Wednesday, 17 January 2018

ISTIKHARAH CINTA



…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah : 216)


MAKSUD ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud : memohon dan meminta yang terbaik.

Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang ingin kita lakukan, situasi yang kita hadapi. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala.

Daripada Sa’ad bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Daripada kebahagiaan seseorang anak Adam adalah mereka yan sentiasa beristikharah kepada Allah taala, daripada kebahagiaan anak Adam juga adalah mereka yang sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah baginya. Adapun daripada kecelakaan anak Adam adalah meninggalkan beristikharah kepada Allah taala, dan daripada kecelakaan anak Adam juga adalah tidak berpuas hati dengan setiap ketentuan Allah baginya”. (Riwayat Imam Tarmizi)

ANCAMAN BERPEGANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Ini bertentangan sekali dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh orang-orang kafir dan munafiq serta mereka-mereka yang lemah imannya. Secara adatnya mereka akan menjalani kehidupan mereka tanpa memandang kepada kuasa dan ketentuan Allah taala. Bahkan mereka penuh yakin bahwa setiap ketentuan dan keadaan adalah daripada tindakan makhluk itu sendiri samada daripada usaha ikhtiar mereka, bomoh, tilik nasib, ilmu teri, ilmu nujum, dan lain-lain daripada perkara khurafat dan tahyul. Sungguh telah kufurlah mereka yang berpegang dengan perkara-perkara itu semua.

Sebagaimana daripada Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang mendatangi ahli nujum dan bomoh lalu mempercayainya setiap apa yang diperkatakannya, maka sesungguhnya telah kufurlah dia dengan apa yang telah diturunkan oleh Muhammad s.a.w.” (Riwayat Imam Ahmad)
Semua perkara-perkara tersebut adalah bertitik tolak daripada pengamalan yang dilakukan oleh golongan-golongan jahiliah dahulu yang tidak menjadikan agama sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Islam melaran dengan keras penggunaan perkara-perkara tersebut. Ini adalah kerana setiap ketentuan dan perkara yang ghaib itu hanyalah Allah taala sahaja yang mengetahuinya.
Firman-Nya : “Katakanlah (wahai Muhammad) : tidak ada sesuatu pun dilangit dan dibumi yang mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah, dan mereka tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan” (al-Naml : 65)


WAKTU BERISTIKHARAH

Istikharah dilakukan untuk memohon Allah taala menunjukkan kita jalan samada ingin melakukan seuatu perkara atau meninggalkannya. Namun kebiasaan daripada masyarakat kita hanya melakukan Istikharah hanya ketika terdapat pertembungan antara dua perkara samada ingin memilih “A” ataupun “B”. 

Sedangkan walaupun tiada pertembungan, Istikharah masih perlu dilakukan sebagaimana gesaan Rasulullah kepada para sahabat sebagaimana hadith-hadith yang dinyatakan sebelum ini walaupun perkara tersebut amatlah remeh.

Masa yang paling sesuai untuk melakukan Solat Istiikharah sebagaimana pendapat ulama’ adalah ketika waktu Sahur kerana ianya adalah waktu yang paling afdhal dari sudut diterimanya sesuatu amalan dan doa kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Allah taala akan turun tiap-tiap hari kelangit dunia ketika mana 1/3 malam terakhir (waktu sahur), lalu Allah taala menyeru kepada makhluk-makhluk Nya : Sesiapa yang memohon doa kepadaku maka akan aku perkenankan doanya, sesiapa yang mengharapkan sesuatu disisiku maka akan aku berikannya, dan sesiapa yang meminta ampun daripadaku maka akan aku ampunkannya”.  (Riwayat Imam Muslim)

KAIFIAT MELAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH

Tidak terdapat secara khusus daripada hadith-hadith yang lepas bacaan-bacaan yang khusus dalam Solat Istikharah kecuali doa. Oleh itu, selepas bacaan Surah Al-Fatihah kita dibolehkan membaca apa sahaja surah daripada Al-Quran. Namun disana terdapat ijtihaddaripada para ulama’ dalam menjelaskan kaifiat dan bacaan sebagai garis panduan memudahkan kita orang awam melakukannya.
Imam Nawawi berpendapat bahawa, ayat yang paling munasabah untuk dibaca pada rakaat pertama selepas Surah al-Fatihah adalah Surah al-Kafirun, manakala pada rakaat yang kedua dibaca Surah al-Ikhlas.


Beliau berpendapat kerana kedua-dua Surah tersebut mencakupi tentang usul dalam agama. Surah al-Kafirun menyentuh tentang menjauhkan diri daripada kekufuran dan ahlinya serta memisahkan perkara yang hak dan batil. Adapun Surah al-Ikhlas menyentuh tentang pengiktirafan dan pengakuan supaya mentauhidkan Allah taala pada zat, sifat dan perbuatan Allah taala. Maka sesuailah dibacakan dalam Solat Istikharah dalam tujuan memohon petunjuk daripada Allah dan memilih keputusan antara baik dan buruk.

 DOA SOLAT ISTIKHARAH 



APAKAH YANG PELU DILAKUKAN SELEPAS DARIPADA ISTIKHARAH ?
  • Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata : “Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
  • Berkata Imam Izzuddin Abdul Salam : “Lakukanlah apa yang muafakat dengan dirinya (kecenderungan hatinya)”.
  • Imam ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyebut : “Apa yang muktamad adalah janganlah seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang padanya didorong oleh hawa nafsu walaupun dia merasa lapang dadanya dengan melakukan perkara tersebut sebelum dia beristkharah”.

Tidak menjadi syarat dan petunjuk kita mesti bermimpi setelah selesai beristikharah. Bahkan seboleh-bolehnya bagi kita sentiasalah berulang-ulang melakukan Solat Istikharah kepada Allah taala agar pilihan yang akan dilakukan dipandu dengan petunjuk-Nya dan hati serta naluri kita sentiasa merasa lapang apabila melakukan pilihan tersebut.

ADAB ADAB BERISTIKHARAH

1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.
2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab
musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.
3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditakdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.
4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.
5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yakin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.


Allah taala adalah tempat berbincang dan tempat mengadu. 
Kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya seharusnya menjadikan Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. 
Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. 
Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.




Tuesday, 16 January 2018

TERSENARAI BLOGLIST FARHANNA JAFFRI

Assalamualaikum.

Hai uolss.. Sihat kah?
Cikyan harini selesema.
Asyik bersin aje la dari tadi.

Okey semalam jalan jalan blogwalking.
Tetiba ternampak entry ini kat blog

FARHANNAJAFFRI

Syukur alhamdulillah !


klik gambar untuk tumbesaran


klik gambar untuk tumbesaran


klik gambar untuk tumbesaran 

Atau boleh baca kat entry ni okey 


Thanks farhanna. 

Thanks sebab pilih cikyan sebagai salah seorang pemenang.
Sebagai balasan, 
Cikyan pun akan masukkan farhana dalam bloglist cikyan.
So jangan terkejut kalau nampak 
komen cikyan berdesup masuk banyak banyak banyak nanti okey :)



Semoga ukhuwah kita terjalin sampai bila bila okey ?
Last but no least, thanks once again ☺☺☺☺☺☺
Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang dapat masuk bloglist :)

REZEKI DHUHA





 

KEBAIKAN SOLAT DHUHA


1. Sebagai wasiat dan sunnah Rasulullah. 
Rasulullah SAW berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, “Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.” (Hadis Riwayat Bukhari)
2. Nilaian sedekah bagi seluruh sendi tubuh manusia. 
Diriwayatkan daripada Buraidah bahawa ia berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda; Pada diri manusia terdapat 363 ruas. Ia memiliki kewajiban bersedekah atas setiap ruas tersebut. Para sahabat bertanya, Siapakah yang mampu melakukan hal itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda, Ludah di dalam masjid yang ia timbun (dibersihkan) atau sesuatu (penghalang) yang ia singkirkan dari jalanan. Jika engkau belum mampu, dua rakaat solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili kewajipanmu bersedekah. Selain itu, solat dhuha juga adalah sedekah yang setanding dengan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, berdakwah dan mencegah kemungkaran.”
3. Memperoleh keuntungan (ghanimah) yang besar. 
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.” (Sahih al-Targhib: 666)
4. Dibangunkan sebuah rumah di syurga. 
Bagi golongan yang rajin mengerjakan solat dhuha juga akan dibangunkan sebuah rumah untuknya di dalam syurga. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634)
5. Mendapat rezeki dengan segera. 
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
6. Mendapat pahala umrah. 
Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673)
7. Mendapat keampunan dosa terdahulu.
 “Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

KHAIFIAT SOLAT SUNAT DHUHA 


Monday, 15 January 2018

HAPPY BIRTHDAY #28

Assalamualaikum...

Apa khabar semuanya?
Cuaca tak cerah tak mendung, 
Elok elok sahaja. Just nice :)

Diam tak diam, tanggal 16 Januari menjelang lagi.
Kalau 28 tahun dulu rasanya waktu ni,
Cikyan belum keluar lagi..
Mungkin sedang lena lagi dalam perut arwah emak kan..
Tunggu masa je nak kena push keluar. hihi

Perasaan 28 tahun tu semacam...
ouuuhhhh.. nak kata dah tua kah...
atau....tak tahu nak kata macam mana..
Tapi tula, tahun ni tahun first cikyan tak balik kampung..
Kalau macam tahun sebelum ni, asal birthday je,
mesti cikyan akan ambil cuti dan balik kampung.
Sambut birthday dengan tengok wajah yang kita sayang lagi bagus kan..

Tahun ni pastinya rasa semacam tak lengkap..
Emak dah takde..
Cikyan dah tak dapat ucapan hari lahir dari mak lagi..
Cikyan dah tak dapat doa dari dia lagi..
Cikyan dah tak dapat rasa ma peluk cikyan lagi...
Allahurabbi...
Cikyan berumur 28 tahun tanpa seorang emak.
(Serius menitik air mata)

Tak apalahh... orang lain pun diduga sama kan seperti cikyan..
malah lebih lagi..
Hidup mesti diteruskan..
Cikyan bukan apa..
Rasa macam tak lengkap..
Sebenarnya sebelum mak pergi tu, sebulan dua sebelum dia meninggal,
dia ada cakap dekat cikyan,
dia kata, kalau boleh, dia nak lihat cikyan dan adik kahwin sebelum dia tutup mata..
Allahhurabbi....
Memang dia tak sempat pun sebenarnya..

SELAMAT HARI LAHIR CIKYAN

semoga usia 28 tahun ini memberikan 1001 kebaikan buatmu..
Semoga jadi anak dan wanita solehah..
Semoga panjang umur, boleh terus berbakti kepada semua orang..
Semoga dimurahkan segala rezeki (pekerjaan, jodoh, harta)
Semoga dipermudahkan segala urusan, dunia mahupun akhirat.
Semoga terus ikhlas melakukan semua perkara.
Semoga kuat seperti selalu !




SIGN SIMPTOM KIDNEY DISEASE

Assalamualaikum...

Selamat petang.

Sebelum balik kerja, 
cikyan nak share something iaitu berkenaan 
tanda tanda penyakit buah pinggang.
Konon haritu nak share pasal penyakit kan..
Tapi sebelum tu kena tahu dulu la pasal tanda tanda dulu.
Lets check it out !

TANDA TANDA PENTING YANG PERLU DIPERHATIKAN



Klik gambar untuk tumbesaran

1.  Kejang Otot
Ini kadang-kadang boleh dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
2.     Gatal-gatal
Bahan buangan di dalam darah boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
3.     Rasa Tidak Sihat
Oleh kerana terdapat bahan-bahan toksik yang berlebihan dalam darah, anda boleh berasa tidak sihat. Anda boleh merasa mengantuk, keliru dan loya
4.     Sesak Nafas
Buah pinggang tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah, 
maka kandungan oksigen tidak mencukupi di dalam badan. Juga, jika cecair terkumpul di dalam paru-paru anda, anda akan berasa sesak nafas.
5.     Perubahan Dalam Pengeluaran Air Kencing
Urin adalah berbuih, kehadiran darah dalam air kencing, air kencing berlebihan atau kurang daripada biasa, atau kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil.
6.     Rasa yang Teruk di dalam Mulut
Sisa yang membina di dalam badan anda boleh menyumbang kepada rasa yang teruk di dalam mulut anda, kehilangan selera makan dan loya
7.     Rasa Letih dan Kelihatan Pucat
Buah pinggang  tidak boleh membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Ini boleh menyebabkan anda sentiasa berasa letih dan kurang bertenaga.
8.     Bengkak di Tangan, Kaki dan Kawasan di Sekitar Mata
Buah pinggang anda tidak mampu untuk mengeluarkan cecair yang berlebihan, yang kemudiannya terperangkap dalam badan.




Sunday, 14 January 2018

PESTA BUKU 2018

Oooohaiiyooo...
Berjumpa lagi kita...

Sekarang ni apa yang cikyan rasakan adalah nak joget joget
sebab baru tadi terpandang satu poster nih..
Terjumpa kat satu blog masa blogwalking tadi.
macam terjumpa kekasih la pulak lagaknya..

OMG OMG !
Poster apa?
Tadaaaaaa....


Sebenarnya benda ni la yang cikyan tunggu tiap tahun.
Tak pernah miss sebenarnya.
Korang pun yang mana hantu buku,
mesti ada rasa yang sama macam cikyan jugak kan?
So lama lagi tu, tapi dah boleh la kot nak kumpul duit banyak banyak banyak.
Nanti boleh borong buku pun, banyak banyak banyak !

Al kisah tahun lepas cikyan pegi pesta buku.
Kununnya nak jumpa Ustazah Fatimah Syarha.
Tapi tak dapat jugak jumpa.
Kesian la seketul cikyan ini balik dengan hampa.

Cikyan rasanya baru tiga kali pegi pesta buku antarabangsa macam nih
Tahun ni nak masuk kali keempat la..
Harap tahun ni cikyan ada kesempatan la untuk pergi.
InshaAllahhh !

Sekian..




Cikyan dan buku, berpisah tiada ☺☺☺☺

KAU BEGITU SEMPURNA !

Assalamualaikum.
Selamat pagi isnin :)

Fuhhh amacam, canggih tak tajuk entry cikyan? 
Hahahaha. Saje jela menyahut cabaran untuk menjadi blogger berjaya.
Nak berjaya kena la buat entry yang ada tajuk power. 
Kununnyaa power la sngat kanss.. Ahakss!

Apa khabar semuanya?
Cikyan sihat alhamdulillah.
Setelah dua hari rehat kat rumah, harini macam dah sihat sepenuhnya.
Syukur alhamdulillah :)

Pepagi lagi cikyan dah tersenyum gembira 
sebabnya bila bukak je blog paginih,
ramai yang komen. Ecehh konon la ramai sangat kan..
Mungkin tak ramai mana kot, tapi syukur la bagi cikyan.
Maknanya ada peningkatan la kan.
Pasni makin seronok nak buat entry kan :)
Syukur alhamdulillah, terima kasih la pada yang sudi jenguk blog cikyan ni.


Hmm, nampak tak ayat kat atas tu?
Betul kan ayat dia. Good, maksud dia agak deep la..
Agak apa yang korang faham tentang ayat tu?
Ayat ni cikyan jumpa masa tengok drama kat handfon semalam.

Bagi cikyan la...
Kadang memang kita nak yang terbaik je dari pasangan kita.
Kalau boleh semuanya perfect.
Tapi sebenarnya, mana la boleh macam tu kan..
Kita nak perfect, tapi rasanya kita ni sempurna sangat ke?
Cukup jadi yang terbaik dan saling menerima kekurangan masing masing.
Bukankah Allah dah jadikan setiap pasangan itu saling melengkapi ?

Semoga kita semua tahu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.

InshaAllah :)