Thursday 1 February 2018

Review Buku : Cinta High Class By Fatimah Syarha

Assalamualaikum.

Pepetang nih Cikyan terasa nak review satu buku nih
Penulisnya Ustazah Fatimah Syarha 
dan suaminya,
doktor Farhan hadi.
Tajuknya adalah : CINTA HIGH CLASS

For your information,
buku nih adalah buku terpaling Cikyan suka.
Buku ni Cikyan baca dah lama dah,
antara buku terawal yang Cikyan beli.
Dan nak baca ulang ulang ja la..
Memang the best la 
sebab........

Jom tengok muka depan buku ni dulu jom
.
.
.
v


SINOPSIS BUKU

Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh.
 Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya.
 Lembut tapi berkepimpinan. 
Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.
Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. 
Sering menerima surat-surat cinta. 
Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat. 

KOMEN CIKYAN

Buku ni sangat disyorkan kepada muda mudi
 dan orang dah dewasa pun boleh.
Sebab buku ni sarat dengan ilmu, kisah kekeluargaan.
Paling best kisah cintanya terpelihara.
Serius tak rugi beli.
Dan bila baca, kau akan rasa...
On indahnya kisah cinta yang terpelihara tu.
Qaniah Syumaila tu wanita yang sangat menjaga dirinya,
takda nak hanyut dengan perasaan cinta semata.

Yang bestnya adalah,
tau ka buku ini ditulis oleh pasangan suami isteri yang sangat
Cikyan kagumi.
Kalau ustazah Fatimah syarha tulis kisah watak perempuan,
Doktor Farhan Hadi tulis pulak part lelaki.
OMG ! Sweet kan depa.
Pastu Cikyan mula la meneka neka 
kisah tu diadaptasi daripada kisah mereka sendiri.
Serius best !
Kisah perempuan yang sangat menjaga hati,
dan lelaki pulak, 
sangat menjaga tatatertib.
Takda pun nak ajak keluar ka apa ka.
Sangat pemalu pulak tu.

The best part is,
gaya penulisan mereka ni sangat sangat bagus.
Pengisian padat tapi mudah untuk faham.
Walaupun cerita tu bersifat ilmiah,
tapi seriously tak rasa bosan pon baca.
Siap boleh ulang ulang lagi tau !
Kamu kamu kamu,
yang mana ulat buku,
boleh la cuba try baca,
manatau tersuka tanpa sengaja.
Ahakkss !

*Rate buku ni cikyan bagi 5/5


8 comments:

  1. Wah. Kalau ini buku yang first disuggest oleh cikyan. Maknanya ini yang paling best. Fav kan ? Hee. So, insyaAllah. Nnati ika nak dapatkan. Hee. Mana tau terjatuh cinta pulak bila membacanya, hee

    ReplyDelete
  2. cinta high class ni memang best. azah banyak koleksi buku ilmiah ustazah fatimah syarha ni :D pernah jugak jumpa ustazah depan depan waktu azah jadi AJK dekat kolej dlu. hiks :D

    ReplyDelete
  3. Banyak karya ustazah fatimah syarha saya beli zaman gadget kurang famous macam sekarang ni tapi karya ustazah semua memberi inspirasi..best sangat! Pernah jemput ustazah sebagai penceramah di sekolah,depan-depan pun dia sangat lemah lembut dan sentiasa tersenyum...sejuka hati..hehe

    ReplyDelete
  4. Wah.. Macam menarik je review cikyan nie, bolehlah akak dapatkan nanti..

    ReplyDelete
  5. wahhh dasat tu rate cik yan! nmpk nyer buku ni betul2 berjaya menambat selera cik yan... mgkn sy pun kena cari nmpknyer...

    ReplyDelete
  6. best nyer la pasangan penulis tu.
    imbang mengimbangi antara berdua.
    hasilkan naskhah yg best.

    ReplyDelete
  7. Macam best ja buku nie, Kak Sue memang tak berapa minat sangat buku macam nie. Lebih suka baca cerita seram walaupun penakut sebenarnya.. ehehe..

    ReplyDelete