APAKAH SKIZOFRENIA
Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang
serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh
para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang
digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” ,
“orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia.
Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah-
ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya
adalah skizofrenia.
SIMPTOM SKIZOFRENIA
Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak
dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda
penting :
TANDA TANDA POSITIF
PSIKOSIS
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang
mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi
(hallucination).
DELUSI
kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di
pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar
dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu
pengetahuan yang ada pada pesakit.
Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:
Delusi paranoid
(paranoid or persecutory delusion)
Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau
organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan
atau membunuh pesakit tersebut.
Contohnya : percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun
ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap
untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .
Delusi kawalan (
delusion of control)
Mempercayai bahawa
perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa
dari luar tanpa kehendak diri sendiri.
Contohnya : tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di
paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai
makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.
Delusi pelik (bizarre
delusion)
Mempercayai dengan
kukuh sesuatu yang pelik.
Contohnya: percaya bahawa malaikat telah datang menyerang
bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.
Delusi grandiose
(grandiose delusion)
Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri
yang melampaui orang lain di dunia ini.
Contohnya : percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun
untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi
dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke
bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak
lagi.
Delusi nihilistik
(nihilistic delusion)
Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada
tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak
wujud lagi.
Delusi merujuk
(delusion of reference)
Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap
mengenai dirinya.
Contonya : percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya,
percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu
diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang
tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh
pesakit walaupun beliau cuba di cabar.
HALUSINASI
berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria
tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh
pesakit. Contohnya :
Halusinasi pendengaran
(auditory hallucination)
pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain
tidak dapat mendengar.
Second person
auditory hallucination
berlaku apabila
pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh
pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak
itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.
Third person auditory
hallucination
berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang
bersembang di antara mereka mengenai pesakit.
Contohnya : pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia
itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.
Running commentary
berlaku apabila
pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatannya
contohnya: “ dia sedang makan , dia bangun dari kerusi , terus lari”
contohnya: “ dia sedang makan , dia bangun dari kerusi , terus lari”
Thought echo
Halusinasi
penglihatan ( visual hallucination )
berlaku apabila
pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain,
contohnya : pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka.
Ini perlu dibezakan
dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi
secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi
sebenarnya adalah ikatan tali.
halusinasi somatik
atau halusinasi taktil
halusinasi bau
di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain
DISORGANISED SPEECH
Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal
dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi
jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa
yang disampaikan difahami.
Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun
bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit
dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:
irrelevant speech
Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli
saya.
incoherent speech
incoherent speech
Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi
Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang
diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.
mute
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu
bercakap sepatah jawapan pun
poverty of speech
atau bercakap sepatah dua sahaja
pressure of speech
banyak bercakap
echo lalia
Sesetengah pesakit
menjawab soalan dengan baik
dan terdapat juga yang menjerit-jerit
dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.
dan terdapat juga yang menjerit-jerit
dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.
DISORGANIZED MOVEMENT
Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit
skizofrenia adalah:
Mannerism
Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit
seolah-olah
mempunyai satu tujuan.
Contohnya : menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara
tiba-tiba
Streotype
Perbuatan
pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan
Contohnya : menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan ,
melambai - lambai dll.
CATATONIC
Catatonic rigidity
mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan.
mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan.
catatonic stupor
pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar.
pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar.
catatonic posture
postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut.
postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut.
waxy flexibilty
postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.
Psychomotor Agitation
terlalu banyak
pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.
Echopraxia
mengikut perbuatan orang lain
mengikut perbuatan orang lain
SIMPTOM NEGATIF
Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu
bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah
tidak mempunyai perasaan :
Alogia and poverty of
speech
bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan
perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat
yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang.
Flattening or
blunting of affect
Terlalu kurang
ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika
sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya,
seolah-olah anda bercakap dengan robot.
Avolition and
anhedonia
GANGGUAN EMOSI
Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan dan episod mania ( bipolar disorder),
Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat
diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.
Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak
sejajar dengan apa yang mereka fikirkan
( the affect is not
congruent to the thought) .
Contohnya : Fikiran
pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%).
Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau
dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.
GANGGUAN KOGNITIF
Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang
menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat
keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik
GANGGUAN LAIN
Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku
agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya
daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang
mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak
mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit
skizofrenia.
Nanti bebila Cikyan sambung part lain pulak tau !
Sesiapa yang nak tengok gambaran jelas pasal penyakit ni,
boleh tengok movie A BEAUTIFUL MIND.
Cerita ni best !
Wahhhh banyak yang Najihah tak tahu tentang penyakit ini
ReplyDeleteWuishh! Bahaya ni cikyan! T^T harap2 mental kita semua sihat2 belaka lah ya! ^^ thank you for the knowledge!!! <3
ReplyDeletethank you cikyan sbb bg contoh.. sbb klu xdk contoh mmg tak paham apa yg dimaksudkan....
ReplyDeleteskrg ni ramai sngt mental..so maybe kita pon ada salah satu jenis dlm diri kita yg kita sniri taktau
thanks for sharing...
ReplyDeleteon other note:
dulu suka baca blog Hilal Asyraf..ada jg beli novel dia..
mcm pia dlm cerita pukul 7 tv3.. hehe
ReplyDeleteilmiah sungguh artikel ini..
ReplyDeletememang bagus untuk dibaca untuk menambah ilmu pengetahuan
Terbaik Cik Yan kaji pasal penyakit ni. Macam pernah tengok filem yang tema camni. Rasa filem Syamsul Yusof. Apa entah tajuknya? Lupa. Hihi
ReplyDeletetakutnya kalau ada sakit ni :(
ReplyDeleteDulu masa kat u kena present tajuk ni la untuk english, nasib baik lulus..lega lepas settle tu
ReplyDeletethank you for sharing this sys. semoga kita semua sihat-sihat. takut pulak baca. huhuu
ReplyDeleteKeakadang rasa macam Zumal pun sejenis manusia skizofrenia...
ReplyDeletebagus perkongsian ni, biasa nya mesti kita merujuk istilah penyakit mental sedangkan banyak lagi cabang2 penyakit macam ni...
ReplyDeletewow thanks for sharing this! Rasa macam nak pergi jumpa pakar pulak check mental health
ReplyDeletenice sharing CikYan.. first time dngar Skizofrenia ni..huhu risau pula,
ReplyDeletesy mula kenal penyakit ni menerusi filem a beautiful mind
ReplyDelete