Tuesday 20 February 2018

Izinkan Aku (Bab 4)




Assalamualaikum.

Apa khabar?
Harinih Cikyan berniat nak sambung balik novel.
Harap ada yang sudi baca,
dan beri komen ya.
Beri komen yang murni murni ya !

Nak baca bab previous.
Boleh klik kat bawah ni.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Seawal pukul lapan pagi, aku sudah terpacak di hadapan perpustakaan kolej. Suasana di luar perpustakaan pagi ini agak sunyi. Seperti kebiasaan, hanya aku dan beberapa orang pelajar sahaja yang berada di sini pada hari cuti hujung minggu begini. Biasanya ramai pelajar memilih untuk keluar ke shopping mall untuk membeli belah. Ada juga yang memilih untuk balik kampung sekiranya hari ahad tiada jadual kelas. Bagiku, cukuplah sekadar berehat di bilik memandangkan kampungku jauh di Pahang. Perjalanan di atas bas sahaja sudah mengambil masa kira kira lapan hingga sepuluh jam. Cuti sehari dua sebegini hanya memadai untukku berehat diasrama ataupun mengulangkaji pelajaran. Memandangkan peperiksaan akhirku sudah hampir tiba, aku memilih untuk mengulangkaji diperpustakaan. Lebih berfaedah berbanding hanya tidur di bilik. Sekurang kurangnya, aku telah berusaha. Jika tidak berjaya mencapai targetku sekalipun, sekurang kurangnya aku sudah lakukan yang terbaik.

Setelah pintu perpustakaan dibuka oleh petugas perpustakaan, aku menapak ke dalam dan berjalan pantas menuju ke meja disebelah dinding. Disitu terdapat meja panjang dan beberapa buah kerusi yang tersusun rapi. Sengaja aku memilih kedudukan meja yang disusun sedikit tersorok dari pandangan, bertujuan untuk mengurangkan gangguan bunyi dan sedikit privasi buatku. Kedudukan meja ini adalah yang terbaik buatku kerana aku lebih suka mengulangkaji pelajaran dalam keadaan yang agak tenang dan senyap. Kukira, ilmu yang bakal aku ulangkaji sebentar nanti lebih senang masuk ke ingatanku sekiranya tiada gangguan. Setelah meletakkan buku nota ringkas yang tadinya kubawa ke atas meja, aku menuju ke barisan rak buku untuk mencari buku Anatomi, subjek yang bakal aku ulangkaji sebentar lagi. Aku membaca setiap label yang tertampal pada deretan rak buku tersebut. Setiap buku disusun mengikut kategori. Ada fiksyen, non fiksyen, ilmiah dan beberapa kategori lain. Setelah berjumpa dengan kategori yang aku inginkan, aku terus bergegas ke rak buku tersebut. Aku membuka buku berwarna hijau berkulit tebal yang di muka hadapannya tertulis perkataan anatomi manusia. Aku menyemak tajuk tajuk besar yang berada di bahagian depan buku tersebut. Sebaris senyuman terukir dibibir setelah aku menjumpai tajuk yang aku rasakan bersesuaian dengan topic yang akan aku ulangkaji sebentar lagi. Aku membawa buku anatomi berkulit tebal itu dan beberapa buku lain yang dirasakan perlu lalu kembali ke mejaku semula. Aku tidak mahu membuang masa hanya sekadar untuk mencari buku sahaja. Masih banyak benda yang perlu aku lakukan. Aku perlu belajar bersungguh sungguh. Aku perlu membuktikan kepada kedua ibu bapaku, aku adalah anak yang berguna.

Sedang aku membelek buku nota ringkas yang aku tinggalkan di meja sebentar tadi, aku melihat ada dua keping kertas yang terlipat terselit di dalamnya. Kertas berwarna ungu lembut. Pelik, kerana setahuku, aku tidak pernah meletakkan sebarang kertas atau apa apa sebagai penanda buku. Nak kata ada orang letak, aku rasa aku adalah orang pertama yang masuk di dalam perpustakaan ini. Tanpa membuang masa, aku membuka lipatan kertas pertama yang agak kecil berbanding kertas kedua. Rasa ingin tahu mula menguasai diri. Dari satu ayat ke satu ayat ku baca dengan penuh tanda tanya. Paduan ayat yang cukup membuatku rasa sesuatu.

“Dunia ini penuh dengan perhiasan, dan perhiasan yang terbaik adalah wanita solehah. Maka jadilah mawar berduri yang cantiknya apabila dipandang, namun berduri apabila didekati. ”

Lalu aku buka lipatan kedua, ada lirik lagu Puteriku sayang nyanyian Mestica.
Bait bait lirik tersebut aku baca dengan penuh tanda tanya.

“Pelik. Siapakah yang meletakkan kepingan kertas ini di dalam buku notaku. Siap dengan barisan ayat ayat yang sebegini. Ada mesejkah yang cuba dia sampaikan? Atau apa ya? Dan yang lagi pelik, masa bila pulak dia letakkan? Oh ya..mungkin semasa aku mengambil buku tadi, ada seseorang yang selitkan kat sini. Siapa ya? ” Aku mengomel sendirian sambil membuat perkiraan.

Sedang aku membuat kesimpulan, aku terlihat ada kelibat yang cuba bersembunyi di balik rak rak buku berdekatan denganku. Aku perasan “sidia” yang cuba bersembunyi itu, cuba melarikan pandangannya apabila aku cuba merenungnya dari jauh. Seorang lelaki berkaca mata. Siapakah dia? Aku cuba bangun untuk melihat siapakah yang agak misteri itu, namun bunyi deringan telefon membantutkan perancanganku. Skrin telefon memaparkan nama rakan sebilikku, Izzah.

“ Assalamualaikum.Ya Izzah,kenapa? Bila nak sampai? “ aku memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam. Aku dah kat dalam perpustakaan dah ni. Kau kat mana Zu? Aku tengok dari kaunter ni, macam taka da je kau. Kau kat belah mana? ” Tanya Izzah bertalu talu.

“ Aku kat sini la. Tengok ni aku lambai kat kau” Kataku sambil berjalan ke tengah perpustaakan lalu melambaikan tangan kearah Izzah yang masih berada di kaunter.

“ Ohhh okey.” Katanya ringkas setelah melihat susuk tubuhku lalu menamatkan panggilan.

Izzah Zahirah, rakan sebilikku yang sama bidang denganku dan selalu ada denganku dikala susah dan senang. Gadis yang berasal dari Selangor ini cukup menarik di pandangan mataku. Wajahnya yang ayu ditambah pula pakej berasal dari keluarga yang kaya membuatkan dirinya cukup dikenali di kolej ini. Dahlah cantik bertudung, kaya pula tu. Memang satu gandingan yang mantap. Berbeza dengan diriku yang agak bersifat kelelakian ini. Jauh sangat beza dengannya, seperti langi dengan bumi. Namunpun begitu, Izzah tetap menerima aku sebagai sahabatnya.

“ Eh apa kau angankan ni?” sergah Izzah apabila dia melihatku berkhayal. Suaranya yang agak tinggi itu menyebabkan bebrapa orang pelajar melihat kearah kami.

“ Kau ni kan, lambat sangat. Geram aku. Dah setengah jam aku tunggu tau kat sini. Janji pukul lapan, sekarang pukul berapa?” bebelku panjang lebar.

“ Uppss sorry, aku terlewat bangun tadi. Kau pun satu, kenapa tak kejutkan aku kalau dah tahu aku lambat?” balas Izzah, geram.

“ Uppss sorry. Aku ingat bantal busuk tadi. Tu aku tak kejut tu. Hahahahaha…” gelakku membuatkan muka Izzah bertambah mencuka.

“ Dah okey okey, aku minta maaf. Aku pun terlambat tadi. Aku nak cepat tadi sebab aku nak cop tempat yang hot ni, tempat puaka tau. Kalau lambat, nampaknya aku tak dapatlah duduk kat sini.” Ujarku panjang lebar. Ya, memang tempat ini menjadi tempat kegemaranku setiapkali aku mengunjungi perpustakaan. Kedudukannya yang strategik membuatkan aku memilih untuk duduk disitu. Agak tersembunyi dan jauh dari orang lain.

“ Jom kita mulakan, kita dah lewat ni. Jangan buang masa. Cepat lah kau ajar aku subjek semalam tu. Aku tak  faham.” Pinta Izzah kepadaku.

Aku mula menerangkan kepada Izzah tentang anatomi jantung sambil melukiskan gambar jantung di atas kertas. Lalu aku menerangkan pula fungsi setiap satunya. Sambil melukis, sambil jari jemariku membuatkan gaya seperti jantung yang sedang berdegup kencang. Izzah mula mengangguk angguk tanda memahami apa yang cuba aku sampaikan. Bagiku adalah satu kepuasan apabila apa yang aku ajarkan, sampai kepada Izzah.

“ Izzah, kau tahu, aku ada tips untuk kau lebih faham tentang topik ni. Tips ni boleh diterimapakai kalau kau rasa ianya mudah. Kalau tak kau boleh abaikan je. Kalau kau mahu cepat faham kan tentang sesuatu organ ni, kau mesti set dalam kepala kau, seolah olah kau melihat jantung tu depan mata kau. Kau nampak dia berdegup. Dan kau nampak aliran darah masuk ikut mana, keluar ikut mana. Cuba paksa diri kau untuk seolah olah nampak semua tu depan mata kau, walaupun hakikatnya, kau tak nampak. Dan nak lagi faham, kau buat nota seringkas mungkin, kau lukiskan gambar jantung semudah mungkin, kau warnakan dengan warna yang mampu menarik perhatian kau. Nanti inshaAllah kau akan tertarik untuk baca setiap kali kau buka nota kau. Tapi make sure kau buka nota, kalau tak. Sama juga..Kau takkan faham sampai bila bila.. Hahahahaha.. “ jelasku panjang lebar sambil mengusiknya.

“ Jahat ye Zu, kenakan aku ya. Hahahahahaha” Kata Izzah sambil mencubit pehaku. Hampir terjerit aku apabila cubitan Izzah hinggap dipehaku. Izzah memandangku, lalu mencetuskan tawa diantara kami sehingga membuatkan mukaku berubah menjadi merah.

Selepas itu, aku terpandang dan seterusnya baru teringat akan kertas yang terselit di buku notaku tadi. Aku memandang kearah kawasan rak tempat aku ternampak lelaki misteri tadi. Ternyata dia masih melihatku sebelum berlalu pergi dari situ. Pelbagai persoalan mula bermain dimindaku. Siapapun dia, aku berharap agar dia adalah orang yang baik baik.Tetapi apabila melihat surat yang dia titipkan sebentar tadi, aku yakin dan aku pasti, ada sesuatu yang cuba dia sampaikan. Aku termenung sendiri.




10 comments:

  1. Watak perempuan dalam ni cikyan ke? Hehe. Ada kaitan atau tak. Kena buat sambungan lagi tau. Eksited nak baca ehehehe :)

    https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/jualan-gudang-awal-tahun-2018.html

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tahu siapa lelaki misteri tu

    ReplyDelete
  3. Macam CikYan je watak utama tu..betul dak?
    Tapi cerita macam pendek sgt, kena tambah sikit kot

    ReplyDelete
  4. Siapakah gerangan lelaki tu, tertanya2' hihihi.

    ReplyDelete
  5. Makin meningkat curiosity Hana lepas baca bab ni! tak sabar nak tunggu next chapter! heee ^^ good job kak Yan ^^ teruskan berkarya :D

    ReplyDelete
  6. wah best la, next chapter plss..part paling saya suka "Maka jadilah mawar berduri yang cantiknya apabila dipandang, namun berduri apabila didekati"..ni merujuk kepada tuan tanah ekk

    ReplyDelete
  7. best! next chapter please dear! hehe

    ReplyDelete
  8. Wah, suspen gak kisah ni yer. Syamil ke yang bagi surat tu?

    ReplyDelete