Dewan peperiksaan kelihatan lengang. Peperiksaan kertas
terakhir iaitu subjek anatomi baru sahaja habis diduduki oleh semua pelajar.
Setelah loceng dibunyikan, kelihatan para pelajar bergegas keluar dari dewan.
Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Kemungkinan mereka mahu melepaskan
segala beban yang ditanggung sepanjang minggu peperiksaan. Mungkin mereka mahu
tidur atau keluar berjalan jalan. Aku
juga kadangkala begitu, setiap kali habis peperiksaan sewaktu di sekolah
menengah dulu, aku akan merasa lega yang amat sangat. Biasanya aku akan keluar
awal dan cepat cepat pulang ke rumah
untuk tidur.Melepaskan segala beban yang berkumpul dikepala. Namun tidak pada
kali ini. Aku yang sengaja memilih untuk keluar lewat masih lagi mengemas alat
tulis yang masih berterabur di meja.
“Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab kesemua kertas
peperiksaan. Aku sudah melakukan sehabis daya, semoga aku mencapai target
seperti yang aku idamkan. Usaha sudah, tinggal tawakal sahajalah. “ desis hatiku.
Sedang aku berkira kira untuk pulang, Izzah yang kedudukan mejanya berada berada di hujung dewan menghampiriku.
“ Zu, terima kasih tau. First time aku rasa macam aku
menjawab peperiksaan tu sambil tersenyum. Topik yang kita target tu masuk exam.
Sukanya aku! ” Izzah terjerit kecil lalu memelukku secara tiba tiba. Aku yang
melihat hanya mampu menggelengkan kepala sambil membalas pelukannya.
“ Alhamdulillah. Kita usaha sama sama kan. Takyah la kau
berterima kasih kat aku. Mungkin kebetulan sahaja kan topik tu keluar.” Kataku
pendek.
“Jom aku belanja kau makan kat kantin, sebagai membalas budi
baik kau tolong aku.” ajak Izzah sambil menarik tanganku menuju ke kantin.
Aku yang kebetulan memang belum makan sejak pagi tadi
menerima pelawaan itu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengikut
langkah Izzah ke kantin kolej. Kantin yang kedudukannya agak jauh terletak di
bahagian tepi kolej, membuatkan kami terpaksa melalui sebuah dewan kuliah.
Dewan kuliah pelajar sem enam. Didalamnya masih terdapat beberapa orang pelajar
senior yang membuat perbincangan secara berkumpulan. Melihatkan kelibat abang
Hakimi, ketua kumpulan majlis orientasiku, aku menjadi tidak keruan. Bukan
kerana abang Hakimi aku jadi begitu. Semuanya kerana aku tahu, dimana ada abang
Hakimi, pasti akan ada juga Syamil, rakan baiknya merangkap kawan sebiliknya. Dan
seperti kebiasaan, apabila berhadapan
dengan mahkluk yang satu ini, pasti aku akan rasa sesuatu. Dalam hatiku berdoa,
semoga dia tiada disitu. Sungguh sejak peristiwa di majlis orientasi itu, aku
jadi malu untuk bertentang mata dengannya.
Tambahan pula, baru baru ini, aku sudah terlanggar dia sewaktu keluar
dari kelas. Lagi aku rasa seperti darah merah naik ke seluruh muka.
Seperti kebiasaannya, sesuatu yang kita mahu elak itulah
yang akan terjadi. Semasa melintasi pintu hadapan dewan kuliah itu, aku
terpandang wajah Syamil yang kebetulannya, sedang melihatku. Dia memandangku agak lama
sebelum melarikan pandangannya kearah lain setelah tersedar bahawa aku juga
sedang melihatnya.
“Mungkin dia juga malu sepertiku. Hmmm, tetapi dia lelaki,
kenapa dia harus malu. Tak mungkin malu. Atau mungkin dia sibuk. Hmmmm…” desis
hatiku.
Dihadapan Syamil, seorang perempuan yang bertudung sopan
sedang melihatku dengan pandangan yang agak lama. Dia cantik, namun mukanya
agak masam. Tak tahu apa puncanya. Renungannya membuatkan pandanganku beralih kearah
lain. Tiba tiba aku rasa seperti tidak sedap hati. Aku memanjangkan langkahku
menuju ke kantin kolej.
Selesai mengambil makanan dan membuat pembayaran, kami pergi
ke meja makan yang disusun kemas di situ. Kelihatan beberapa orang pelajar lain
yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Bau kari ayam yang datangnya dari
makanan yang kuambil itu, menusuk hidungku. Lalu aku suapkan nasi berserta kari
ayam itu, satu persatu ke mulutku. Agak gelojoh kerana sememang sejak dari pagi
aku tidak menjamah walau sebutir nasi pun.
Izzah yang melihatkan tingkahku hanya melopong. Deringan telefon Izzah
memaksa dia untuk menjawab telefon yang sedari tadi berbunyi. Mahu makan pun
susah. Ada saja yang mengganggu.
Tiba tiba, seorang
pelajar pelajar perempuan yang tidak pernah ku kenali datang menghampiriku. Dia menghulurkan sehelai kertas kepadaku.
“ Awak, ada orang suruh saya beri ini kepada awak.” Katanya
ringkas sambil memusingkan badan untuk pergi.
“Awak siapa? Dan ini, apa? “ tanyaku pantas seterusnya
menghalang pelajar itu pergi begitu sahaja.
“ Saya Alia, pelajar sem tiga diploma pengurusan. Ini abang senior yang suruh saya
beri surat ni pada awak. Dia tak beri saya
beritahu awak siapa dia.” Katanya pendek lalu berlalu pergi, membantutkan
perancanganku untuk bertanya lebih lagi.
Aku mengeluh. Lipatan kertas itu kubuka
lalu kubaca isinya.
Cantik. Secantik
namanya. Semoga akhlaknya juga secantik itu. InshaAllah.
“ Allah, malunya aku……” ringkas ayat yang keluar dari
mulutku. Aku terkedu membaca barisan ayat itu. Aku Yang sedari tadi laju
menyuap makanan ke dalam mulut, berhenti seketika. Mukaku merona merah. Tulisan
tangan ini sama seperti tulisan tangan yang aku terima tempoh hari. Ini adalah
orang yang sama. Aku tahu aku sedang diperhatikan. Aku tahu, sidia yang misteri
itu sedang menegurku setelah melihatku makan dengan gelojoh tadi. Aku melihat
sekeliling mencari sesuatu yang ganjil sebelum menjatuhkan pandanganku pada
kertas tadi. Aku menyorokkan kertas itu di dalam beg sandang yang kubawa tadi. Aku
perlu sembunyikannya dari pandangan Izzah. Aku termenung sendirian.
“ Apa tu?” Tanya Izzah ringkas setelah menamatkan
perbualannya di telefon.
“ Errr tak ada apa apa.. Hmmm, lepas makan kita keluar nak?
Kita window shopping lepas tu kita jalan jalan. Nak tak? Harini kan kita dah
bebas .” Jawabku ringkas sambil mengalihkan topic perbualan. Aku menghadiahkan
sebuah senyuman yang dibuat buat kepada Izzah dengan harapan dia akan termakan
dengan ideaku seterusnya melupakan hasratnya untuk bertanya dengan lebih
lanjut.
“ Hmmm boleh jugak. Bijak sungguh idea kau tu. Aku dah lama
tak shopping.” Jawabnya sambil tersenyum penuh makna. Izzah dan shopping, berpisah tiada. Dia memang
amat gemarkan window shopping. Kalau dulu, hampir setiap hujung minggu dia akan
keluar untuk window shopping. Ada kalanya dia akan membawa pulang barang barang
yang dibelinya. Ada kalanya dia balik dengan tangan yang kosong.
“ Jomlah kita pergi sekarang.” Ajaknya sambil menarik
tanganku untuk bangun. Aku memandang nasi dan kari ayam yang masih berbaki di
dalam pinggan. Alahai ruginya. Belum habis lagi, aku sudah diminta untuk bangun
dan balik ke asrama sebelum kami keluar.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Setelah turun dari bas, kami berjalan menuju kearah Pasar
Siti Khadijah. Pasar Siti Khadijah merupakan salah sebuah pasar yang agak
terkenal di Kelantan kerana ianya kerap dikunjungi pelajar dan pelawat dari
negeri lain. Disini terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan, baju,
buah buahan dan sebaganya. Aku juga, semasa bulan bulan pertama aku menjejakkan
kaki di Kelantan, aku selalu mengunjungi
pasar ini. Hal ini kerana, disini terdapat pelbagai barangan yang pastinya
mampu menarik minat setiap mata yang memandang.
Izzah menarik tanganku sambil berjalan menghala ke sebuah
kedai yang terletak di tingkat dua. Di kedai itu, terdapat banyak tudung dan
selendang yang mengikut fesyen terkini. Mataku tertancap kepada sehelai tudung yang berwarna hijau muda yang
tergantung di dalam kedai tersebut. Rekabentuknya yang ringkas menarik
perhatianku. Ringkas tetapi menepati citarasaku. Aku mencapai tudung itu dan
membelek belek. Semenjak aku dipaksa
untuk bertudung oleh Puan Fatimah, sedikit sebanyak telah mengubah perwatakan
dan kegemaranku. Jika di kolej aku diperhatikan oleh Pensyarahku, di asrama
pula, aku dinasihati oleh Izzah. Jujur, aku begitu kagum dengan dirinya.
Walaupun dilimpahi dengan kemewahan, dia tetap menjaga agamanya sebaik mungkin.
Izzah banyak memberiku tunjuk ajar mengenai ilmu agama, mengajarku cara memakai
tudung dengan sempurna dan sebagainya.
Mungkin kerana aku satu bilik dengannya, segala apa yang menjadi tindak
tanduknya, sudah mempengaruhi diriku juga. Aku bersyukur. Kini aku sudah mampu
bertudung dengan sempurna. Cuma sikap kasarku masih perlu diubah lagi.
“ Kau suka yang itukah?” Tanya Izzah kepadaku. Pertanyaannya
membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Rupa rupanya sedari tadi aku masih
memegang tudung itu.
“ Ehh taklah. AkU tengok tengok je. Macam cantik pula yang
ni kan. Tengok tengok aje, tak salah kan? ” Balasku ringkas. Aku sebenarnya
hanya mahu menemani Izzah mencuci mata
disini. Sesekali keluar merehatkan minda, mampu memberikan kepuasan buat
diriku.
“Ohh ingatkan kau suka. Kalau tak aku nak belikan. Boleh aku hadiahkan kepada kau. Kau kan baru belajar bertudung.” kata
Izzah ringkas sambil menyambung membelek tudung yang sedari tadi dipegangnya.
Setelah puas mencuci mata, kami berjalan menuju ke sebuah
kedai makan berhampiran pasar tersebut.Izzah yang menjinjit beberapa beg plastik, meletakkannya di atas kerusi. Aku yang masih kekenyangan kerana baru
sahaja makan tengahari, hanya memesan minuman. Izzah pula memesan rojak buah yang menurutnya, sangat sedap dan menyelerakan. Kami berborak agak lama disitu
sebelum menyedari akan kehadiran sekumpulan pelajar perempuan, iaitu senior di kolejku ke kedai itu. Aku cuba menghadiahkan sebuah senyuman apabila
pandanganku bertemu dengan pandangan salah seorang daripada mereka. Namun, dia
hanya menunjukkan wajah yang masam kearahku sambil berbisik sesama mereka.
Aku merasa agak keliru lalu hanya
membiarkannya sahaja. Sekumpulan senior tadi duduk berhampiran dengan meja yang
kami duduki.
Setengah jam kemudian, salah seorang daripada mereka datang
menghampiriku lalu mengambil tempat duduk disebelahku. Izzah yang hanya
memandang situasi ini hanya membiarkan sahaja. Izzah terus menyuap rojak buah ke dalam mulutnya.
“ Awak Zulaikha kan?” tanyanya ringkas, namun perlahan.
Cukup didengari aku dan dia.
“ Errr ya saya Zulaikha. Akak ni siapa ya?” tanyaku
kehairanan. Kulihat Izzah sudah mula menjeling jelling kearah kami.
“ Kau tak perlu tahu siapa aku. Cuma aku minta supaya kau
jangan ganggu Syamil lagi. Dia aku punya.”
Katanya seolah memberi arahan kepadaku. Suaranya yang sedikit meninggi
itu, mambuatkan aku menjadi sedikit terkejut.
“ Errrr sorry, maafkan saya. Kenapa tiba tiba saya dikaitkan
dengan Syamil ni? Saya tak faham la…” tanyaku
kehairanan. Angin tak ada, ribut tak ada, entah kenapa pula namaku yang
dikaitkan. Berborak dengan Syamil pun tak pernah, lagikan mahu ganggu Syamil.
Ada yang tak kena agaknya ni.
“ Tak ada apa, Cuma aku minta, kau jangan ganggu dia lagi.
Faham?” Arahnya perempuan itu sambil menggenggam tanganku dengan kuat seolah
olah memberi arahan kepadaku. Aku yang tidak tahu hujung pangkal hanya
menganggukkan kepala, malas mahu layan sebenarnya.
“ Maaf ya, apa masalahnya ni?” Izzah yang sedari tadi hanya
mendengar perbualan kami, menyampuk secara tiba tiba.
“Tak ada apalah, bukan hal kau pun. Jangan masuk campur.
Boleh?” katanya sambil memandang Izzah. Lalu perempuan tersebut bangun lalu
berjalan menuju ke arah rakannya berkumpul.Aku yang masih keliru memandang
Izzah dengan perasaan yang kosong.
“ Apa perempuan tu nak kat kau?” Tanya Izzah kepadaku. Izzah yang sedari tadinya hanya khusyuk menikmati rojak buah itu, mengalihkan pandangannya kepadaku.
“Kau kenal Syamil?” Tanyaku ringkas.
“Syamil? Hmmmm, kenal. Pelajar tahun akhir diploma
pengurusan. Yang glamour tu kan? Hampir semua pelajar kenal dia. Budak perempuan dalam kelas kita
pun ramai yang sukakan dia. Mustahil la kalau aku tak kenal.” Kata Izzah.
“ Ya, betul la tu. Kakak tadi tu bagi aku amaran supaya
jangan kacau Syamil. Aku tak faham, kenapa aku pulak kena warning macam tu. Aku
bercakap dengan Syamil tu pun tak pernah, lagi nak kacau dia. Betul betul pelik!”
Kataku panjang lebar.
“ Oh perempuan tadi tu. Kau kenal dia tu siapa?” Tanya Izzah
kepadaku.
“ Sejujurnya tak. Cuma aku macam pernah nampak muka dia.
Tapi tak pasti kat mana. Oh ya, dialah perempuan yang duduk di depan Syamil
sewaktu di dalam kelas tadi masa kita melintas tadi.” Jawabku pantas.
“ Namanya Ruhaila, sekelas dengan Syamil. Dia tu bekas
kekasih Syamil. Aku pernah dengar gossip, perempuan tu, sampai sekarang masih tergila
gilakan Syamil. Tetapi, dengar khabar, Syamil dah tak suka kat dia dah. Sebab mereka
berpisah pun berpunca dari perempuan tu juga la. Dasar nenek lampir. Kau tahu,
mereka cakap, perempuan tu dulu, pernah tinggalkan Syamil kerana dia jumpa
lelaki lain. Kebetulan, kekasih dia tu orang kaya. Gelap lah mata dia.
Penyudahnya, bila lelaki tu tinggalkan dia, dia terhegeh hegeh pula kat Syamil.
Kau rasa Syamil nak ke terima balik perempuan mata duitan macam tu?” jelas
Izzah panjang lebar. Aku yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala. Kuat
juga penangan aura Syamil, sehinggakan perigi sanggup mencari timba.
Mengenangkan gelaran nenek lampir itu, membuatkan aku tergelak seketika sebelum
berfikir sesuatu.
“ Tetapi kenapa aku pula yang kena warning ni? Apa salah
aku? ” kataku pelik. Aku melihat kumpulan senior tadi mula meninggalkan kedai
makan itu. Ruhaila yang baru bangun dari kerusi itu menghadiahkan jelingan
tajam kepadaku. Lalu aku yang masih lagi kebingungan ini, melarikan pandangan kearah
lain.
“Dasar nenek lampir, ada hati nak menjeling aku.” Omelku sendirian.
Setelah kumpulan senior itu hilang dari pandangan, kami memulakan perbualan
semula.
“ Kau tak payah fikir sangat la Zu, dia tu bukan boleh buat
apa apa. Aku rasa ni mesti kes cemburu ni kan? Biarlah dia, abaikan sahaja. Tak
guna kau layan perempuan macam tu. Muka sahaja cantik, tetapi perangai, nauzubillahminzalik ! “ nasihat Izzah kepadaku.
Aku yang mendengarkan nasihat itu hanya mampu mengeluh dan
termenung lama sebelum Izzah menarik tanganku untuk pulang ke asrama. Aku
mengikut langkahnya dengan longlai. Fikiranku mula memikirkan masalah itu. Mengapa
aku yang dipersalahkan? Mengapa perlu nenek lampir itu memberikan amaran
kepadaku? Oh Syamil, musibah apa yang cuba kau bawa ini. Sungguh, aku keliru.
Jangan2 Syamil kot yg bagi ayat power tu kat Zu hahaha! ^^ cepat2lah post next chapter ya cikYan hehehe good luck!!! :3
ReplyDeletedone baca, next chapter pls...makin best plak bila baca.."Dasar nenek lampir ada hati nak jeling aku" hahaha
ReplyDeletebiasanya kalau dulu2 tak suka, mesti lama2 jatuh cinta. hahaa
ReplyDeleteHahaha..dasar nenek lampir. Okay yang ni kelakar
ReplyDeletecepat sambungggggg. nak baca lagi kesudahannyaaa
ReplyDeleteaihhh syamil ni nsem betul nie sampai orang berebut.. hahaha
ReplyDelete"aku yg mendengarkan nasihat..." = "aku yg mendengar nasihat.."
ReplyDeleteIka baca lama dh tapi lupa nak letak komen. Hehe. Cikyan ni saje je buat mcm tertunggu tngu nak baca lagi. Up lagi tau ccpt kit hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah selasai baca bab 5, banyak betul peminat Syamil tu...
ReplyDelete