Monday 15 January 2018

HAPPY BIRTHDAY #28

Assalamualaikum...

Apa khabar semuanya?
Cuaca tak cerah tak mendung, 
Elok elok sahaja. Just nice :)

Diam tak diam, tanggal 16 Januari menjelang lagi.
Kalau 28 tahun dulu rasanya waktu ni,
Cikyan belum keluar lagi..
Mungkin sedang lena lagi dalam perut arwah emak kan..
Tunggu masa je nak kena push keluar. hihi

Perasaan 28 tahun tu semacam...
ouuuhhhh.. nak kata dah tua kah...
atau....tak tahu nak kata macam mana..
Tapi tula, tahun ni tahun first cikyan tak balik kampung..
Kalau macam tahun sebelum ni, asal birthday je,
mesti cikyan akan ambil cuti dan balik kampung.
Sambut birthday dengan tengok wajah yang kita sayang lagi bagus kan..

Tahun ni pastinya rasa semacam tak lengkap..
Emak dah takde..
Cikyan dah tak dapat ucapan hari lahir dari mak lagi..
Cikyan dah tak dapat doa dari dia lagi..
Cikyan dah tak dapat rasa ma peluk cikyan lagi...
Allahurabbi...
Cikyan berumur 28 tahun tanpa seorang emak.
(Serius menitik air mata)

Tak apalahh... orang lain pun diduga sama kan seperti cikyan..
malah lebih lagi..
Hidup mesti diteruskan..
Cikyan bukan apa..
Rasa macam tak lengkap..
Sebenarnya sebelum mak pergi tu, sebulan dua sebelum dia meninggal,
dia ada cakap dekat cikyan,
dia kata, kalau boleh, dia nak lihat cikyan dan adik kahwin sebelum dia tutup mata..
Allahhurabbi....
Memang dia tak sempat pun sebenarnya..

SELAMAT HARI LAHIR CIKYAN

semoga usia 28 tahun ini memberikan 1001 kebaikan buatmu..
Semoga jadi anak dan wanita solehah..
Semoga panjang umur, boleh terus berbakti kepada semua orang..
Semoga dimurahkan segala rezeki (pekerjaan, jodoh, harta)
Semoga dipermudahkan segala urusan, dunia mahupun akhirat.
Semoga terus ikhlas melakukan semua perkara.
Semoga kuat seperti selalu !




7 comments:

  1. Happy Birthday CikYan~Wah usia dah tambah seangka... ^^ Semoga panjang umur,murah rezeki,makin comel,makin cantik,makin ceria dan segala-gala makin yg sama waktu dengannya! :) Teruskan blogging tau! ^^ Sorry tak dapat kasi hadiah *cewah ayat cliche~ heheh :) Keep stepping sis! ^^

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Cikyan. Semoga cikyan ceria ceria selalu. dan capai apa yang cikyan impikan. Ika doakan semoga cikyan diberkati Allah dan dilindungi Allah. Amin. Love youuuuuu Cikyan.

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday sis... May Allah bless you always and forever.. Stay strong and Insya-Allah, everything would be fine.. :)

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday cik yan... mudah2an sentiasa sihat, ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa serta menjadi anak solehah yg berbakti utk org tua...aminnn

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday cikyan.. Patutlah cikyan cakap buku tu hadiah birthday.. Takziah ye cikyan.. Semoga terus tabah dan kuat dalam melalui hidup..

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday utk cik yan...alfatihah utk mak cik yan

    ReplyDelete
  7. Rasanya tak berdosa kot kalau Hana wish sekali lagi heheh ^^ bulan januari pun belum habis kan? soo... Happy Birthday CikYan... semoga sentiasa dekat dengan orang2 yang positif dan dijauhi dari bencana dunia:) Hana doakan Cikyan dapat capai segala azam untuk tahun ni... ^^ teruskan berkarya,teruskan blogging dan teruskan jadi bff Hana dekat dunia blog ni ya? heheh ^^ Thanks sudi bagi wish menyentuh hati ^^ dah dua kali Hana terharu baca komen cikYan hahah ^^ so Hana bagi ayat panjang2 ni cikyan jangan kecam ya? haha sebagai denda sebab cikyan terlebih baik hati bagi wish dua kali kat Hana ^^ Stay awesome,stay positive and keep inspiring!! :)

    ReplyDelete