Assalamualaikum.
First buka blog,
mata Cikyan tertumpu pada satu entry
kat sorang blogger nih.
Pada 31 Januari 2018, ada satu gerhana bulan.
So malam esok la kan ?
Ada tiga fenomena katanya.
Ianya jarang berlaku.
Gabungan fenomena lunar kali terakhir berlaku
pada 152 tahun dahulu.
Tiga fenomena pulak tu, bukannya satu
Hebatnya DIA yang menciptakan.
SUPER BLUE BLOODMOON.
Gabungan supermoon + bluemoon + bloodmoon.
Supermoon terjadi bila bulan adalah
penuh
dan berada dekat dengan bumi,
membuatkan bulan tu kelihatan lebih besar
daripada yang biasa
bluemoon terjadi apabila fasa bulan penuh
akan kelihatan pada tarikh yang sama.
Kejadian bulan penuh itu adalah bulan
penuh
yang kedua pada bulan Januari 2018.
Bloodmoon terjadi dan bulan akan kelihatan
kemerah-merahan
selepas cahaya dari matahari akan ditapis daripada memasuki
atmosfera bumi.
Tempat best nak tengok ialah di kawasan pantai yang menghadap
laut di
sebelah timur, boleh jugak dekat kawasan puncak bukit,
dataran tinggi, dekat
atas bangunan tinggi ke atau
di mana sahaja dengan pemandangan yang
tidak
terhalang dari langit sebelah timur.
Antara contoh tempat yang
boleh
nak tengok fenomena ni ialah di Teluk Kemang,Port Dickson,
Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor,
Tanjug Bidara,
Melaka, Pantai Tok Jembal, Terengganu,
Tun Mustapha Tower, Kota Kinabalu,Sabah
dan juga Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.
Haaa kalau nak tengok kat planetarium pun boleh,
sebab kat sana ada taklimat pasal gerhana ni la..
Boleh klik SINI kalau nak baca info lebih lanjut.
Agak agak kan, kalau biru campur merah,
bulan tu jadi warna purple ke eh?
Fuhhh hebatnya, lawanya, cantiknya.
Ehehh mana datang biru taktau.
Apapun, tetap menakjubkan bukan ?
Subhanallah.
Ehehh mana datang biru taktau.
Apapun, tetap menakjubkan bukan ?
Subhanallah.
Segala pujian kembali padaNYA.
Hebatnya Tuhan yang menciptakan !
Lawanya :) Kebesaran Allah kan. Yang cantik cantik dia cipta untuk kita menikmatinya
ReplyDeleteTak sabar rasanya nak tengok fenomena ni! ^^ kan bahagia kalau ada teleskop sendiri heheh ...
ReplyDeleteSubhanallah.. Cantiknya..
ReplyDeleteAllah Maha Berkuasa.
ReplyDeletetime super blue bloodmoon ni, melaka hujan :(
tapi ada member dari JB yg share pic nyer.
subhanallah...