Assalamualaikum.
Selamat kembali bekerja uollss!
Apa khabar?
Okey tanpa panjang lebar,
Cikyan nak meneruskan agenda seperti tajuk di atas.
Tajuk buku : DARI ALAM LAIN
Penulis : HELMI EFFENDY
Rate : 5/5
Rate : 5/5
Buku ni Cikyan dapat dari giveaway MekZumbie.
Last but not least, thanks MekZumbie bagi buku yang best nih !
Seriously ni buku pertama -bergenre seram yang Cikyan baca.
Sebelum ni pernah la baca, tapi mesti tak habis.
Pernah la baca buku macam tamar Jalis semua tu,
tapi tak pernah habis.
Bukan sebab ta best, tapi sebab takut, HAHA !
Kalau pernah baca pun dan habis pun, buku Hadi Fayyadh tu jela.
Serius sebab Seketui Cikyan ni amat amat la penakut.
Kalinih serius boleh habis.
Buku ni tebal. Serius walau tebal tapi tak bosan.
Sebab baca awal awal tajuk pun, dah best dah.
SINOPSIS
Mereka ialah pemburu hantu.
Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster.
Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian,
kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri.
Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul
dan mengenali ibu ayah mereka.
Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk
ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka
yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil
sebagai relung dengan tempat-tempat seram.
Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung,
tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan.
Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung.
Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali.
Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan
kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.
Okey kat atas tu confirm la kan
sinopsis dari cover belakang kan.
Ahaks..
Satu yang Cikyan boleh cakap, buku ni best gila.
Buku pertama Cikyan baca,
walaupun pada asalnya Cikyan ni penakut,
Tapi terasa nak jugak habiskan.
Serously cerita dia memang sangat menarik.
Walau mungkin la kot ada unsur tokok tambah,
ternyata penulis mampu buat cerita tu menarik sangat.
Dari satu bab ke satu bab,
penulis seolah olah bawa kita sekali ke dunia tu.
Kisah Badruz Zaman dan Citra Adra yang mencari relung.
Dalam pada nak cari relung mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi,
yang setiap satunya amatlah mendebarkan.
Bermula dengan kisah kat Universiti Tun Dr mahathir, dimana mereka menyingkap kisah asal lagu ulit mayang.
Seram bulu roma huii. Kat sini boleh tau la pasal ulit mayang tuh.
Lepas tu kisah kat genting,
and then ada pulak kat zaman kesultanan melayu melaka.
Kisah kat hotel, di ikuti kisah orang hilang kat muzium patung lilin,
yang mana akhirnya patung tu bernyawa.
Lepas tu mereka sebagai pemburu ditugaskan mencari
anak perdana menteri.
Lepas tu tersesat dekat perkampungan yang hilang
dalam peta dunia dan terpaksa berhadapan dengan perempuan berkebaya merah dan lelaki berkapak.
Lepas tu mereka diduga pula dengan kematian,
lepas satu satu kematian rakan pemburu-
orang yang mereka sayang sangat.
At last paling mendebarkan bila mikhael nak hidupkan balik
sang penguasa yang jahat bila dah berjaya kumpul ketiga tiga benda
yang mengurung penguasa tu.
Berjaya ke tidak?
Suspens kan..
Nak tahu berjaya ke tidak,
korang kena baca sendiri k.
Seriously best.
Bila dah habis baca buku ni,
buat Cikyan rasa macam nak kumpul
koleksi buku seram pulak.
Macam best je oii tengok hitam hitam je latar belakang tu.
oh ya, KakSha pun pernah review buku ni
suatu ketika dulu
boleh baca kat SINI
Bila fikir kelakar pulak.
Orang dah lama review,
Cikyan baru nak mereview harini.
Okey la daripada takde. Yedokkk?
Ahaksss..
Sekian berita review untuk hari ini.
Semoga berdesup korang pi cari buku ni okeh ~
omaiii mmg tgh mencari buku genre seram..wahhh tanks sbb suggest buku ni
ReplyDeletesinggah sini...
ReplyDeletesinggah sini.. rajin sis review..
ReplyDeleteHuii..macam best je bila ada part asal usul mayang kulit, dengar mayang kulit tu pun dah seram..
ReplyDeletetajuk dah serammm tapi isinya macam nampak menarik!
ReplyDeleteHuii macam best je jalan ceritanya. Zumal nak cari la buku ni nanti
ReplyDeletebaca sinopsis pun dah takut cik yan! hahaha aida pun takut nak baca genre seram niee.. hahaha
ReplyDeletewah
ReplyDeletenampak best nih
seram2 memang seronok dibaca
banyak betul hantunya, sepesen yang takut jugak ni hahaha
ReplyDeletesama sama! takleh sangat kalau ada bab seram seram ni :D
DeleteKalau Hana baca ni confirm insomnia hahaha! ^^ btw nice review cikYan :3
ReplyDeletehahaha. sama la kita hana! terbawak dalam mimpi.
ReplyDeleteni kalu diangkat sbg filem boleh pevah panggung ni
ReplyDeleteyg ni aida pun setuju.
Deletefilem seram feveret aida.
tapi baca novel seram, tak brape minat ha ha ha :)
untung dapat novel penulis Helmy Effendy yg ini, saya pun nak juga..jeles haha..saya pernah baca novelnya The Lost World, bagi 5/5 juga, best sangat..cz terasa mcm dalam cerita tu juga..
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu review lain dari cikyan. Sila review banyak lagi tau :) Hehe
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletegenre seram???
ReplyDeletewow! mesti tension time baca ekk :)
bila tension, berjaya le writer nyer sampai kan citer.
salam, ada sesiapa nak jual tak novel ni? saya nak beli novel dia, baru feel baca guna buku huhu
ReplyDeleteaslm, ade sesiapa nak letgo novel ni? sy mencari buku diaa huhu
ReplyDelete