Monday, 22 January 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY MISS KEPENG


Kalau nak join boleh klik sini


Tadi masa cikyan jalan jalan, cikyan ditag oleh blogger FIRA
untuk join segmen nih

Okey sekarang Cikyan pulak nak tag
Kita lihat siapa yang kena .....



http://kasihkuamani.blogspot.my/

lagi sorang cikyan nak tag adalah (lebih lebih pulak)
.
.
.
.
.
v

http://abeautybutabeast.blogspot.my/

Dengan ini Cikyan menyeru nama yang di tag 
harap harap sudi sudi la untuk join ☺☺☺☺



ATAS NAMA CINTA


ATAS NAMA CINTA - UNIC

Tika mata Diuji manisnya senyuman Terpamit rasa menyubur harapan Dan seketika Terlontar ke dunia khayalan Hingga terlupa singkat perjalanan Tersedar aku dari terlena Dibuai lembut belaian cinta Rela aku pendamkan Impian yang tersimpan Enggan ku keasyikan Gusar keindahannya Merampas rasa cinta Pada Dia yang lebih sempuna Bukan mudah Bernafas dalam jiwa hamba Dan ku cuba Menghindarkan pesona maya Kerna tak upaya ku hadapinya Andai murka-Nya menghukum leka Diatas nama cinta Pada yang selayaknya Kunafikan yang fana Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya Biar sendiri hingga hujung nyawa Asal tak sepi dari kasih-Nya Kerna sesungguhnya hakikat cinta Hanya Dia yang Esa Diatas nama cinta Pada yang selayaknya Kunafikan yang fana Moga dalam hitungan Setiap pengorbanan Agar disuluh cahaya redha-Nya Saratkan hati ini dengan cinta hakiki Sehingga ku rasai Nikmat-Nya Syurga-Nya Cinta-Nya

* Sala satu lagu favourite Cikyan
Liriknya terbaik !

Sunday, 21 January 2018

KAKAK TERDESAK !



"Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkan dirinya sendiri,
 sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyusahkannya pula"  

(Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; 
Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Harini cikyan nak share satu kisah
kisah anak buah
tapi dicerita kan semula versi cikyan.

Alkisah semalam dalam pukul 6:30 pagi 
anak buah cikyan tunggu bas kat stesen bas
sebab masuk kerja pukul 7:00 pagi.
Dia bekerja di sebuah pasaraya berdekatan rumah cikyan

Tengah tunggu bas, 
tiba tiba dia didatangi oleh seorang perempuan bertopi keledar.
Disebabkan cuaca gelap, muka tak kelihatan
Anak buah dah tak sedap hati
Dia cuba lari, tapi tak sempat sebab orang tu lebih dulu tarik dia untuk duduk semula

Tetiba perempuan tu acu pisau kat perut dia sambil ugut
" Jangan bergerak kalau nak selamat"
Allahurabbi, terkejut la anak buah cikyan.
Anak buah cikyan perhatikan, ada seorang lagi lelaki bertopi keledar
tunggu dekat motorsikal yang diparking agak jauh

Perempuan tu pulak, selongkar beg anak buah dan ambil semua duit yang ada
Dia kata " akak terdesak sangat ni!"
Anak buah tanpa berkata apa apa, menurut saja.
Nasib baik la anak buah Cikyan tak melawan masa tu
dan nasib jugak la anak buah tak bawa duit banyak masa tu.
Jumlah yang diambil bawah RM10.
Selamat la kan. Aduhai.

Kesian ke anak buah cikyan, dahlaa baru nak belajar bekerja
kena pulak macam tu.
Memang nasib dia la, dapat pengalaman macam tu.
Lepas je dapat duit, mereka pun cepat cepat pergi.
Anak buah tak sempat nak tengok no plat sebab jauh sangat mereka parking.

Syukur semuanya baik baik sahaja.

Terdesak? Sampai buat macam tu sekali?!



Moral of the story : Semoga lebih waspada. 
Manusia sanggup buat apa sahaja bila dah terdesak. 
Tak fikir dah boleh menyusahkan orang lain ka, apa ka. 
Jadilah manusia yang berguna.
Jangan hidup nak menyusahkan orang lain.
Dahla tak mampu tolong orang, jangan pulak nak susahkan orang.




PENCARIAN BLOGLIST 2018

Assalamualaikum.

Apa khabar? 
Harap semuanya sihat belaka.
Hmm cikyan excited harini. 
Tak tau kenapa.
Cikyan macam nak join satu pencarian bloglist sorang blogger ni.
Dah kata azam tahun baru nak aktif blogging, 
so kita support la mereka kans :)

Okey ni link blog blogger ni..


Syarat sonang sangat aihh..
1. Follow blog dia.
2. Letak blog dia dalam senarai bloglist
3. Kena komen pasal blog dia.

Muahahhaa..
Senang ke..
Cikyan rasa syarat yang atas tu simple.
Yang bawah tu macam.. err err..
Sebab blog cikyan pon macam tak sempurna mana.
Lagi nak komen blog orang. HAHA !

Okey cikyan cuba ye !

1. Cikyan tak suka blog dia sebab followers dia dah banyak.. 
2000 ++. Kita punya followers ciput ja pon.. huhu.. Sebenarnya jeles. hahaha
2. Cikyan tak suka sebab blog dia comels.. 
Uhukss cikyan teringin sebenarnya nak ada yang macam kat tepi2 tu. 
Yang macam blog archieve semua tu.. Omey sangat. 
Cikyan slalu try nak buat tapi tak pernah jadi. 
Selalu terfikir, acano korang buat boleh jadi bunga bunga camtuh eh? 
Buh baja ke ape baru keluar bunga. Sebab bila cikyan buat keluar macam kat tepi tu jeks. Jeles !

HAHAHA. Kan dah kata, cikyan tak mampu nak mengata blog orang. 
Sebab blog cikyan sendiri tak sempurna.

Disebabkan dia punya entry nih takde gambar ke, banner ke,
so cikyan pinjam la k header tuan tanah kejap.



Satu cikyan suka pasal blogger ni. Tau ape?
Sebab dia update entry hari2.
So cikyan boleh laa berjalan hari hari.. hihi

Moh la korang sokong blogger kita.
Semoga hubungan silaturrahim terjalin buat selamanya.

Okey sekian saje berita hari ini :)







Thursday, 18 January 2018

HADIAH ZINE DARI BLOGGER SHA

Assalamualaikum.

Hai selamat pagi semuanya.
Harini cikyan nak cerita 
pasal hadiah  yang cikyan dapat semalam.

Semalam tengah borak dengan kawan sekerja,
abam pos laju datang hantar barang.
Tengok tengok hadiah tu untuk cikyan.
Bukak je bungkusan, alolo comel sangat hadiahnya.
Cikyan dapat hadiah zine berjudul cherita
karya Mesbo ( Shah Othman)

Seriusly cikyan tak pernah lagi tengok
buku yang comel camtu.
Camna nak kata eh.. dia kecik aje..
Mudah la nak bawa kemana mana.



Firstly cikyan nak berterima kasih la banyak banyak
kat blogger Sha ni sebab sudi bagi hadiah comel ni kat cikyan
ni alamat blog dia BLOGGER SHA
Korang rajin rajin la k pergi jenguk dia,
manatau rezeki korang pulak nanti.

Cikyan dapat ni pun sebab cikyan komen kat review 
yang blogger Sha ni buat.
Cikyan minat baca buku, mesti la cikyan rajin ke sana kan.
Boleh la survey buku apa nak beli nanti.

Pasal zine ni pulak,
Actually cikyan dah habis baca dah semalam.
Best jugak cerita dia. 
Paling best sebab ada cerita seram dalam tu.
Penulisan penulis sangat bersahaja.
Malah bukan ada kisah seram je tau,
kisah cinta pun ada. Tu yang lain dari yang lain tu.

Cikyan tak berapa kenal penulis ni,
tapi lepas baca terasa macam nak kenal pulak.
Boleh la lepas ni cikyan masukkan novel dia dalam senarai beli.
Yang pasti cerita dia seram. Tu yang best !

Mungkin ramai yang dah kenal dia kot.
Kalau belum kenal,
jom la kita terjah dia sama sama.

FB : Shah Othman

*Thanks blogger Sha untuk hadiah comel ini.
Cikyan suka sangat !





Wednesday, 17 January 2018

GIVEAWAY : PELUKIS JALANAN & ARKITEK JALANAN BY STNRSYFH

Assalamualaikum..

Harini cikyan nak join satu giveaway ni
Hadiah dia menarik.
Novel.. Kalau dapat bestnya..
Cikyan kan ulat buku uii..
Lagipon sekarang ni cikyan kan minat 
dan plan kumpul novel lain genre macam ni..
Selalunya cinta ja kan..
So nak ubah pulak laa angin 
nak beli buku genre lain pulak.
Harap ada luck cikyan laa..


Boleh klik sini kalau nak join.

Good luck untuk korang jugak !

#goodluckcikyan

CERITA HILANG


Jenis font : Calibri
Spacing : 1.15
Saiz Font : 12 pt


Cikyan terasa macam nak join.
Agak agak sempat ke nak join?
Nak habiskan karya yang satu tu pon, makan masa.
Hmmm...