Thursday, 8 March 2018

Review Filem : KL Special Force


Assalamualaikum.

Selamat pagi uollsss !
Pepagi ni Cikyan nak ambik mood mereview
cerita KL SPECIAL FORCE nih.
Semalam balik kerja terus pi serbu Times Square
sebab baca review blogger kata
cerita ni best.

Language: Malay
Subtitle: English
Classification: P13
General Release Date: 08 Mar 2018
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 46 Minutes
Distributor: Skop Production, Astro Shaw
Cast: Syamsul Yusof, Rosyam nor, Fattah Amin
Director: Syafiq Yusof
Format: 2D



SINOPSIS

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM
 yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan
 sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. 
Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' 
melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik
 dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. 
Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar 
diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan 
menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit 
apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan,
 minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.
 Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan 
diantara anggota di dalam unit khas tersebut. 
Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa
 untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar 
dengan isterinya yang bernama Diana. 
Zul juga mengalami masalah yang sama 
dengan tunangnya Mia yang merupakan 
anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior. 
Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila 
Geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. 
Apakah rahsia tersebut? 
Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?


Syamsul Yusof sebagai Asyraff


Rosyam Nor sebagai Roslan


Fattah Amin sebagai Zul

REVIEW BY ME

Totally Cikyan rasa cerita ni sangat best sebab
lakonan diorang mantap.
Jalan cerita pun sangat baik,
memula cerita je dah scene rompak rompak.
Seriously cerita dia tak bosan sebab jalan cerita dia 'cepat'.
Sebab ada sesetengah cerita yang slow je,
macam bosan je kan.
Kisah polis nak tumpaskan geng jahat 
yang suka sangat merompak.
First time Cikyan tengok polis main cakap je,
tak ikut prosedur macam dalam gerak khas tu.
Cerita dia ada selit unsur lawak jugak.
Seriously, cerita ni ada pengajaran di akhirnya.
Lepas tu cerita ni juga mampu memanipulasi otak Cikyan,
sebab kena fikir dan teka,
sebenarnya siapa yang jahat dan bersubahat 
dengan Asyraff ni?
Serius kejap rasa Roslan yang jahat,
kejap rasa Zul yang jahat.

REVIEW PELAKON

Jujurnya nak kata,
banyak improvement yang Fattah Amin dah buat
lagi lagi melalui lakonan ini.
Lakonan nampak lebih bersahaja berbanding dulu.
Biasa la kan, filem pertama kot.
Ko nak expect macam mana lagi dari dia?
Lepas tu scene dia best jugak la
sebab main lompat lompat atas bas semua.
Haaa, yang tu scene Fattah Amin.
Walau Cikyan tau bukan dia yang buat scene tu sebenarnya,
tapi totally salute la gak.
*Update terbaru :
Terkezut bila baca semula rupanya
scene stunt dia buat sendiri larr.



Seriously Cikyan suka watak Rosyam Nor.
Nampak gagah you.
Dia ni anggota polis,
sebab terlalu sibuk sampai takda masa untuk family.
Gerun jugak la den bila tengok dia bagi penampo sebijik
kat bini dia sebab tak faham kerja dia.
Lepas tu scene dia terpaksa hadap perompak penyamun tu dengan
sorang dua je back up sebab polis yang lain tersilap plan.
Nervous la youu !



Macam biasa la,
Syamsul Yusof pulak,
Kalau dia jadi samseng pun, 
tentulah samseng yang kacak kan. HAHA !
Gaya lakonan pun, superb !
banyak la peningkatan dari dulu masa mula mula berlakon kan.
Tapi bagi Cikyan dah ok sangat dah tu.


Barisan pelakon dan pengarah



Totally cerita ni sangat best
dan korang patut tengok.
Very recommended !
Cikyan bagi rate 5/5.
Boleh baca kat blog nih 
kat blog ni review dia lagi superbb !
Dan sebab Cikyan baca review dari dia laa, 
Cikyan pergi serbu wayang. HAHA !

Cikyan dah tengok, anda bila lagi?
Semalam dapat large popcorn free masa beli tiket ni.


Cikyan dapat popcorn je semalam.
Tshirt tu taktau free ka apa ka..
Korang pi usya sendiri la nah ☺☺☺

Selamat menonton uollss !




*Notakaki :
 Eh apasal banyak gambar Fattah Amin dalam blog haakuu ni?
Marah Fazura nanti. Ahakkss !




14 comments:

  1. mmg best kan? dato' rosyam ckp aritu kt kami, dia hrp filem ni box office sbb dia rs mcm dah lama filem melayu x dpt box office

    ReplyDelete
  2. dah tgok semalam pembikinan cerita ni kat astro ria. nampak macam best!

    ReplyDelete
  3. Baca dekat blog Hans jugak yang kata citer ni best, CikYan kasi 5star maknanya memang betul2 best la ni

    ReplyDelete
  4. thank you for this review cikyan..Syafiq Yusof punya filem mmg best best...
    in the list nowwww

    ReplyDelete
  5. menarik juga cerita nie..

    lebih -lebih review ramai kata lakonan fatah amin semakin mantap

    ReplyDelete
  6. Cikyan tengok wayang tak ajak Hana pun >_< hehehe nice review <3

    ReplyDelete
  7. terima kasih sudi letak link blog saya
    hehehe

    ReplyDelete
  8. terbaek.. mcm best cerita ni..

    ReplyDelete
  9. tak nak tgk hahah sbb x minat fattah XD

    ReplyDelete
  10. Wahh...nie yang rasa tak sabar nak tunggu online..bleh la pegi tengok nanti..

    ReplyDelete
  11. ha..yang ni rasa teruja nak tengok. Teruja ramai kata Fattah Amin dah tak kayu

    ReplyDelete
  12. Macam menarik tambah-tambah bila ramai yang memuji lakanan Fattah..

    ReplyDelete
  13. wahhhh,, fattah amin berlakon makin best kan .. hmm , ain xtgk lagi movie ni. rasa mcm nk tgk plak baca review awak. :)

    ReplyDelete
  14. Suka sangat filem yang ada Datuk Rosyam berlakon...

    ReplyDelete