Saturday, 14 April 2018

Hilang

Diam tak diam, rupanya dah setahun lebih 
arwah emak meninggalkan kami semua. 
Cepat sangat masa berlalu. Rasa macam baru 
semalam berborak dengan emak.

Bermakna, sudah setahun lebih tak dapat peluk cium emak,
 tak dapat doa dari seorang emak. 
Tak dapat berborak dengan emak.

Setahun lebih yang lepas, masanya petang kalau tak silap, 
masa tu saya tengah bercuti kat kampung, 
ada terbaca kat facebook pasal pemergian 
seorang imam muda kat kampung. 
Sebelum tu ada juga terdengar 
pengumuman speaker masjid pasal berita ni. 
Dalam hati saya, saya berkata, ya Allah, 
orang baik pun Allah ambil cepat, lagi orang yang tak baik kan. 
Agak agak macam mana ya kalau kita yang Allah ambil, 
tanpa persediaan apa apa, entah bila. 
Bagaimana la cerita kita pula nanti.

Dalam hati, sesambil bermuhasabah, 
turut berdoa juga semoga Allah panjangkan doa emak saya 
( yang ketika itu masih hidup dan sedang menjalani 
rawatan dialisis - tahun ke enam) dan juga 
orang orang yang saya sayang. 
Terfikir juga macam mana la rasa, 
kalau Allah ambil mereka dari saya. Allahu rabbi.

Tiga hari selepas tu, masa saya bekerja di sepang, dapat berita, 
emak dah nazak. Masa tu memang emak dah dekat hospital. 
Sebab dah sehari admit ward. Sebelum tu memang dah niat nak balik, 
tapi bila tahu keadaan emak dah beransur pulih, 
saya batalkan niat sebab baru je balik. 
Ingat nak balik hujung minggu tu.
Masa dapat berita emak tengah nazak tu, adik kata, abah minta semua orang balik. Sebab takut tak sempat jumpa. 
Masa tu dalam pukul 4:30 petang. Allah, lemah lutut rasanya. 
Saya bergegas minta kebenaran untuk balik kampung.

Dalam pada nak menunggu kakak saya nak ambil untuk balik sama sama, 
pukul 4:45 petang dapat berita, emak dah tak ada. 
Allahurabbi, masa tu nak gugur jantung rasanya. 
Rasa macam gelap dunia. Ya Allah, syurga saya dah tak ada, sahabat hati belahan jiwa saya dah tak ada. 
Terduduk sekejap.

Sesampai kat kampung, rasa macam tak sangka je, 
sekujur tubuh emak terbaring kaku. 
Baru dua tiga hari lepas tengok muka emak, tengok senyum emak. 
Tapi hari itu, hanya mampu tengok jasad emak yang sudah tidak bernyawa. Allahurabbi.

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya dan adik beradik lain teman emak, menyantuni jenazah emak di saat saat akhirnya di dunia. 
Bukan mudah rasanya nak terima kehilangan seperti ini, 
lagi lagi apabila melibatkan orang yang kita sayang, 
orang yang banyak berkorban masa, jiwa, 
perasaan dan segala galanya dengan kita. 
Dalam terpaksa, saya relakan jua.

Semoga damai emak disana,
Berehatlah dengan tenang.
Semoga syurga buatmu wahai permaisuri hatiku.

Jangan risau, nanti bila Allah tanya tentang emak, yan akan beritahu, emak adalah anugerah terindah yang paling baik dalam hidup yan. Segala jasa dan pengorbanan emak dalam mendidik dan membesarkan yan, akan tetap akan dikenang sampai bila bila.

Al fatihah~
Allahyarhamah Rahimah binti Maail
30 Mac 2017
4:45 petang

* Nukilan ini bukan untuk menunjukkan betapa seorang aku sedih,
 tak redha, tapi untuk beritahu sesuatu iaitu 
' selagi mereka (ibu bapa) masih ada, 
santunilah mereka sehabis baik.
 Jaga makan pakai, jaga kebajikan mereka. 
Mereka ini harta yang paling bernilai yang kita ada kat dunia ni. 
Ibu dan ayah tak boleh ditukar ganti. 
Takkan sama dengan yang lain. Ya takkan sama. 
Selagi mereka masih ada, balik la jenguklah mereka. 
Buat yang terbaik, jangan pernah sekali pun abaikan mereka. 
Mereka syurga kita. Minta restu, minta doa mereka sentiasa. 
Sebab bila mereka dah tak ada, 
kita dah tak berkesempatan nak buat benda tu semua.

#airmata

13 comments:

  1. azah pun pernah merasa kehilangan cikyan. perit sangat bila hilang orang yang kita sayang. sebak sangat nak tahan perasaan rindu pada orang yang takkan kembali lagi :'( inalilahiwainailahorajiun. salam takziah cikyan. dah setahun 14 hari emak cikyan pergi dan sudah 11 tahun 9 bulan arwah abah azah pergi :'(

    ReplyDelete
  2. Allahu cikyan..saya pun tak ada emak, tapi ada emak tiri.tak boleh bayangkan saat kehilangan dia atau ayah nanti. semoga cikyan tabah. Alfatihah untuk arwah Mak

    ReplyDelete
  3. tak boleh bayang kan macam mana boleh hilang orang yang kita sayang? Sampai sekarang masih tak percaya lagi arwah abah dah takde. semoga mak cikyan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Hilang parents adalah benda yg paling Hana takut skali... takut sangat sampai Hana sanggup doa gila2 supaya Hana "bubyee!" dulu sebelum mereka :'( So,Hana faham sangat apa yg cikYan lalui... stay strong ok?! :')
    .
    Al-fatihah!

    ReplyDelete
  5. alfatihah cikyan :( hope tak putus doa kepada Arwah

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Ya Tuhanku..sedihnya CikYan..semoga Allahyarhamah Rahimah binti Maail di tempatkan di kalangan orang beriman dan dijauhkan siksa kubur..aamiin..

    ReplyDelete
  7. allahu. mek dah rasa kehilangan seorang bapa. tk merasa lagi takde mak. tapi rasanya kalau takde mak, rindu tu mesti menggunung. allahu.

    ReplyDelete
  8. Takziah cikyan.. semoga roh arwah mak cikyan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete
  9. Wow, incredible weblog format! How long have you ever been blogging for?
    you made blogging glance easy. The whole look of your web site
    is great, let alone the content material!

    ReplyDelete
  10. sedekahkan alfatihah kpd ibu kiranya rindu tu dtg, cikyan.
    semoga roh ibu cikyan di kalangan org yg beriman :)

    ReplyDelete
  11. Alfatihah buat ibunya cikyan, sudah tenang disisi-Nya Amin :)

    ReplyDelete