pernah belajar pasal ni dulu
Sedikit sebanyak boleh la refresh balik apa yang cikyan pernah tahu dulu :)

GINJAL A.K.A BUAH PINGGANG


LOKASI

lebih dikenali sebagai buah pinggang adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang.

KEPENTINGAN

untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh

BAGAIMANA BERFUNGSI

Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis keluar oleh buah pinggang melalui air kencing.


FUNGSI UTAMA

Untuk menyingkir sisa buangan
Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil "urea" dan "kreatinin".

Untuk mengawal jumlah cecair dalam badan
-membantu membuang lebihan cecair dari darah.

Untuk mengawal tekanan darah
Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.
-menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

Agar tulang kekal sihat.
-mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah


Jika buah pinggang anda secara beransur-ansur kehilangan fungsinya, perkara berikut akan berlaku:
·         Buah pinggang tidak menapis darah anda dengan baik
·         Buah pinggang tidak mengeluarkan lebihan cecair dengan baik

BAGAIMANA SAYA TAHU GINJAL SAYA TIDAK BERFUNGSI DENGAN BAIK?

*Gejala penyakit buah pinggang boleh berbeza mengikut individu.  Malah, ada orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mungkin tidak berasa sakit, atau mereka tidak boleh sedar tentang perubahan yang berlaku.
*Selalunya, sesetengah orang mungkin mula berasa kurang sihat, sehingga fungsi buah pinggang mereka telah merosot dengan ketara. (silent disease)



*next cikyan share pasal penyakit yang melibatkan buah pinggang pulak k :)

Wednesday, 10 January 2018

REVIEW : THE GREATEST SHOWMAN

Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Pepagi ni cikyan nak review cerita cikit.
Cerita the greatest showman.
Semalam pi tengok.
Balik kerja terus pi tengok. Excited sebab tengok orang komen best kan.
Totally puas hati sebab jalan cerita menarik !


Semua manusia pelik dalam nih,
Semua dengan karakter berbeza. Haha !

Jom tengok video sikit larr..


Cerita ni mengisahkan tentang kisah Barnum yang menjalankan pertunjukan sarkas.
Pada mulanya tak menjadi sebab sarkas nya hanya terdapat benda benda yang mati, kurang menarik minat penonton. Suatu hari, barnum mendapat idea untuk membawa masuk manusia pelik (manusia pendek, berbulu, bertatu dan lain lain) ke dalam sarkasnya. Mulai dari hari itu, sarkasnya mendapat perhatian dan menjadi terkenal. Namun, tidak kepada golongan bangsawan kerana mereka menganggap pertunjukan itu sebagai sesuatu yang bodoh dan mengaibkan. Dengan pertolongan rakan niaganya, hal itu dapat diselesaikan. Namun setelah berjaya, barnum telah lupa diri. Dan seterusnya..... ada konflik lain yang terjadi. Konflik apa? Tengok sendiri okey. Haha. Tengok bagaimana mereka berganding bahu untuk bangunkan semula sarkas mereka yang musnah dalam kebakaran.

Totally cerita ni cikyan rasa best sangat sebab ada lagu lagu yang best. Semua lagu sedap didengar. So takde la bosan kan. Menarik la. Tak rugi kalau tengok sebab tak bosan.

Agak kalau bintang, cikyan nak beri berapa?

Mungkin 4/5. Totally best ! :)

PENCARIAN BLOGLIST 2018 BLOG FARHANNAJAFFRI

Assalamualaikum.
Petang ni cikyan nak join satu segmen bloglist ni.
Segmen ka, apa ka.
Saja la cikyan nak support blogger kita.


Kalau hampa nak join, boleh klik link kat atas nahh.


Antara syarat, kita kena follow la blog sis nih.
Cikyan memang dah follow, so settle.
Pastu kita kena review sikit pasal blog dia.
Kalau nak suh review, nak bagi pandangan memang cikyan tak pandai.
Sebab taktau nak kata sebab  cikyan masih baru.
So nak tulis apa pon taktau. HAHA !

Cikyan suka blog farhana ni sebab dia banyak share entry 
pasal benda yang cikyan taktau.
Contohnya pasal makanan baru keluar kat pasaran ka, apa ka.
Seriusly mmg byk benda cikyan tak pnah cuba lagi. haha
Pastu bagi cikyan blog dia tak berat, so mudah nak buka dan baca entry dia.
Sebab ada sesetengah blog tu berat, 
buat takdak mood nak buka dan baca.

Paling cikyan suka sebab dia suka review filem. 
Cikyan kadang tak sempat nak tengok,
so bila baca kita tau dah la cerita tu camna kan.
Kena pulak kalau cerita tu best kan :)
Okey itu sahaja.
Good luck untuk semua peserta tau !

Tuesday, 9 January 2018

GOT SURPRISE !

Assalamualaikum. 
Selamat pagi semuanya.
Dah masuk 2018 ni, 
bermakna cikyan dah berumur 28 tahun.
Harini dah 10 Januari, bermakna lagi 6 hari genap 28 tahun
Dah tua rupanya cikyan.

Semalam, masa nak keluar office,
dah siap kunci pintu, masuk lift turun tingkat G.
Buka pintu lift, abam pos ada depan pintu.
Cikyan malas nak terima barang, main lari2.
Bukan apa, sebab dah lepas waktu pejabat kan.
Last Encik Azman (officemate) cakap 
" takpe saya ambik, letak dalam kereta saya dulu. 
Esok saya bawak semula."
Fuhh lega. Kalau tak satu kerja nak bukak pintu semula.

Pagi ni, datang kerja, terserempak dengan Encik Azman.
Dia hulurkan bungkusan semalam kat saya.
Untuk awak sebenarnya.
Lahhhh yeke... Haaaahhahhhhhaaa...

Okey rasa dah dapat agak dari siapa.
Baca note kat depan bungkusan tu.
Nama kak ana. Tahu dah hadiah hari lahir rupanya.
Cumanya tak tahu hadiah apa.
Buka punya buka.... Tada...


Alolo comel. 
Beg balik kampung.
Baru usya beg ni haritu dia bawak balik kampung.
Baru plan nak beli kat dia.
Last last dia beri hadiah kat kita pulak. 
Sape tak suka kan.. Hihi
Thank you very much la kakak !
I love u more laaaa.
U tunggu hadiah i pulak k nanti :)

Sekian berita hari ini. Babai !

Monday, 8 January 2018

LOVE BOOK !

Assalamualaikum...
Selamat pagi uolls..

Apa khabar harini, sihat ke tak?
Kalau tak sihat, rajin rajin la makan ubat ya..

Tadi cikyan blogwalking.
Terjumpa la satu dua rakan blogger yang share pasal buku.
Fuhh serius seronok tengok koleksi buku depa.
Buat tahun ni, cikyan baru beli satu dua buku novel
Itupun sebab nak cari idea untuk menulis.


Sebenarnya cikyan ni ulat buku.
Pernah bercita cita one day nak ada
satu bilik khas utk mini library.
Kat situ mesti penuh buku buku best mengikut genre.
Fuhh masih dalam angan angan cikyan jela,
dan harapnya akan jadi suatu kenyataan
suatu hari nanti.

Cikyan dah lama kurangkan baca novel,
sebab cikyan lebih kepada buku ilmiah. 
Dulu memang rajin beli novel, tapi sekarang dah kurang.
Banyak beli buku yang berbentuk keislaman sikit.

Total keseluruhan ada la lebih seratus buah buku rasanya.
Meh cikyan nak share sikit.
Pasni korang boleh share jugak okey
tajuk ape yang best utk cikyan beli
for the next purchase :)



Ni buku paling cikyan suka - Cinta high class.
Gaya penulisan tiptop ! 


Buku dari Hilal Asyraf - batu bata kehidupan :)
Best, banyak ilmu dalam buku nih.


 Ini buku Murabbi cinta - buku ketiga 
yg dalam kompilasi buku besar : Aku terima nikahnya.
Yang dua lagi tu pun cikyan ada :)


Ni sekotak buku buku cikyan. Ni gambar lama. Mungkin sekarang ni dah jadi sekotak - 
dua kotak- tiga kotak. Hihi


Ni yang dibeli masa pesta buku haritu.
Sebuah buku tak silap Rm5 ke Rm3 je rasanya.
Puas hati beli.


Okey next next entry cikyan share 
pasal buku lain pulak tau.
Sampai berjumpa lagi.

Sekian terima kasih :)

Sunday, 7 January 2018

REVIEW MOVIE : INSIDIOUS THE LAST KEY

Assalamualaikum.
Apa khabar uolss?
Pepagi nih cikyan nak review movie yang cikyan tengok kelmarin..

Cerita insidious the last key.



Cerita ni mengisahkan tentang Elise,
yang menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenali.
Dia diminta untuk menyelesaikan masalah " misteri" di rumah tersebut.
Malangnya,
rumah tersebut adalah rumah yang pernah Elise duduk suatu ketika dulu.
Dan sebenarnya Elise yang telah melepaskan hantu tersebut dari kurungan setelah Elise dikurung ayahnya yang sentiasa memukulnya.

Elise bersetuju untuk pergi ke rumah tersebut 
dan menyelesaikan masalah yang dia cipta.
Akhirnya Elise berjaya membuka rahsia sbenar...

Rahsia apa?
Haaa yang tu korang kena tengok sendiri okey.
Tak best la cerita semua.
Cerita ni bagi cikyan best jugak.
Cikayan penakut kalau bab hantu bagai ni, tapi still nak tengok.
So asyik terkejut ajela dari mula cerita tu.

Jom layan video pendek ni jap !


Kepada yang belum menonton,
Cikyan sarankan cepat cepat k !

MEK ZUMBIE 2K18 GIVEAWAY


Kalinih cikyan nak join giveaway satu blog nih :
Harap ada luck kali ni..






Okey mengikut syarat, 
cikyan kena tulis hadiah mana yang cikyan nak kan.

So....
Cikyan pilih nak hadiah novel..
Yang mana mana pun boleh.

Tapi kalau dapat yang dari alam lain pon okey :)


* Giveaway cikyan masih berjalan lagi tau tau tau :)
Mungkin dalam masa sebulan dari sekarang nak stop. 
Masih ada masa tau !