Tuesday 19 December 2017

LOVE WRITING

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Harini kebetulan sampai awal di office. So kita habiskan masa dengan menulis blog dulu sebelum mulakan rutin harian bekerja seperti biasa.

Actually dulu saya pernah jugak aktif dalam blog ni. Hampir setiap hari saya ceritakan kisah hidup saya dalam blog. Mungkin bagi orang yang tak suka menulis, dia akan rasa, eh ape jela tulis kat blog. Buang masa, bosan. But, saya sukakannya. Rasa puas sebab dapat menulis. Dan rasa puas bila dapat share sesuatu dengan pembaca, walaupun belum tentu ada yang sudi membaca. HAHAHA ^_^

Banyak sebenarnya kebaikan yang kita dapat bila kita menulis. Firstly, kalau kita suka menulis sesuatu yang baik, inshaallah ia akan jadi sumber pahala buat kita. Ingat itu boleh jadi antara saham kita di akhirat. Selagi ada yang membaca, selagi itulah ianya menjadi sumber pahala buat kita. Tapi kalau  negatif yang kita tulis, berdosa la jawabnya. So, kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Ececehhh !

Saya, adalah sejenis manusia yang suka membaca, dan secara automatiknya saya suka juga menulis. Tapi setiap kali mahu menulis, idea hilang entah tak ada. Bila duduk saja saja tanpa ada buku atau pen, idea tu macam datang mencurah curah. Dulu pernah jugak bercita cita untuk menjadi penulis. Penulis Novel islamik mungkin. Antara penulis kegemaran saya adalah Ustazah Fatimah Syarha + Suami dia tu (Doktor Farhan Hadi). Buku dia banyak yang best, paling best saya rasa adalah cinta high class. Jalan cerita best. So terasa macam bestnya kalau saya mampu untuk menulis sesuatu yang bagus seperti itu jugak. Ada unsur unsur cinta, tapi banyak kepada ilmu. Banyak ilmu yang kita dapat bila baca buku tu. Doakanlah seorang saya ini ye. Semoga seketul Nur Azian ini mampu menjadi seorang penulis yang bagus seperti itu juga ya. Aaamiin ~

Cita cita tu saya rasa agak besar. Sebesar pahala dan dosa yang akan ditanggung untuk setiap apa yang kita tulis. Sebenarnya benda ni nampak kecil, tapi percayalah, ianya akan ditanya jugak di akhirat nanti. Oleh itu, apabila menulis, tulislah perkara yang baik baik. Yang membawa redha Allah kepada kita. Inshaallah.

Akhir kata, menulislah dengan rasa penuh kecintaan kepada Dia. Menulis yang baik baik, inshaAllah yang datang juga yang baik baik buat kita. Tak penting tiada pembaca, tapi Dia tetap ada untuk menilai setiap apa yang kita lakukan. Menulislah dengan rasa penuh ketaqwaan, semoga semua yang kita tulis mendatangkan pahala buat kita. Aaaminn ya Allah.




Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Sekian~




8 comments:

  1. Betul tu. Menulis yang baik-baik..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah. menulis yang manfaat sahaja.

    ReplyDelete
  3. Setuju kak Nur. Nasihat yang sangat bagus kepada blogger kita semua. A good reminder kata orang omputih. Terbaik kak. :)

    ReplyDelete
  4. Menulis dlm tempoh 1jam = tak menguap
    Membaca selama 15 minit = mungkin 2 kali dah menguap..
    Kenapa benda ni terjadi?!..

    ReplyDelete
  5. Insyaallah, terima kasih atas ingatan ini. Jemput singgah blog ciktie ya

    ReplyDelete
  6. akak ada blog ni utk diri sendiri.
    mostly pasal keluarga. what we do everyday.
    sharing tips yg akak da guna.
    menulis biar utk beri manfaat,kan.
    moga ada la pahala utk ke akhirat. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  7. betul tu cikyan. menulis ni satu kepuasan. terkadang kita tatau nak luahkan kat sapa. sesekali bila menulis, eh terluah pulak! hahaa. tapi itulah kan. sekurangnya tiada apa yang terbuku di hati

    ReplyDelete